‘Buta-buta RM84.00 kena telan’ – Pengguna dakwa baki wang dalam akaun bank lesap


“Kami dah kena! Kami dah kena!” demikian tulis Sue Samat berhubung baki duit dalam akaun banknya, RM84.00 didakwa hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan. 
Sue Samat melalui Facebooknya memuat naik status di Facebooknya yang memaklumkan baki duit dalam akaun banknya hanya tinggal RM6.39, berbanding RM84.00. 

Menurut Sue, dia membuat pengeluaran secara berperingkat kerana bimbang dengan keselamatan wangnya dalam akaun bank selepas membaca beberapa status Facebook yang viral mendakwa wang simpanan mereka hilang secara tiba-tiba.

“Dua tiga hari asyik tengok orang viral tentang masalah itu. Hari ini berlaku pada diri sendiri. Tak sedap hati, itu yang nak pergi keluarkan semua wang simpanan. 

“Selalunya tak pernah tinggalkan baki, tetapi bulan ini ada baki ditinggalkan. Jadi saya pun pergilah nak keluarkan semua wang simpan. Tetapi hampa,” katanya selepas mendapati baki yang tinggal hanyalah RM6.39.

“Walaupun amaunnya sikit, tetapi jumlah itu besar bagi kami. Buta-buta kena telan. Tak sabar nak tunggu esok, nak pergi tanya. 

“Withdrawal 15 April, 16 April dan 17 April. Tengoklah, saya kehilangan RM84.00. Dah tak selamat walaupun simpan dalam bank,” katanya yang turut menasihatkan pengguna yang lain berhati-hati. 

Sementara itu dalam laporan mStar Online Isnin lalu, seorang pengusaha kantin turut mendakwa wang pemberian Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (untuk menjalankan perniagaan kantin), yang disimpan dalam sebuah bank didapati hilang sedangkan dia tidak pernah membuat sebarang pengeluaran. 

Norshamili Osman, 41, mendakwa wang RM1,000 itu hilang. Namun pihak bank berkata, dia sendiri yang memindahkan wang berkenaan ke akaun bank seorang wanita yang tidak dikenalinya. 

Bagaimanapun, Norshamili menafikan dan mendakwa dia tidak pernah menggunakan perkhidmatan perbankan online. 

“Saya tidak pernah menggunakan perbankan online dan nombor yang didaftarakan untuk melakukan pemindahan wang itu juga bukan nombor telefon saya. 

“Bukankah kalau nak pindahkan duit memerlukan Kod Kebenaran Transaksi (TAC) dan ia akan dihantar ke nombor telefon pemilik akaun?” katanya. 

Laporan polis juga telah dibuat namun tindakan itu tidak akan membantunya mendapatkan kembali wang tersebut dan pihak bank juga enggan memberikan kerjasama untuk menghubungi pemilik akaun yang memegang wangnya itu. 

“Pihak bank ada memberikan nombor telefon wanita itu tetapi bila saya cuba menghubunginya, nombor itu sudah tiada dalam perkhidmatan,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Ptptn Peraduan Go Cashless Win Untuk Pemegang Akaun



Tabung pendidikan Malaysia sentiasa berusaha dalam membuat pelbagai peraduan demi masa depan rakyat terutama bagi peminjam Kerajaan membantu individu yang ingin melanjutkan pelajaran dengan bantuan pinjaman bayar balik dengan kadar faedah 1…

The post Ptptn Peraduan Go Cashless Win Untuk Pemegang Akaun appeared first on Berita Viral.

Izreen , Ude tutup akaun Instagram


Biarpun beberapa kali menegaskan tidak pernah mengambil tahu tentang rumah tangga suaminya, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan isteri pertama, Intan Liana Saleh, pelakon Izreen Azminda terus-terusan dikecam netizen.

Tekanan tersebut telah membuatkan Izreen dan suaminya tidak lagi mengaktifkan akaun Instagram (IG) masing-masing.

Namun itu tidak menghalang netizen dari terus mengecamnya apabila mereka mencari cara lain dengan beralih ke akaun IG kelab peminat Izreen, malah turut mewujudkan akuan@izreenazminda_haters sebarang ruang melepaskan kemarahan kepada pasangan itu.

Isu ini kembali hangat diperkatakan apabila suami Izreen hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur pada Rabu untuk proses lafaz cerai terhadap isteri pertamanya, yang kemudiannya ditangguhkan ke 22 Mac depan.

Pelbagai kata cemuhan dilemparkan kepada Izreen yang dianggap sebagai perosak rumah tangga madunya itu.

Lebih daripada itu, sebahagian daripada mereka juga berhasrat untuk memboikot drama mahupun produk yang melibatkan Izreen.

Nampaknya bukan calang-calang dugaan yang dilalui Izreen kali ini. Semoga tabah berdepan segala ujian dan dapat mencari jalan tengah untuk menjernihkan keadaan.

Izreen yang juga ibu kepada seorang cahaya mata lelaki, Muhamad Adrian Umar berkahwin kali kedua dengan Ude secara rahsia pada 8 Ogos 2017.

Dalam pada itu, Intan Liyana pula mendapat sokongan padu daripada netizen yang bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya.

Malah jumlah pengikut Intan di IG juga juga telah bertambah kepada daripada 30,000 kepada 89,700 pengikut.

The post Izreen , Ude tutup akaun Instagram appeared first on Berita Viral.

‘Walaupun berniaga kecil-kecilan, kena buka akaun semasa’ – Usah guna akaun personal untuk urusan perniagaan, elak risiko akaun simpanan ditutup


Seorang peniaga kecil-kecilan terkejut apabila menerima surat dari pihak bank yang memaklumkan akaun simpanannya akan ditutup kerana melakukan terlalu banyak transaksi keluar masuk. Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Reen, telah menghubungi pihak bank itu untuk bertanyakan hal tersebut. 

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pegawai berkenaan, transaksi keluar masuk yang terlalu banyak di akaun simpanannya itu diklasifikasikan sebagai penggunanya menjalani perniagaan. Difahamkan, transaksi akaun simpanan mempunyai hadnya dan adalah tidak sesuai untuk digunakan bagi tujuan berniaga. 

Oleh yang demikian, pihak bank telah menasihatkan Reen membuka akaun semasa bagi tujuan perniagaan. Bagaimanapun, isu ini telah menimbul kegusaran dalam kalangan peniaga kecil-kecilan berikutan jumlah pendapatan dari perniagaan yang dijalankan bukan melibatkan keuntungan yang besar. 

Bagi yang kurang faham dengan isu ini, beliau telah memberi penjelasan melalui laman Facebooknya dan ketahuilah beberapa langkah yang anda perlu lakukan untuk membuka akaun semasa. Semoga bermanfaat. 

POST ini penting untuk sesiapa yang menggunakan akaun bank personal buat niaga kecil-kecilan. 

Pada 15 Februari 2018, saya menerima satu surat daripada CIMB Bank. Isi surat (rujuk gambar) menyatakan bahawa kaun bank simpanan saya akan ditamatkan pada 1 Mac 2018. Saya agak keliru dan terus menghubungi pihak CIMB Bank beratus kali tetapi tidak dapat. 

Hari ini 26 Februari 2018, setelah beratus kali call akhirnya dapat. Alhamdulillah. Saya bertanyakan tentang status akaun bank saya, kenapa ianya ditutup. Pihak bank mengatakan bahawa mereka akan menutup akaun bank secara berperingkat. Di bawah saya senaraikan sebab-sebab akaun bank yang mereka akan tutup.

  • Perniagaan kecil-kecilan seperti dropship, ejen dan lain-lain.
  • Terlalu banyak transaksi duit keluar masuk sebab akaun simpanan ada hadnya. 

Habis tu, kalau banyak duit simpanan, takkan nak disimpan bawah katil? Saya juga bertanya kenapa akaun bank saya yang dikenakan tindakan seperti ini? Akaun yang saya guna untuk perniagaan ialah akaun semasa. 

Mereka menjelaskan, “Pihak atasan mendapati akaun cik ada melakukan banyak transaksi keluar masuk duit dalam jumlah yang banyak dan ia merupakan bisness.”

“Baiklah, jadi macam mana pihak bank detect?” soal saya. 

Jawapan mereka, “Pihak kami akan tahu sebab dari akaun berlainan yang memasukkan duit ataupun bank in cash deposit. Pihak kami akan membuat penutupan akaun secara berperingkat walaupun berniaga sebagai dropship kecil-kecilan sebab untuk berniaga kena buka akaun semasa.”

Allahu! Kasihannya para surirumah yang baru nak berniaga. Takkan nak buka akaun semasa? Nak buka akaun semasa perlu ada SSM. Modal pun RM1,000, kena pula bawa introducer lagi, kena isytihar cukai lagi hatta niaga untuk RM5 saja untuk satu barang. 

Saya tanya lagi, “Dan bila saya boleh buka akaun baru?”

“Tak boleh buka dah dengan CIMB dan penutupan akaun ini bukan CIMB sahaja tetapi semua bank buat hal yang sama,” jelasnya. 

Jadi, harap korang jangan guna akaun bank personal lagi. Saya guna akaun bank personal bukan untuk berniaga, saya ada akaun semasa untuk syarikat. Tetapi banyak transaksi keluar masuk sebab saya bukan hanya menjalani satu perniagaan sahaja. Dan duit akan masuk ke akaun bank saya dulu, kemudian baru dimasukkan ke akaun syarikat. 

Jika anda sayangkan akaun bank anda, boleh daftar akaun semasa. Di bawah saya kongsikan prosedur untuk buat akaun bank semasa.

  • SSM enterprise saja, tak perlu Sdn. Bhd.
  • Deposit mengikut bank. Contohnya Maybank, RM1,000. 
  • Introducer (bergantung pada bank, jika Maybank perlukan introducer yang sekurang-kurangnya setahun ada akaun semasa di bank berkenaan). 

Selepas membuat akaun semasa, anda bebas keluar masuk duit RM2.6 bilion sekalipun, tetapi ingat, sila daftar syarikat anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Isytihar cukai anda sebelum diserang LHDN. 

Jadi buatlah pilihan yang bijak. Kongsikan perkara ini agar ramai yang tahu dan tidak menjadi mangsa seperti saya. Tiada budi bicara lagi. Mereka mendapat arahan dari pihak atasan. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Elyana naik hantu di akaun Instagram



BEKAS peserta Gegar Vaganza 4, Elyana, ‘naik hantu’ apabila ada sesetengah pengikut di Instagram (IG) bersikap biadap dan melemparkan komen kurang sopan terhadapnya.

Mungkin kerana tidak dapat menahan rasa marah terhadap segelintir yang dianggap tidak menghormatinya, Elyana telah memuat naik sebuah video di InstaStory.

Menerusi video tersebut, Elyana turut berpesan kepada haters supaya berhenti menjadi pengikutnya di IG atau belajar menghormati orang lain.

“Korang (kau orang) yang rasa manusia dan bagus sangat tu, tolong hormat orang sikit.
 
“Kalau rasa tak suka jangan tengok. Kalau nak nasihat sangat, tolong DM (direct message). Jangan kurang ajar sangat!,” katanya.

Sebelum video tersebut dimuat naik, berlaku perang ‘komen’ di antara Elyana dengan beberapa pengikut yang menulis bersikap kurang ajar apabila melibatkan penyakit kanser yang dihidapinya.

Selain itu ada juga pengikut IG yang bertindak keterlaluan apabila menyelar Elyana kerana tidak memakai tudung termasuk melibatkan kedua-dua ibu bapanya.

Bukan sekadar video, Elyana juga memuat naik beberapa status di InstaStory dengan memberitahu tahap sabar seorang manusia mempunyai had.

“Ada hari aku boleh bersabar. Kau pijaklah kepala aku macam mana pun aku boleh sabar.

“Tapi ada harinya yang tahap kesabaran aku tak ada langsung. Ya, aku sakit kanser tapi bukan bermakna aku tak boleh ludah kat muka korang yang biadab,” tulisnya.

Bagaimanapun, majoriti pengikut IG pelantun lagu Kalis Rindu itu meminta agar Elyana tidak melayan haters kerana golongan tersebut tidak akan pernah berpuas hati dengan apa sahaja yang dilakukannya.

