Duda maut dibelit ular sawa yang mahu ditangkapnya

Posted on

Cubaan seorang duda menangkap ular sawa membawa padah apabila dia dibelit ular berkenaan sehingga mati di Jalan Haji Ibrahim, Kampung Jenjarom, Sungai Jarom, Kuala Langat di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mangsa dikenali Zaim Khalis Kosnan, 35, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dibelit ular sawa sepanjang 3.5 meter itu.

“Ketika melalui Jalan Haji ibrahim untuk pulang ke rumah sekitar jam 3 pagi, mangsa disyaki bertembung ular berkenaan.

“Dia bergegas pulang ke rumahnya bagi mengambil sarung tangan dan sabit kecil,” katanya.

Menurutnya, kakak mangsa yang tinggal bersama memaklumkan mangsa telah kembali ke lokasi bagi menangkap reptilia berkenaan.

“Mangsa cuba menangkap haiwan itu namun gagal apabila dia dibelit dan orang awam yang menyaksikan kejadian itu turut cuba membantu mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *