Serina bakal dipenjara | Astro Awani



PELAKON, Serina Redzuawan bakal berdepan dengan hukuman penjara berikutan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama.

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41, memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) pada 17 April lalu di sini.

Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin dalam prosiding itu di Mahkamah Tinggi Syariah berhujah, banyak pelanggaran didakwa dilakukan Serina.

“Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu pada 3 Disember lalu.

“Dalam perenggan yang dipersetujui itu juga menyatakan anak-anak tersebut  harus tidur bilik berasingan daripada Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail,” katanya.

Menurutnya, Serina juga didakwa telah melanggar perenggan lapan perintah persetujuan bersama yang menghalang daripada memburukkan pemohon, Gavin dan anak- anak.

‘Mad, nenek ni, nak masuk boleh?’ – Dalam keadaan mamai, Amad jemput ‘neneknya’ masuk


HAI rakan puaka sekalian. #storypuaka malam ini adalah tentang kawan aku yang bernama Amad (bukan nama sebenar). 

Aku kenal Amad sebab dia selalu ajak lepak mamak masa diploma dulu. Masa tu aku dah lama tak nampak hantu sebab aku ada belajar cara tutup hijab. Cuma adakalanya bila letih atau takut, hijab akan terbuka sendiri. 

Weekend jam 9 malam, masa itu kami berdua lepak tengok bola di mamak. Tiba-tiba dia berbisik, “Mal, nak tengok hantu?” 

Aku jeling si Amad. Aku ingat dia bergurau sebab dia jenis semua benda nak buat gurau. Time member bengang, dia boleh kentut dalam plastik dan tekup di muka member tu. Dasar bengap nak buat macam mana kan? 

Kemudian dia cakap, “Dia tengah mencangkung sebelah pakcik yang duduk di meja bawah kipas tu. Aku rasa itu saka dia,” katanya. 

“Macam mana rupa ‘dia’?” soal aku. 

“Rambut panjang, berbaju kurung lama, berkain batik compang-camping. Tengah mencangkung di atas lantai sambil mulutnya terkumat-kamit. Kulit muka tersiat-siat, berbadan lonjong tinggi,” katanya. 

Amboi, tak terhantuk kipas ke kalau dia berdiri? Itu aku tak tahu. 

Aku tengok pakcik itu, tak nampak apa-apa. Pakcik itu bukan main lagi berselera makan nasi seorang diri sambil bermain telefonnya. Aku syak dia tengah main Candy Crush sebab muka dia macam sedang mengalami tekanan. Aku abaikan Amad. 

Balik UITM, aku ajak Amad lepak bilik sebab roomate aku semua balik. Bilik aku atas bukit, buka tingkap terus terpampang bukit bukau. Nice gila! 

Kami berborak sambil makan kuaci. TIba-tiba angin bertiup kuat semacam. Sekali harung selepas itu semuanya senyap. Langsir berkibar ibarat bendera Malaysia berkibar masa ribut.

“Wah! Besar betul benda yang lalu tadi,” kata Amad. 

Ha sudah!? Apa benda pula dia merepek ni? Dalam hati aku tengah tahan daripada mencarut. Mungkin inilah perasaan member aku time tengah lepak kemudian tiba-tiba aku tegur ‘benda’ tu. Damn! Patutlah dulu aku tak ramai kawan. 

Bila dah tenang, aku mula interview dia, macam mana dia boleh nampak benda-benda seperti itu. Kemudian dia buka cerita. Masa dia berumur lima tahun, arwah nenek Amad ada membela saka. Dalam jam 10 malam, neneknya nazak. Arwah nenek Amad susah meninggal sebab seperti ada sesuatu yang block roh neneknya keluar daripada badan. 

Bila dipanggil ustaz untuk ruqyah, ustaz itu cakap yang saka nenek ini tidak mahu melepaskan rohnya sebab nanti dia akan terbiar dan tiada orang nak jaga. 

Masa itu, Amad saja budak yang berani duduk di sebelah arwah nenek. Sepupu sepapat yang sebaya semuanya duduk di luar rumah atau dalam bilik sebab ketakutan. Masa itu, arwah nenek duk mengilai, meracau sambil bercakap. 

“Aku tak akan lepaskan! Aku pegang dia sampai ada yang terima aku!” 

Ustaz cadang untuk buka atap bagi memudahkan pelepasan saka sebab malam makin lewat. Kalau dibiar semakin lama, nanti kasihan pada jenazah. 

Macam mana nak buka atap? Pernah tengok cerita jangan pandang belakang yang babak dia buka atap itu? Situasinya lebih kurang seperti itu. 

Dalam jam 12 malam, buka atap. Ada 2-3 orang saudara Amad yang standby di atas bumbung untuk tutup zink selepas selesai. Selepas atap dibuka, ustaz berbisik sesuatu pada arwah. 

Nafas yang berat, mata hitam menjadi putih, mulut arwah ternganga seperti menahan azab cabutan roh. Di luar rumah tiupan angin sangat kuat! Pokok di sekeliling bergoyang! Mak-mak saudara semua panggil anak yang berada di luar masuk! Masing-masing berpelukan ketakutan. Takut tiba-tiba pontianak yang dilepaskan tiba-tiba muncul di belakang. Masing-masing baca Surah Yassin dengan kuat! 

Selepas itu, arwah perlahan-lahan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Selepas ustaz melaungkan azan, angin kembali pulih seperti biasa. Atap ditutup kembali. Tubuh nenek kaku, diselimut sehingga ke kepala. 

“Kenapa buka bumbung? Tak syirik ke? Kalau duduk di rumah flat dan rumah kau di tingkat satu, takkan nak tebuk lubang sampai rooftop?”

Eh manalah aku tahu siak, aku bukannya duku! Macam yang aku cakap awal-awal tadi. Ini cerita Amad, bukan aku! 

Selepas kejadian itu, saka itu selalu mengganggu keluarga si mati sebab dia masih perlukan tuan. Ada yang nampak arwah nenek mundar mandir dalam rumah. Ada yang nampak arwah nenek makan di meja. Ada yang nampak arwah nenek berkemban untuk mandi. Macam-macam. 

Sehinggalah satu malam. Jarak rumah keluarga Amad dengan keluarga arwah dalam 30 minit. Amad ini anak tunggal, jadi dia akan tidur seorang diri. Amad ada habit di mana dia perlu tidur dalam cerah. Kalau lampu ditutup, dia tak boleh tidur! Alaa biasalah budak-budak. 

Malam itu diorang balik rumah lewat. Dalam jam 2 pagi baru sampai ke rumah sebab berkemas selepas majlis tahlili di rumah arwah. Sampai saja di rumah, tanpa mandi atau basuh badan, Amad terus terlentang dalam bilik. 

Dalam jam 4 pagi, Amad tersedar. Dalam keadaan mamai, dia melihat pintu bilik ditutup rapat, lampu dipadamkan. Cahaya dari lampu jalan daripada tingkap sebelah katil Amad membuatkan bilik bercahaya samar-samar. 

Guess what worse? Pintu almari baju yang berada di depan katil Amad terbuka! Child hood memories apa yang lagi seram selain kaki terlebih katil dan pintu almari terbuka dalam gelap?! 

Amad abaikan rasa takut. Dia menyelimuti dirinya dan berangan benda-benda yang indah. Namun selepas beberapa minit kemudian, Amad dah tertidur. Tetapi ada bunyi yang menyebabkan Amad terbangun, iaitu bunyi ketukan. 

KNOCK! KNOCK! KNOCK! 

Ketukan perlahan tetapi cukup untuk sedarkan Amad yang kemudian mencelikkan mata dan mencari dari mana datangnya bunyi itu. Tiada, dia penjam dan sekali lagi. 

KNOCK! KNOCK! KNOCK! 

Kali ini bunyi itu seperti bunyi orang mengetuk pintu. Cuba teka dari mana bunyi tersebut? Almari? Salah! Bunyi itu datang dari tingkap sebelah katil Amad! Amad pandang tingkap, kosong. 

KNOCK! KNOCK! KNOCK! 

Sekali lagi ketukan berbunyi, tetapi masih tiada bayang-bayang tangan orang yang mengetuk. Tetapi kemudian tiba-tiba ada bunyi suara. 

“Mad, nenek ni. Nenek nak masuk boleh? Luar sejuk Mad.” 

Amad yang baru berusia lima tahun masih bodoh dan tidak mampu berfikir matang serta tidak dapat membezakan mimpi dengan realiti terus jawab dalam keadaan mamai. 

“Masuklah nek, Amad nak tidur.” 

Masa itu, perlahan-lahan pintu almari depan katil Amad yang terbuka tadi tertutup secara perlahan-lahan. 

“KKKRRREEEEKKKK! 

“DEGUM!!!!” 

Amad kembali tidur dengan lenanya sehingga satu saaat Amad rasa seperti bermimpi. Mimpi yang dia celik mata dan melihat wajah neneknya sedang mencangkung di sebelahnya. Beruban, rambut kusut, kedutan penuh di muka, bermata hitam, bergigi kuning dan tengah memerhatikan Amad tidur. 

Perangai Amad mula berubah. Dia mula nampak apa yang orang lain tak boleh nampak. Amad semakin baran, makan banyak, menjerit setiap kali laungan azan berkumandang. 

Selepas ibu bapanya perasan dengan perubahan Amad, dia terus dibawa ke pusat ruqyah. Ustaz cakap, ada pontionak yang mengekori mereka balik pada malam tersebut. Mengekori Amad, mencangkung di dalam almari dan sedang menunggu masa diberi peluang oleh Amad untuk masuk. 

Sekarang saka itu sudah dibuang tetapi hijab Amad dah lompong. Maksudnya dah tak boleh ditutup. Dia terpaksa tengok benda yang kita tak nampak sepanjang hayat. Sampai sekarang Amad dapat melihat dan mendengarnya. Dia belajar ilmu agama, bersedia untuk melawan makhluk yang budak datang daripada liga manusia. 

Habis cerita. Amad pesan, “Kalau hijab kau boleh on off, biarkan dia off selamanya. Jangan gatal-gatal on kan sebab setiap kali kau buka hijab, lubang hijab akan membesar sampai satu tahap kau tak mampu untuk menutupnya kembali.” 

Benda ini bukan boleh dibuat main. Bukan sebarang superpower yang menarik seperti Ben 10, Ghostbuster, tetapi satu beban. Kenapa beban? Sebab ketika kau lena tidur, aku dapat nampak benday ang menatap kau sambil menjilat tubuh kau sebab tidur dalam keadaan menghairahkan. 

Sambil kau tengah seronok scroll Twitter baca cerita seram, aku dapat tengok dia mengintai kau dari tingkap sebab dia nak tahu siapa yang sibuk nak ambil tahu tentang dia. 

Mana saka itu pergi? Dah dibuang ke laut. Tetapi akan ada masa saka itu akan kembali dan terus mencari tuan. 

Masa Amad pergi perkhemahan unit beruniform sekolah di sebuah hutan simpan, pelajar disuruh mandi sebab nak prepare solat maghrib. Tetapi Amad tak nak mandi. Sebab apa? Sebab ada kepala tersangkut di paip air hujan.

Selepas itu? Cerita ini aku akan cerita di bebenang seterusnya. Sebelum aku post story ini, Amad bagi pesanan dan suruh sampaikan kepada korang. Dia cakap selepas baca, jangan keluar bilik. Jangan duduk di tempat gelap. Risau ada yang datang sebab setiap kali cerita tentang ‘dia’ dibuka, ‘dia’ akan datang. 

Masa kami duduk berdua sambil aku take note untuk buat bebenang ini di mamak, Amad biarkan satu kerusi kosong di sebelahnya. Dia kata, 

“Aku nak buka cerita dia. Nanti mesti dia akan datang duduk dan dengar. Kalau kau rasa apa-apa atau bunyi apa-apa, abaikan. Boleh?” soalnya. 

Nak tahu apa yang terjadi? Kita jumpa lagi di bebenang yang seterusnya. Hati-hati geng. Chao! 

The Rock timang anak ketiga


PELAKON yang sedang hangat dengan filem Rampage ketika ini melahirkan rasa gembira apabila dikurniakan anak ketiga.

Melalui perkongsian Dwayne Johnson di Instagram menunjukkan dia sedang memeluk erat anak perempuannya itu yang diberi nama Tiana Gia Johnson atau ringkasnya Baby Tia.

Gambar yang dirakamkan di hospital tempat kelahiran Baby Tia ini mendapat ucapan tahniah daripada para pengikutnya di laman media sosial tersebut.

Status The Rock juga panjang lebar mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang melahirkan anak-anaknya dan tidak lupa juga kepada semua ibu-ibu yang melahirkan anak-anak mereka.

“Saya dibesarkan dan dikelilingi oleh wanita yang kuat dan penyayang namun selepas melihat sendiri proses kelahiran Baby Tia, sukar untuk saya luahkan rasa kasih, respek dan kagum terhadap @laurenhashianofficial dan semua ibu di luar sana.

“Dan untuk anak ketigaku, Tiana Gia, seperti mana saat kedua kakak mu Simone Alexandra dan Jasmine Lia dilahirkan, ayah berjanji akan menyayangi, menjaga, membimbing dan buat kamu tersenyum seumur hidup,” tulisnya.

Namun yang lebih menyentuh hati adalah apabila The Rock sendiri memberitahu bahawa walaupun dia mempunyai banyak tanggungjawab dan memakai banyak ‘topi’ dalam dunia ini, namun memakai topi sebagai ayah adalah yang paling membanggakan.




loading…

‘Dia tak pernah sesekali merungut kesusahan saya’ – Ucapan happy anniversary lelaki ini buat isterinya viral


Setiap pasangan yang berkahwin sememangnya inginkan sebuah perkahwinan itu kekal selamanya. Walaupun dikurniakan kejayaan dan kekayaan di dalam hidup, jika tiada kebahagiaan di dalam rumah tangga, rumah ibarat sepi tanpa penghuni. 

Prinsip susah senang bersama itu merupakan salah satu kunci kepada kebahagiaan rumah tangga. Jika memiliki pasangan yang sanggup menghadapi saat susah dan senang bersama, ia merupakan satu bonus buat kita. 

Muhamad Hariz melahirkan rasa syukurnya kerana memiliki seorang isteri yang  sanggup bersusah payah dengannya. Dia dan isterinya sudah bercinta semenjak zaman persekolahan lagi. Baginya, kejayaan yang dimiliki hari ini adalah kerana semangat yang tidak putus-putus diberikan oleh isterinya. 

Dia juga meninggalkan pesanan agar setiap pasangan menghargai pasangan masing-masing kerana di sebalik kebahagian isteri dan suami ada rezeki yang menanti. 

HAPPY Anniversary yang ke 10 isteriku. Semoga hubungan kita ini kekal hingga ke akhir hayat. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dikurniakan wanita sehebat wanita ini. Dulu saya bukan siapa-siapa pun, harta pun tak ada apatah lagi rupa, yang ada hanyalah cebisan-cebisan ayat yang manis. Kahkahkah! 

Saya ingat lagi, pinjam kereta ayah saya yang dia jarang naik (sebab dah uzur), pergi isi minyak. Lepas tu nak start kereta tu semula dah tak hidup. So ramai yang datang memberikan bantuan untuk hidupkan kereta tu. 

Saya malu gila masa tu dah la bawa awek nak dating lepas tu menyusahkan pulak. Tapi saya tengok dia okay je, tak ada nak merungut atau malu. Dia just cool dan ubah topik perbualan supaya saya tak stress dan lupakan perasaan malu tu. Pada ketika itu, masa zaman sekolah. 

Selepas tu masa kami sambung belajar dekat Kuantan tu saya diuji dengan hanya mampu pakai kereta yang usianya tua dan selalu rosak. Masa perjalanan nak balik ke Kota Bharu, kereta ni buat hal ‘overheat’ so berhenti la tepi jalan dekat Cherating untuk tunggu towing datang pickup.

Setelah tunggu dalam sejam lebih towing pun datang pickup dan dia dengan saya naik towing tu sekali balik ke Kuantan semula (kami tak jadi balik ke Kota Bharu). Dia tak ada pun marah pasal kereta tu dan tak malu pun naik towing walaupun orang towing tu drop depan kedai makan yang ramai giler student kolej perhatikan kami. Hahaha.

Dia tak pernah sesekali merungut kesusahan saya. Dia hanya beri sokongan je pada saya untuk terus maju. Dia tak pernah perkecilkan kebolehan saya, sebab tu saya hargai dia sangat-sangat. Syukur sangat-sangat.

Alhamdulillah kehidupan kami semakin lama semakin bertambah baik selepas berkahwin pada tahun 2014 dan dikurniakan puteri sulung dalam hidup kami. Anak itu rezeki kan? Dulu, kami tidak mempunyai apa-apa, dan kami selalu dipandang rendah oleh kawan-kawan sekeliling. Sekarang kami telah banyak mengecapi impian kami yang pada masa dulu kami rasa seakan mustahil untuk dicapai. 

Kawan-kawan yang dulu pandang rendah tu, sekarang cuba merapat kembali. Tak apa kami maafkan mereka, sebab mereka lah kami jadi kuat berusaha. Sekarang kami hanya rapat dengan orang yang ada ketika kami susah sahaja, sebab kami memang menghargai orang yang ada ketika kami dalam kesusahan. 

Saya dapati apa yang menjadikan hidup kami semakin hari semakin baik adalah kami selalu support each other, dalam hubungan kami selalu ada give and take. Gaduh-gaduh tu biasa, tak gaduh tak boleh jugak nanti boring hubungan tu.  Kalau nak cerita pahit manis percintaan kami memang panjang dan banyak sangat, hanya orang yang rapat sahaja yang tahu.  Dan jugak orang yang dah biasa follow kami akan tahu perkembangan hidup kami ni macam mana.

Hari tu saya pernah bagitahu, ayat ini amat tepat dalam hidup saya.

“Perempuan diuji bila lelaki tidak mempunyai apa-apa, lelaki diuji bila dia mempunyai segalanya.” 

Jadi, sesiapa yang mempunyai pasangan tu hargailah mereka, walaupun sekarang kita diuji dengan segala masalah bantulah pasangan kita dengan sebaiknya. InsyaAllah Tuhan akan bantu kita pula. Tak percaya, cubalah!  Isteri yang bahagia itu rezeki, suami yang bahagia itu rezeki. So kalau nak murah rezeki cuba-cuba lah bahagiakan pasangan anda. 

Siapa sayang pasangan dia? Cerrr tag, saya cabar awak kalau betul-betul sayangkan dia. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Madonna Gagal Halang Seluar Dalamnya Dilelong


Penghibur terkenal, Madonna semalam gagal dalam usahanya menghalang lelongan barangan peribadi miliknya termasuk surat putus cinta daripada legenda Rap, Tupac Shakur dan seluar dalam yang dipos kepada kekasihnya.

Mahkamah memutuskan penyanyi yang popular dengan lagu Material Girl itu tidak mempunyai asas kukuh untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Darlene Lutz, seorang penjual seni dan bekas rakan yang membantu Madonna membina satu koleksi peribadi sebelum mereka bergaduh.

Lutz menjadi sumber utama terhadap 22 barangan termasuk surat cinta, kaset dan berus rambut yang mahu dilelong oleh syarikat lelongan Gotta Have Rock and Roll sebelum mahkamah mengeluarkan satu injuksi pada Julai tahun lalu.

Madonna mahu lelongan itu dibatalkan dengan alasan ia mencabuli hak peribadinya.

Bagaimanapun, Hakim Gerald Lebovits dalam penghakimannya bersetuju dengan peguam Lutz bahawa pertikaian kedua-dua mereka sudah diselesaikan dalam satu perjanjian undang-undang pada 2004.

Lebovits juga mempersoalkan mengapa Madonna menyasarkan Lutz dan bukannya pembantunya yang didakwa penyanyi itu menyerahkan barangan berkenaan kepada penjual seni itu.

Antara barangan yang bakal dilelongkan termasuklah satu surat daripada Tupac pada 1995 sebelum penyanyi rap berkenaan mati ditembak setahun selepas itu.

Madonna hanya baru-baru ini mendedahkan hubungan rahsianya dengan Tupac itu.

Dalam suratnya kepada Madonna, Tupac berkata, imejnya akan terjejas sekiranya dia menjalinkan hubungan dengan wanita kulit putih.

Peguam Lutz turut memberitahu, lelongan itu turut termasuk sehelai seluar dalam yang diposkan Madonna kepada seorang kekasihnya.

The post Madonna Gagal Halang Seluar Dalamnya Dilelong appeared first on Berita Viral.