Para peminat juga memberi semangat kepada penyanyi kesayangan mereka itu supaya terus kuat dan bersabar.
 
 

‘Dia guna gambar saya buat akaun WeChat palsu untuk uji kesetiaan suami dia’ – Hilang tender gara-gara difitnah bercinta dengan isteri orang


Gara-gara difitnah, seorang lelaki bukan sahaja terpaksa menanggung malu, malah kerjaya sampingannya sebagai photographer, videographer dan modeling (kontrak setahun) turut ditamatkan serta merta. 

Mangsa, Affan Mustaqim, bekerja sebagai pegawai bomba turut dikuarantin di balai selama dua hari dan perlu memberi penjelasan kepada majikannya mengenai kes tersebut. 

“Oleh kerana kes fitnah itu, saya kena buang tender contract setahun sebagai photographer, videographer dan modelling. Esok kena menghadap Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memberi keterangan kepada pengarah JBPM Pulau Pinang. 

“Selain itu perlu dikuarantin di balai selama dua hari kerana tidak dibenarkan keluar daripada kawasan bertugas dan tidak membenarkan menghubungi sesiapa melainkan majikan. 

“Oleh kerana Diana telah memfitnah saya menggunakan gambar saya dan membuat akaun palsu untuk mencemarkan maruahd dan nama saya sehingga melibatkan kes polis, sekarang saya terpaksa menjalankan proses untuk saman fitnah,” katanya yang turut menawarkan ganjaran RM150 bagi mana-mana individu yang dapat mencari wanita berkenaan. 

Dalam video penjelasan yang disiarkan secara live di Facebook semalam, Affan menjelaskan bahawa dia telah difitnah wanita berkenaan yang kononnya mahu menguji kesetiaan suaminya. 

“Berkenaan dengan kes saya didakwa mengganggu rumah tangga orang, iaitu Najib dan isterinya, Diana. Semalam 20 Jan jam 7 pagi saya berada di Manjong, ada tugas untuk buat video dan foto birthday party. 

“Jam 9 pagi saya mendapat panggilan dari balai saya mengatakan ada dua orang lelaki yang mencari saya dan mendakwa saya mengacau isteri orang. Saya terus tinggalkan kerja saya dan cari orang yang boleh menggantikan kerja saya dan saya terus pulang ke balai. 

“Kes ini kes berat kerana ia melibatkan isteri orang dan kes polis. Kes ini berkaitan dengan WeChat. Ada individu menggunakan gambar saya untuk buat akaun palsu. Kes ini sudah kali keempat berlaku di mana gambar saya disalahgunakan. 

“Kes pertama hingga ketiga diselesaikan begitu sahaja kerana mereka tahu itu adalah akaun palsu. Dalam kes keempat, suami kepada Diana membuat laporan polis pada 20 Januari (Sabtu). 

‘Terima kasih pernah muncul dalam hidup Affan. Andai dapat Affan putarkan masa dunia, akan Affan perbaiki kesilapan Affan. 16.6.2016 memories kita’ – Fake akaun

“Saya minta nombor telefon dari majikan saya, tetapi tidak diberi sebab dia kata jangan ikut emosi. Mana mungkin tak ikut emosi? Kes ini melibatkan nama saya. Saya tak buat tapi nama saya kena jual. 

“Majikan suruh saya bertenang dan akan tetapkan masa untuk kami berjumpa. Hari ini (Ahad) kami sepatutnya berjumpa tetapi nama dan gambar profil akaun palsu itu bertukar menjadi Zainab. 

“Dan laporan polis kedua dibuat oleh lelaki itu yang menarik balik laporan polis terdahulu dengan rela hati kerana kes sudah diselesaikan dengan cara baik. 




“Yang buat akaun palsu ini sebenarnya adalah isteri lelaki itu sendiri. Alasannya dia mahu menguji kesetiaan suami pada dirinya. 

“Kepala ***** awak Diana! Awak boleh buat cara lain lagi nak uji kesetiaan suami awak. Awak jual nama saya. Saya suruh awak datang tapi tak datang. Saya nak saman awak pun tapi kasihan tengok muka suami awak. 

“Saya harap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua orang dan jangan guna gambar orang lain untuk buat akaun palsu,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih