Kenyataan saya akan undi Trump Shania Twain mohon maaf



IKON muzik Country, Shania Twain membuat permohonan maaf selepas secara terbuka selepas mengaku akan mengundi Donald Trump sebagai presiden, sekiranya dia seorang warganegara Amerika Syarikat.

Menerusi akaun media sosial, Twain, pemegang kewarganegaraan Kanada, mengakui kesilapannya membuat kenyataan yang tersebut yang disifatkan sebagai tidak kena tempat.

“Saya mohon maaf jika jawapan itu tidak menyenangkan. Saya hanya cuba menerangkan situasi tentang pilihan raya tersebut, dan komen saya merujuk Trump sebagai seorang yang senang didekati rakyat, bukan sebagai ahli politik.

“Tetapi saya akui komen itu tidak kena tempat, dan ia bukan bermakna saya menyokong nilai yang dibawa Trump sekarang,” tulisnya.

Portal berita, The Guardian pada Sabtu mengeluarkan satu temubual dengan Twain yang antara lainnya membicarakan tentang pendapatnya tentang situasi politik.

Dalam jawapannya, Twain, yang merupakan salah seorang bintang Country dengan jualan album tertinggi dalam sejarah, memaklumkan dia akan memilih Trump pada pilihan raya AS pada 2016, kerana “walaupun bermulut lancang, tetapi Trump seorang yang jujur.”

Ia menerima kritikan peminat, terutama di AS yang tidak sependapat dengan Twain.

“Saya hilang hormat terhadap Shania Twain. Donald Trump jujur? Dia manusia paling banyak tipu muslihat,” kata pengguna Twitter, @mrmetacrisis.

Harry dan Meghan sedih Michelle Obama tidak akan hadir majlis perkahwinan



PASANGAN diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle sedih kerana Michelle Obama tidak akan menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan Mirror UK, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) itu merupakan individu yang memperkenalkan Harry kepada Meghan.

Putera Harry, 33 tahun, dan bekas presiden AS, Barack Obama, merupakan kawan baik sejak 2015 semasa Obama masih bertugas di White House.

Laporan itu menyatakan, perkahwinan tersebut tidak akan berlangsung tanpa Michelle dan itu merupakan sebab utama untuk menjemput mereka.

Harry juga dilaporkan tidak gembira sebab itu diabaikan.

Tambah laporan itu, jika keluarga Obama dijemput, ia akan menyebabkan masalah diplomatik kepada kerajaan.

Umum mengetahui bahawa Harry dan Meghan tidak gemar pada Presiden AS, Donald Trump, dan dengan mengundang keluarga Obama tanpa mengundang Trump, boleh mencetuskan kekecohan.

Difahamkan, pasangan diraja itu kini memahami situasi berkenaan tetapi masih berasa sedih.

Minggu ini, disahkan bahawa keluarga Obama, Presiden Trump dan Perdana Menteri Britain, Theresa May tidak akan hadir kepada majlis perkahwinan diraja itu.

Mengikut protokol, Harry dan Meghan tidak wajib menjemput pemimpin politik kerana Harry bukan waris paling utama dalam senarai untuk menjadi Raja Britain berikutnya.

Harry berada di tempat kelima bagi menaiki takhta dan bakal beralih kepada tempat keenam selepas anak ketiga Putera William dilahirkan.

‘Aku Tak Akan Mati…’ Mona Fandey ‘dihidupkan’ kembali dalam ‘Dukun’


Setiap wanita inginkan kebahagian dalam hidupnya dan mengharapkan agar dapat menghabiskan waktu-waktu terakhir dengan ketenangan. Namun, kita sebagai manusia biasa tidak dapat menolak apa yang bakal terjadi pada diri kita. Jika kita memilih jalan yang benar dan diredhai, sudah pasti ketenangan yang akan kita nikmati dan  sebaliknya jika kita memilih jalan yang dimurkai, sudah pasti kesengsaraan yang akan diperolehi. 

Apabila menyebut nama Maznah Ismail, sudah pasti kita tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik nama ini? Namun apabila disebut sahaja nama Mona Fandey, pelbagai kisah tentang dirinya terimbas kembali.  Siapa sahaja mengetahui kisah yang mengejutkan Negara pada ketika itu. 

Kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan seorang ahli politik, Mona Fandey, suaminya Affandi dan seorang pembantu iaitu Juraimi. Kes pembunuhan ini tercatat sebagai pembunuhan paling kejam di Malaysia ketika itu berikutan penemuan tubuh Datuk Mazlan yang telah dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam menggunakan simen. 

Pembunuhan ini juga dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan. Perbicaraan yang melibatkan  kes pembunuhan ini  yang mengambil masa selama 69 hari itu merangkumkan kesemua kisah ilmu hitam, wang dan politik.

Pada Julai 1993, polis mula bertindak setelah menerima  aduan bahawa Datuk Mazlan yang ketika itu merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Pahang gagal dihubungi. 

Sebelum kejadian, Datuk Mazlan Idris telah meminta perkhidmatan Mona Fandey, Affandi dan Juraimi untuk membantunya meningkatkan lagi kerjaya politiknya. 

Pasangan bomoh itu telah merancang pembunuhan itu sebulan sebelumnya. Juraimi telah diarahkan untuk mengasah kapak bagi memancung kepala Mazlan. Affandi dan Mona juga mengasah sebilah pisau yang digunakan untuk memotong tubuh Mazlan kepada 18 bahagian. Wang tunai dikatakan antara motif pembunuhan dan digambarkan pasangan ini kesempitan wang. 


Kita hanya digemparkan dengan kes jenayah yang dilakukannya tanpa mengetahui peribadinya yang sebenar. Mona Fandey memulakan kerjayanya pada tahun 1987 sebagai seorang penyanyi dan pernah mengeluarkan album pertama yang bertajuk ‘Diana’ dan terkenal menerusi lagu ‘Ku Nyanyikan Lagu Ini.’ 

Dia dikatakan mula beralih ke arah bidang perubatan tradisional setelah tidak mampu menyanyi dengan baik. Mona Fandey dikatakan seorang wanita yang ayu dan juga seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Dia pernah menyatakan bahawa hidup dan matinya bersama suaminya. Dan ternyata kata-katanya itu adalah benar. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati di atas kesalahan membunuh. 

“Saya hanya nak senyum.” itu kata-kata terakhir Mona Fandey ketika disoal apakah yang akan dibuatnya untuk menghabiskan sisa-sisa waktu di penjara ketika disoal oleh wartawan Utusan. 

Wartawan Malaysian Digest pula pernah menemubual seorang Pegawai Penjara Wanita Kajang, Sarjan Azizah untuk mengetahui peribadi sebenar Mona Fandey semasa menjadi banduan akhir di penjara berkenaan. Beliau berkata Mona merupakan seorang yang sangat gemar berbual. Mona seringkali bercerita tentang anak-anaknya, bekas suami, suami kini, resepi masakan dan banyak lagi. 

Menurut Sarjan Azizah, kakitangan penjara pada ketika itu rata-ratanya mengelak untuk menguruskan rutin harian Mona kerana bimbang dengan ‘ilmu hitam’ yang dimilikinya. Beliau bagaimanapun kagum dengan sikap Mona yang menjaga solat lima waktunya. Dan Mona juga dikatakan tidak pernah meninggalkan solat sunat, wirid dan mengaji Al-Quran. 

Sarjan Azizah juga memuji sikap Mona Fandey yang dilihat sebagai seorang wanita yang sopan apabila bercakap. Mona juga sangat peramah dan menjaga adab dalam percakapannya dan dia juga tidak pernah sekalipun bercakap buruk mengenai orang lain. 

Kisah Mona ketika itu menjadi topik hangat di dada akhbar sehinggakan ada yang mendakwa dirinya boleh mengapungkan badan, membaca surah Al- Fatihah secara terbalik dan boleh keluar dari sel menuju ke Chow Kit. Namun Mona menafikan semua dakwaan itu dan menyatakan perkara itu di luar jangkaannya. 

Mona Fandey merupakan OKT (Orang Kena Tuduh Ketiga). Pada hari kejadian, dikatakan Mona hanya sekadar mendapat arahan daripada Affandi untuk keluar memetik bunga sebelum satu upacara mandi bunga bersama mangsa dijalankan. Mona juga tidak mengetahui pembunuhan yang akan berlaku pada malam kejadian. 

Ujar Sarjan Azizah, Hakim telah mempertimbangkan rayuan dari peguambela Mona untuk membebaskan Mona. Peguambela tersebut juga telah memujuk Mona untuk pulang bersama anak-anak tetapi Mona memilih untuk menjalani hukuman bersama suaminya.  Bekas suaminya yang juga seorang anggota polis menyatakan perihal Mona. 

“Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati. Waktu nak siang ikan pun dia menangis, apatah lagi nak kerat manusia.”

Melalui penceritaan daripada Sarjan Azizah, kita dapat melihat keperibadian Mona Fandey yang sebenar semasa di dalam penjara. Namun, ada juga cerita yang mendakwa Mona Fandey sememangnya memiliki ilmu hitam. Kisah ini berlaku kepada seorang wartawan perempuan yang ingin menemubualnya di penjara. 

Sebelum itu, Mona Fandey telah berpesan kepadanya agar tidak menokok tambah cerita. Namun, apa yang mengejutkan, pada malam tersebut wartawan tersebut mengigau sehinggakan dia menghempas mukanya di lantai tandas. 

Senjata yang digunakan ketika kejadian

Semasa hari perbicaraan juga, ketika Pakar Forensik sedang memberikan keterangan mengenai mayat yang telah dikerat kepada 18 bahagian, secara tiba-tiba mahkamah digemparkan dengan satu bunyi yang aneh dan menakutkan. Menurut sumber yang dipetik dari Utusan Online, bunyi itu seperti bunyi itik peliharaan Mona yang mempunyai baka Jawa. Bunyi-bunyi itu seolah-olah memberi petanda itik-itiknya mati kelaparan.  


Kisah yang penuh mistik dan persoalan ini kini menjadi perbualan netizen ketika ini. Ini kerana sebuah  filem yang bertajuk ‘Dukun’ arahan pengarah terkenal iaitu Dain bakal menjengah di pawagam pada Khamis, 5 April 2018 ini.  

Filem ini  merupakan kisah yang diadaptasi daripada kisah benar kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik dan Mona Fandey.  Filem ini berkisarkan tentang pembunuhan seorang ahli politik yang dilakukan oleh seorang penyanyi Malaysia yang popular pada tahun 1993. 

Filem ini sepatutnya ditayangkan pada tahun 2007, tetapi diharamkan tayangannya oleh LPF kerana jalan ceritanya dikatakan mengundang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit. 

Menurut Penerbit Eksekutif Astro Shaw, Dominique Hee, banyak persoalan menarik di sebalik jenayah kejam itu. Ia tidak hanya menjurus kepada Mona Fandey semata-mata namun persoalan yang menarik adalah kepercayaan kita kepada dukun, tidak kira dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina, India, atau mana-mana sahaja di dunia ini percaya kepada dukun.  

Tambah beliau, dia menengahkan pengaruh dan kuasa seorang dukun serta ilmu hitam kerana kedua-duanya adalah persoalan atau isu universal. 


Antara babak yang dikatakan mempunyai persamaan dengan kisah Mona Fandey ini adalah pada permulaan cerita dipaparkan mengenai asal usul tongkat sakti yang menjadi hak milik bomoh di Batak Sulawesi.  Tongkat, tangkal dan songkok merupakan barang azimat yang dimiliki oleh Affandi iaitu suami kepada Mona Fandey. Barang-barang tersebut dipercayai pernah menjadi milik Presiden Sukarno dan barang-barang itu dikatakan memiliki kuasanya tersendiri.

Pelakon utama cerita ini, Umie Aida juga mengatakan untuk menjayakan watak ini, dia telah membeli seekor ular kerana mahu memahami pergerakan dan sifatnya. Dia juga difahamkan, Mona  Fandey pernah ke Indonesia untuk menuntut ilmu ular. Penggambaran filem ini dijalankan di Penjara Pudu dan terdapat babak yang dikaitkan dengan seorang wartawan perempuan yang menemubual Mona Fandey di penjara. Namun, jalan cerita ini diubah sedikit dan watak seorang peguam lakonan Faizal Hussein dimasukkan did alam babak ini.

Benar atau tidak kisah di sebalik penceritaan Mona Fandey ini, terserah pada pembaca untuk menilainya sendiri. Filem ‘Dukun’hanya sebuah naskhah yang diadaptasi menjadi sebuah filem. Sudah pastinya, naskhah tersebut diubah dan diolah untuk menjadikan jalan cerita tersebut lebih menarik.

427 kawasan di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula 6-9 Mac


Beberapa kawasan di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula Selasa, 6 Mac sehingga 9 Mac, Jumaat depan berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal selama 10 jam di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), lapor The Star.
Dalam laporan Utusan Malaysia, sebanyak 427 kawasan yang akan terjejas termasuk Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat. 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berkata, kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan oleh Pengeluar Air Sungai Sdn. Bhd. itu akan mengambil masa selama 10 jam bermula jam 8 pagi hingga 6 petang bermula Selasa depan menyebabkan operasi loji dihentikan sepenuhnya.

“Ketika ini, loji menghasilkan 800 hinga 820 juta liter air sehari. Dengan jumlah sebesar ini, tempoh pemulihan bekalan air kepada pelanggan akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan,” menurut kenyataan Syabas semalam. 

Tempoh gangguan bekalan air mengikut wilayah:

  • Petaling: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)
  • Klang/Shah Alam: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 pagi (09/03/2018)
  • Gombak: 8 pagi (06/03/2018) hingga 12 tengah malam (08/03/2018)
  • Kuala Lumpur: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (08/03/2018)
  • Kuala Langat: 8 pagi (06/03/2018) hingga 3 petang (07/03/2018)
  • Hulu Selangor: 8 pagi (06/03/2018) hingga 9 malam (07/03/2018)

Klik gambar untuk tumbesaran

Justeru, Syabas menasihatkan semua pelanggan untuk menyimpan air secukupnya sebelum 6 Mac ini. 

Syabas juga akan mengemaskini maklumat dan perkembangan terkini berhubung perkara itu di laman web www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, Twitter Air Selangor dan aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’ untuk makluman para pengguna. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Pakar Dedah 3 Negara Kuat Ini Akan Bergabung Dengan Kim Jong Un Jika Perang Dengan As Berlaku



WASHINGTON Pakar East Asia di Amerika Syarikat Gordon Chang berkata sekurang kurangnya tiga negara akan bersedia menyertai pemimpin Korea Utara Kim Jong un jika peperangan dengan Amerika Syarikat benar benar berlaku Ketiga negara itu adalah…

The post Pakar Dedah 3 Negara Kuat Ini Akan Bergabung Dengan Kim Jong Un Jika Perang Dengan As Berlaku appeared first on Berita Viral.

‘Jika BN menang besar di Selangor, saya janji akan beri pendidikan percuma untuk sekolah agama’ – Noh Omar


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar menjanjikan pendidikan percuma untuk semua murid sekolah agama di bawah pentadbiran kerajaan negeri sekiranya mereka menang dalam pilihanraya umum akan datang, lapor Sinar Harian

Beliau menjelaskan, pendidikan percuma untuk sekolah agama itu amat wajar dilaksanakan memandangkan pada waktu ini ada ibu bapa yang merungut, bayaran yuran yang dikenakan terlalu tinggi dan membebankan. 

“Saya janji, jika BN menang besar dan berjaya menawan semula selangor, kita akan beri pendidikan percuma untuk sekolah agama. Bahkan beri perhatian dari segi prasarana bangunan dan kemudahan lain. 

“Saya cukup hairan, Pakatan Harapan bangga dengan simpanan rizab berbilion ringgit tetapi kebajikan sekolah agama ini satu pun tidak dibantu, sedangkan di bawah kuasa kerajaan negeri,” katanya. 

Tan Sri Noh Omar mengulas isu kenaikan yuran sekolah agama selepas Program Walkabout Kampung Parit 4 bersama pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Parit 4, petang tadi. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih