Tanah Runtuh Sah 14 Tertimbus 3 Mayat Sudah Dijumpai



TIGA mangsa disahkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan sudah dikeluarkan manakala 11 lagi pekerja masih tertimbus Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Saadon Moktar berkata kesemua 14 pekerja tertimbus dan bukannya lebih 15 sepert…

The post Tanah Runtuh Sah 14 Tertimbus 3 Mayat Sudah Dijumpai appeared first on Berita Viral.

Penunggang motosikal cedera dirempuh dan digilis kereta


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – Malang tak berbau, seorang penunggang motosikal cedera selepas dirempuh dan digilis sebuah kereta ketika sedang mengisi minyak. 

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang Selasa lalu di sebuah stesen minyak di lokasi yang tidak dinyatakan, mangsa yang sedang mengisi tangki minyak motosikalnya tiba-tiba dirempuh sebuah kereta Proton Exora. 

Mangsa yang tidak sempat berbuat apa-apa, terjatuh ke lantai menyebabkan pinggangnya digilis kereta tersebut dan hampir digilis tayar belakang kenderaan itu tetapi tidak jadi. 

Kakitangan stesen yang melihat kejadian itu, segera datang dan memeriksa keadaan mangsa yang terpaksa merangkak keluar dari bawah kereta tersebut. 


Berdasarkan gambar print screen yang dikongsi oleh netizen, seorang wanita yang mendakwa dirinya kakak kepada mangsa, tampil menjelaskan kejadian itu.

“Pemandu lelaki (pakcik). Kejadian tiba-tiba, dia nak tekan brek, tertekan minyak. 

“Apa-apa pun, kes sudah selesai. Terima kasih kepada semua yang mendoakan adik saya. Kita hanya merancangan, Allah yang menentukan. Amin. Adik beransur baik,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Saya takkan benarkan lelaki itu bersama mama – Anak DS Vida


ANAK kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) yang dikenali dengan nama Cik B, memuat naik keratan berita mengenai ibunya bersama pembantu peribadi terbaharu, seorang pemuda berusia 23 tahun.

Menerusi entri tersebut, Cik B seolah-olah menunjukkan rasa protes terhadap kenyataan dikeluarkan Pegawai Media dan Pembantu Peribadi DSV, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Merujuk kepada laporan berita tesebut Cik B pada ruangan kapsyen menulis:

“Ehemmm ehemmm….. saya takkan benarkan dia bersama mama saya sebab dia tu nak perhatian je..”

Entri yang dimuat naik kira-kira jam 7 pagi tadi itu mendapat lebih 2,600 likes dan 200 komen yang rata-ratanya menyokong kanak-kanak tindakan berusia 11 tahun tersebut.

Kebanyakan komen memahami luahan Cik B dan berpendapat dia bertindak demikian kerana terlalu menyayangi ibunya serta tidak mahu individu lain mengambil kesempatan terhadap DSV.

Sementara itu, Iqbal menerusi laporan berita yang bertajuk “Anak ikan? Tidaklah… mana ada” di Harian Metro, mengakui serasi bersama DSV dan menerima sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan usahawan tersebut.

Iqbal juga dilaporkan sebagai individu yang paling rapat dan sentiasa bersama DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman.

Anak kelahiran Pasir Mas Kelantan itu bekerja dengan DSV secara rasmi sejak Jun lalu dan bertanggungjawab mengendalikan media sosial DSV, mengambil gambar dan video aktiviti serta melakukan suntingan sebelum memuat naik ke laman berkenaan.

Pelajar lulusan Diploma Penulisan Kreatif daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu turut menafikan yang dia menumpang populariti DSV mahupun cuba mengambil kesempatan terhadap kekayaan jutawan berkenaan.

Dalam pada itu DSV yang ketika ini berada di Makkah untuk menunaikan Umrah ketika dihubungi berkata, pemuda itu memahami dirinya dan berfikiran matang.

Mengulas mengenai ciri-ciri yang ada pada Ahmad Iqbal yang melayakkan bekerja dengannya, DSV berkata, pemuda itu mempunyai kemahiran dan mudah menterjemahkan kemahuannya.

Dalam masa sama, DSV menafikan yang Ahmad Iqbal adalah anak ikannya seperti yang diperkatakan netizen di media sosial.

“Anak ikan? Muka dia muda. Saya pun tidak rasa saya tua. Saya muda dan kalau bergambar tu macam tak jauh (beza) antara saya dengan dia. Macam ada kematangan pada diri dia. Jadi anak ikan… tidaklah… mana ada,” katanya kepada Harian Metro.

Foto: Cik B & Ahmad Iqbal Zulkefli

VIDEO: PANAS ! TV3 Buat Datuk Vida Menangis ! Datuk Vida Nekad Dengan Tindakkannya Ini !


Kini viral di media sosial video Datuk Vida menangis dalam keadaan yang sangat sedih. Pertama kali kami lihat Datuk Vida menangis sampai macam ni.

VIDEO: PANAS ! TV3 Buat Datuk Vida Menangis ! Datuk Vida Nekad Dengan Tindakkannya Ini !
VIDEO: PANAS ! TV3 Buat Datuk Vida Menangis ! Datuk Vida Nekad Dengan Tindakkannya Ini !

Read more »

The post VIDEO: PANAS ! TV3 Buat Datuk Vida Menangis ! Datuk Vida Nekad Dengan Tindakkannya Ini ! appeared first on Berita Viral.

Kanak-kanak 2 tahun dilanggar dan digilis kereta SUV


HENAN, CHINA – Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang kanak-kanak lelaki dilanggar dan digilis sebuah kereta jenis SUV, viral di media sosial, lapor Shanghaiist.

Dalam kejadian 8 Oktober lalu, video rakaman CCTV menunjukkan mangsa berumur dua tahun berkeliaran di kawasan tempat letak kereta seorang diri. 

Menyedari kedatangan sebuah kereta, mangsa cuba mengelak berada di laluan kenderaan itu, malangnya tidak sempat dan dia dilanggar sebelum terjatuh lalu digilis tayar depan dan belakang kereta itu. 

Apa yang mengejutkan, selepas kejadian itu, mangsa terus berdiri dan berlari ke rumahnya. 

Dalam temubual bersama media, ibu mangsa berkata, ketika kejadian itu, dia meninggalkan anaknya bersendirian lebih kurang satu minit sementara dia pergi mengambil kunci untuk mengunci pintu rumahnya. 

Apabila dia melihat anaknya yang berlari meluru ke arahnya dalam keadaan menangis, dia menyangka mangsa terjatuh atau tergelincir. 

Selepas menonton semula video rakaman CCTV yang menunjukkan anaknya dilanggar, alangkah terkejutnya wanita itu dan bagaikan tidak percaya yang anaknya masih hidup selepas digilis kereta tersebut. 


Mangsa kemudian dibawa pergi ke hospital dan doktor yang memeriksa mangsa berkata, tiada sebarang kecederaan serius pada anaknya. 

Sementara itu, pemandu kereta SUV itu telah ditangkap dan polis sedang menyiasat kes tersebut. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Sembilan rahsia sempena 19 tahun usia filem Kuch Kuch Hota Hai


PADA 16 Oktober ini genap usia 19 tahun filem Kuch Kuch Hota Hai arahan sulung Karan Johar ditayangkan. Masih berbisa malah makin segar hingga kini!
 

Siapa yang boleh lupa kisah cinta tiga segi antara Rahul lakonan Shah Rukh Khan, Tina (Rani Mukherjee) dan Anjali (Kajol) yang diadun dengan pelbagai sinematografi indah, babak-babak ikonik dan lagu-lagu merdu.

Sempena sambutan ke-19 tahun Kuch Kuch Hota Hai, Astro Gempak  menyenaraikan sembilan rahsia yang dipendam sejak pembikinan filem itu.

1) Watak Tina lakonan Rani Mukherjee asalnya diwujudkan untuk Twinkle Khanna. Nama Tina itu sendiri merupakan panggilan manja Twinkle.

2) Watak Aman lakonan Salman Khan pula sebenarnya ditawarkan kepada Saif Ali Khan namun pelakon itu menolak. Salman menawarkan diri kepada Karan Johar dan berjaya mendapatkan peranan tersebut.

3) Idea asal filem itu adalah cinta antara gadis cantik, tomboy dan jejaka poyo namun ditolak. Muncul pula idea kedua tentang kehidupan seorang balu membesarkan anak, juga telah ditolak. Hingga akhirnya, kedua-dua idea itu digabungkan menjadi Kuch Kuch Hota Hai yang kita tonton sekarang.

4) Seluruh kru produksi menangis ketika penggambaran babak pertemuan semula Rahul dan Anjali.

5) Rani Mukherjee berusia 19 tahun ketika membintangi Kuch Kuch Hota Hai.

6) Shah Rukh Khan dan Kajol sudah berjanji dengan Karan Johar (pengarah) untuk membintangi filem itu ketika penggambaran Dilwale Dulhaniya Le Jayenge. Karan hanya menjadi penolong pengarah ketika itu.

7) Kajol pernah tersembam ketika menaiki basikal untuk penggambaran lagu Yeh Ladka Hai Deewana.

8) Watak kanak-kanak lelaki Sikh sangat rapat dengan Shah Rukh Khan kerana imejnya direka sendiri oleh anak kandung SRK, Aryan yang datang ke set penggambaran.

9) Shah Rukh Khan memberitahu, babak dia membaling bola keranjang secara membelakangi dan memasuki jaring satu insiden tidak disengajakan.

“Saya sendiri pun terkejut,” katanya.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Indian Express, News18