Cover Star ERA Siapakah 9 peserta yang bakal berentap bergelar bintang



KUALA LUMPUR: Debaran pencarian penyanyi cover terbaik tanah air kini semakin terasa apabila keputusan senarai pendek peserta yang berjaya mara ke peringkat seterusnya bakal diumumkan petang ini.

Pertandingan Cover Star ERA yang bermula sejak 2 April lalu telah mendapat kira-kira 10,000 penyertaan di Instagram dengan pelbagai gaya olahan muzik namun hanya sembilan peserta sahaja yang bakal dipilih untuk melepasi sesi saringan yang seterusnya.

Peserta yang layak ke pusingan seterusnya akan berpeluang untuk berguru dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Sufian Suhaimi, Hael Husaini, Khai Bahar dan Syamel yang turut menjadi juri mengadili mereka sepanjang pertandingan.

Penonton boleh menyaksikan ujibakat Cover Star Era yang akan bersiaran secara langsung menerusi Facebook Live mereka bermula jam 2 petang ini.

Terdahulu, peserta dikehendaki memuat naik video berdurasi satu minit di laman sosial Instagram menggunakan hashtag #CoverStarERA  bagi membolehkan penyertaan mereka ditonton oleh para juri.

Cover Star Era ini menguji daya kreativiti peserta apabila mereka perlu memilih lagu dari senarai yang disediakan dan mempersembahkan lagu tersebut bersama alat-alat muzik pilihan mereka.

Tahniah Nanny D – bergelar nenek Didie Alias timang cucu sulung



PELAKON yang terkenal dengan imej eksentrik, Didie Alias akhirnya menimang cucu sulungnya semalam.

Didie, 46 tahun, menerusi perkongsiannya di Instagram mengucapkan rasa syukur atas kelahiran cucu yang hanya diberi nama Baby SS.

“Alhamdulillah, tambah lagi keturunan Mumy,” tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) #NannyD.

Entri Didie mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya yang rata-ratanya mengagumi kecantikan rambut cucunya.

“Lebatnya rambut cucu Nanny,” tulis @ciknissak.

“Cucu baru ke anak tu? Comel sangat-sangat, rambut pula lebat,” soal @annaquyuum83.

“Tahniah Mumy! Assalamualaikum baby boy! Semoga menjadi anak soleh,” tambah salah seorang pengguna.

Sementara itu, menurut perkongsian anak sulung Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan, bayi lelaki seberat 3.60 kilogram itu telah selamat dilahirkan pada 14 April lalu (Sabtu) pada pukul 3.18 petang secara normal.

Dhaniyah telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

Didie dikurniakan lima anak hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim.

Mereka adalah Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

Semakin Hari Semakin Cantik Selepas Bergelar Janda Intan Liana Dihujani Pujian Dr Netizen



Kisah rumah Intan Liana Saleh pernah menjadi bualan masyarakat dek kerana pergolakan rumah tangganya yang melibatkan bekas suaminya Ude Wahid dan bekas madunya Izreen Azminda beberapa bulan lepas Semakin hari semakin cantik Selepas bergelar…

The post Semakin Hari Semakin Cantik Selepas Bergelar Janda Intan Liana Dihujani Pujian Dr Netizen appeared first on Berita Viral.

Aktor Channing Tatum kini bergelar duda



AKTOR Hollywood Channing Tatum mengumumkan keputusan untuk berpisah dengan isterinya, Jenna Dewan selepas lapan tahun berkahwin.

Dalam satu kenyataan melalui akaun Instagram peribadinya, Tatum menyatakan keputusan itu dibuat secara bersama dan ia tidak akan mengubah perasaan kasih sayang antara mereka.

Kedua pelakon itu bertemu di set pengambaran ’Step Up’ pada 2005.

Mereka berkahwin pada 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Everly, 4 tahun.

Swafoto Pertama Kim Tae Hee Selepas 5 Bulan Bergelar Ibu


Hampir lima bulan ‘berehat’ kerana melahirkan anak sulung, akhirnya aktres jelita Korea, Kim Tae Hee kembali menyapa dan bertanya khabar kepada peminatnya menerusi laman sosial.

Pada 21 Mac, isteri kepada bintang Hallyu popular Rain ini memuat naik dua keping gambar swafoto di Instagram berserta kapsyen panjang.

Apa khabar kamu semua? Saya kini dilokasi penggamaran iklan pertama saya selepas beberapa bulan berehat.

“Saya fikir cuaca awalnya sudah hangat tetapi masih dingin lagi. Hati-hati dan jangan sampai dijangkiti demam. Saya akan kembali sibuk dengan penggambaran tidak lama lagi dan sementar itu, diharapkan semuanya sihat dan bahagia,” tulisnya.

..

Posting tersebut dibanjiri komen peminat dan rata-rata gembira dengan kemunculan semula pelakon drama My Princess ini serta tidak sabar untuk menonton lakonan terbarunya.

Aktres yang juga digelar sebagai wanita paling jelita Korea pernah berkunjung ke Malaysia buat pertama kali pada Mac 2017 sempena pembukaan butik jenama Bonia, di Pavilion Kuala Lumpur.

Kim Tae Hee dan Rain berkahwin pada 19 Januari tahun lalu. Pada Oktober lalu, dia Tae Hee dilaporkan melahirkan seorang anak perempuan.

Bagaimanapun sehingga sekarang, pasangan ini belum bersedia berkongsi wajah mahupun mengumumkan nama puteri sulung mereka kepada umum.

The post Swafoto Pertama Kim Tae Hee Selepas 5 Bulan Bergelar Ibu appeared first on Berita Viral.

Usia bukan penghalang untuk bergelar hero dalam filem – Rosyam Nor



PELAKON Datuk Rosyam Nor mengakui usianya kini yang sudah mencecah 51 tahun tidak menjadi penghalang untuk memegang watak utama dalam sesebuah filem.

Menurut Rosyam, dia mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa usia bukan menjadi penghalang untuk berjaya dan menarik penonton pergi ke pawagam untuk menonton filem.

“Saya bersyukur kerana pada usia saya ini masih ada penerbit dan pengarah yang memberi kepercayaan untuk menjadi hero dalam sesebuah filem yang diterbitkan.

“Saya mahu buktikan bahawa pada usia kini saya mampu lakukan pelbagai perkara termasuk aksi lagak sendiri kerana peluang yang datang ini tidak boleh disia-siakan.

“Rasanya tidak salah untuk pelakon berusia diberikan watak utama kerana jika kita lihat filem dari luar negara walaupun pelakon mereka sudah berusia tetapi tetap diberi peranan utama dalam sesebuah filem.

“Saya harap dengan kejayaan yang dilakukan saya ini dapat membuka mata banyak pihak terutama penerbit dalam memberi tawaran kepada pelakon lain pula untuk  jadi hero walaupun mereka sudah berusia,” katanya kepada Astro Gempak.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Datuk Rosyam Nor filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Fattah Amin, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang.