Kenyataan saya akan undi Trump Shania Twain mohon maaf



IKON muzik Country, Shania Twain membuat permohonan maaf selepas secara terbuka selepas mengaku akan mengundi Donald Trump sebagai presiden, sekiranya dia seorang warganegara Amerika Syarikat.

Menerusi akaun media sosial, Twain, pemegang kewarganegaraan Kanada, mengakui kesilapannya membuat kenyataan yang tersebut yang disifatkan sebagai tidak kena tempat.

“Saya mohon maaf jika jawapan itu tidak menyenangkan. Saya hanya cuba menerangkan situasi tentang pilihan raya tersebut, dan komen saya merujuk Trump sebagai seorang yang senang didekati rakyat, bukan sebagai ahli politik.

“Tetapi saya akui komen itu tidak kena tempat, dan ia bukan bermakna saya menyokong nilai yang dibawa Trump sekarang,” tulisnya.

Portal berita, The Guardian pada Sabtu mengeluarkan satu temubual dengan Twain yang antara lainnya membicarakan tentang pendapatnya tentang situasi politik.

Dalam jawapannya, Twain, yang merupakan salah seorang bintang Country dengan jualan album tertinggi dalam sejarah, memaklumkan dia akan memilih Trump pada pilihan raya AS pada 2016, kerana “walaupun bermulut lancang, tetapi Trump seorang yang jujur.”

Ia menerima kritikan peminat, terutama di AS yang tidak sependapat dengan Twain.

“Saya hilang hormat terhadap Shania Twain. Donald Trump jujur? Dia manusia paling banyak tipu muslihat,” kata pengguna Twitter, @mrmetacrisis.

(Video) ‘Buat kerja tak ikut S.O.P’ – Dua buah kereta kemalangan angkara kontraktor tidak bertanggungjawab


Kerja-kerja penurapan jalan seringkali dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan raya dengan selamat. Bagi memastikan kerja-kerja penurapan ini berjalan dengan lancar, pihak kontraktor kebiasaannya akan meletakkan papan tanda sebagai amaran kepada pengguna jalan raya.

Tetapi, kejadian sebaliknya berlaku di Jalan Mersing-Nitar di mana berlakunya dua kemalangan dan video rakaman menunjukkan salah sebuah kereta berwarna hitam juga terbabas ke bahu jalan selepas hilang kawalan ketika melalui jalan berbatu itu.






Sabri Azimi yang memuat naik video dan gambar kejadian itu di Facebooknya mendakwa papan tanda diletakkan pada jarak kurang 30 meter dari tapak projek berkenaan. Kawasan tersebut juga hanya diletakkan dua biji lampu basikal. Situasi ini telah mengundang padah kepada pengguna jalan raya berkenaan. 

“Inilah akibatnya jika buat kerja tak ikut S.O.P. Untung ratus ribu tapi cuma pakai dua biji lampu basikal sebagai tanda amaran. Seronok ye kira duit untung sampai tak boleh nak pikir keselamatan orang awam?

“Signbord dipasang pada  jarak tak sampai 30 meter jarak dari tapak projek dengan hanya berbekalkan dua biji lampu basikal?” soalnya.

Dua kemalangan telah berlaku di lokasi yang sama. Menurut  Sabri Azimi melalui statusnya di Facebook, kemalangan pertama berlaku pada pukul empat pagi dan kemalangan kedua berlaku pada jam 7.15 pagi.  Dia turut mengatakan sebiji motor juga nyaris digilis oleh sebuah treller. 

“Dua kemalangan di lokasi yang sama. Kemalangan pertama pada jam 4.30 pagi dan kemalangan kedua (video pertama) berlaku pada jam 7.15 pagi. 

“Kerja-kerja penurapan jalan raya ini bukan sahaja melibatkan kemalangan, malah sebuah motor nyaris digilis dengan sebuah treller,” katanya lagi. 

Menurut Sabri, mereka cuba berbincang dengan kontraktor yang bertanggungjawab Malangnya kontraktor terbabit memberikan pelbagai alasan dan tidak kisah kalau disaman.

“Gambar lelaki berseluar pendek tu adalah kontraktor tu. Call dan nak bincang untuk settle, tapi bila dia datang boleh pula keluar macam-macam alasan. Dia siap cakap tak kisah kalau nak saman. Besar kepala sangat tak nak mengaku kesalahan,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Memang gila tapi aku tak gila – Amy Search


TERNYATA usia bukan penghalang untuk penyanyi rock terkenal Amy Search, 60, untuk menawan gunung Annapura, Nepal, yang mempunyai kietinggian 4,130 meter dari aras laut, 14 April lalu.

Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran, Amy yang turut disertai isteri, Norhasniza Hassan dan beberapa rakannya yang lainnya akhirnya berjaya berada di puncak.

Menurut Amy, bukan hanya kekuatan fizikal yang diperlukan tetapi mental juga perlu kuat untuk mengakhiri misi tersebut.

“Cuaca bertambah sejuk lagi bila kabus mula turun dn ABC (Annapura Base Camp) dah tiada dalam pandangan.

“Jika sebelum ni setiap 10 langkah aku berhenti kelelahan, tapi kini tiga langkah aku berhenti ambil nafas. Tiga langkah degupan jantung aku rasakan macam baru lepas lari 100meter. Ini semua sebab oksigen yang semakin nipis.

“Memang gila tapi aku tak gila, aku tak pernah ada rasa putus asa atau kesal dan aku tau aku akan sampai di situ, ini impian aku,” tulis pada gambar yang dikemas kini di laman Instagramnya.

Amy Search

Tambah penyanyi Isabella ini lagi, semangat yang dipinjamkan oleh isterinya turut menyumbang kepada kejayaannya sampai ke puncak.

“Wife dan yang lain semuanya dah sampai, cuma aku dan Jamal jer. Aku terasa panik bila aku tengok Jamal dah mula macam nak muntah, tulang pinggul kiri kanan aku mula terasa menarik dan tiba-tiba berbunyi ‘ting’ di belakang telinga aku.

“Dalam perjalanan porter Raj cakap Nourish (isteri) on walkie talkie nak cakap dengan aku. Wife aku cakap, ‘sayang u can do it’. Aku jawab, I will be there tapi dia bunyi dalam kebimbangan sebab aku tanpa mountain jacket dan suhu semakin lama semakin sejuk.

“Hujung nafas aku terasa perit tapi terus melangkah.  Seminit lepas tu porter Milan dan porter Purna smpai dengan mountain jacket dan bantu aku jalan menuju ke puncak impian yang hanya 100meter di hadapan.

“Saat-saat terindah itu akhirnya sampai jua. Isteri menyambut aku di gerbang itu. Keadaan yang berkabus tebal melindungi puncak gunung Annapurna tiba-tiba terbuka menyambut kedatangan aku … begitu lah kebesaran Allah. Syukur, alhamdulillah,” kongsi Amy.

Annapura Base Camp, Amy Search

Meluahkan perasaan bangganya kerana akhirnya dapat menawan Annapura yang sama sekali tidak pernah terfikirkan olehnya sebelum ini, kata Amy, misi itu bermula lebih dua tahun lalu selepas berjaya berada puncak Gunung Kinabalu.

“Semuanya bermula dua tahun lalu bila isteri aku dan Wae ajak aku naik Gunung Kinabalu. Masa tu aku cakap gila ker korang tapi akhirnya aku setuju.

Eira Syazira bakal berhijrah ke Indonesia


PELAKON Eira Syazira bakal berhijrah ke Indonesia untuk mengembangkan bakat seninya di sana selepas mendapat tawaran untuk merakamkan album.

Menurut isteri kepada pelakon Azad Jasmin, perancangan itu sebenarnya telah bermula hampir tiga tahun lalu, namun ia terpaksa ditangguhkan sementara selepas dia hamil anak ketiga.

Bagaimanapun kesungguhan syarikat pengurusannya, Positif Arts Entertainment yang turut menguruskan kerjaya seni beberapa artis popular di sana seperti Keris Patih, Wali Band dan Ayu Tinting, yang sanggup menunggunya, Eira tidak mahu bertangguh lagi.

“Ada ketika perasaan takut menguasai diri, bimbang ditipu dan dipermainkan. Bagaimanapun, saya sudah hampir tiga tahun bernaung di bawah syarikat itu.

“Mereka melayan saya dengan baik hingga sanggup menunggu hampir tiga tahun. Sepatutnya, saya berhijrah ke Jakarta selepas melahirkan anak kedua, tetapi saya hamil tanpa sedar, tidak lama kemudian,” katanya kepada sebuah portal hiburan.

Jelas Eira, dia bakal merakamkan album di bawah label PT Nagaswara, namun terdahulu sebelum itu bakal muncul dengan single keduanya, Say, hasil ciptaan komposer Indonesia Endruu.

Tidak sekadar itu, Eira juga diberikan peluang untuk terus aktif dalam bidang lakonan apabila mendapat tawaran membintangi sinetron pada Ramadan ini.

Bakal memulakan kehidupan baharu di negara seberang itu dalam masa yang terdekat, Eira mengakui mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami dan anak-anak yang turut bersamanya ke sana.

“Kalau diikutkan, saya hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, apatah saya baru saja melahirkan anak ketiga.

“Bagaimanapun, Azad memberi semangat untuk saya melebarkan sayap ke Jakarta. Alhamdulillah, rumah dan kenderaan disediakan untuk saya.

“Saya akan ke Jakarta, lusa untuk rakaman lagu single kedua, tetapi kembali semula selepas urusan kerja selesai dan membuat persiapan berpindah,” kongsi Eira yang baru sahaja melancarkan produk kesihatan di bawah jenamanya, Seri Lady, pada Sabtu.




loading…

Saya bukan diva jauh sekali primadona – Lisa Surihani



PELAKON Lisa Surihani tidak pernah menggangap dirinya sebagai seorang primadona walaupun pernah mencapai pelbagai kejayaan dalam industri seni.

Menurut Lisa, dirinya masih sama seperti dahulu walaupun sudah berada dalam industri sejak mula menceburi dunia komersil pada usia 11 tahun.

“Sejujurnya saya tidak pernah menggangap diri ini sebagai diva mahupun primadona.

“Saya masih sama seperti dulu dan perkara itu juga tidak pernah saya fikirkan apabila mula serius berlakon pada 2008.

“Saya bukan diva, jauh sekali primadona. Apa yang saya lakukan sebelum ini adalah menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

“Niat saya masuk industri adalah untuk mencari rezeki yang halal dan belajar mengenai selok belok dalam industri hiburan kerana itu merupakan minat saya sejak kecil,” katanya kepada Astro Gempak.

Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media tergempar ‘Gergasi’ KRU, yang diadakan di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Konsert Gergasi KRU 25 akan diadakan pada 4 hingga 6 Mei ini di Istana Budaya.

Orang ramai yang ingin menyaksikan konsert  Gergasi KRU 25 boleh mendapatkan tiket di www.kruarena.com.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

‘Memang taklah nak minum kopi ni’ – Reaksi netizen bila melihat gambar proses kopi luwak


Kopi merupakan antara minuman yang menjadi kegemaran sesiapa sahaja tanpa mengira waktu. Di antara berjuta-juta  jenama kopi yang terdapat di dunia, kopi luwak merupakan kopi yang termahal di dunia. Biji kopinya mencapai harga sehingga USD100 per 450 gram. 

Kopi ini dikenali sebagai kopi yang mahal kerana ia merupakan campuran biji kopi yang diambil dari sisa najis luwak atau musang. 

Kopi Luwak sudah lama terkenal di kawasan Asia Tenggara, namun semakin menjadi perhatian peminat kopi gourmet setelah diiklankan pada tahun 1980-an. Siapa yang dapat menyangka biji kopi yang mahal ini sebenarnya adalah campuran daripada pencernaan seekor musang.

Sejarah di sebalik kopi luwak ini adalah semasa di zaman penjajahan Belanda di Indonesia. Pada ketika itu, para petani di Indonesia dipaksa untuk menanam kopi. Mereka juga dilarang untuk merasa biji kopi tersebut walaupun hanya sebiji. 

Bagaimanapun, mereka mendapati musang memakan tanaman kopi itu dan najisnya mengandung biji-biji kopi yang tidak dapat dicernakan. Sebahagian dari petani kemudian memungut najis haiwan berkenaan dan membersihkannya bagi mendapatkan semula biji-biji kopi itu. 

Biji-biji kopi itu kemudian dikeringkan dan ditumbuk sebelum dibancuh menjadi kopi. Hasilnya, kopi itu jauh lebih enak untuk dinikmati berbanding kopi yang diambil dari pokok. 

Keenakan kopi luwak itu kemudian sampai kepada pengetahuan orang Belanda, menyebabkan mereka kagum dan mula menghasilkan kopi luwak dan menjualnya ke seluruh dunia. 


Bagi penggemar kopi, keenakan kopi luwak adalah berdasarkan kepada dua faktor iaitu haiwan berkenaan mahir memilih buah kopi yang terbaik untuk dimakan. Oleh itu, biji kopi yang diperoleh darinya mempunyai kualiti yang tinggi. Selain itu, ketika biji kopi dicernakan ia menyerap enzim di dalam saluran pencernaan haiwan tersebut. Hasilnya, rasa kopi itu seperti coklat dan tidak pahit. 

Baru-baru ini viral di media sosial cara penghasilan kopi luwak yang membuatkan netizen dan khususnya penggemar kopi luwak terkejut. Malah, mereka tidak menyangka di sebalik harga yang mahal itu tersembunyi ‘rahsia’ kandungannya yang tidak dijangkakan.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih