‘Dah kerap terlanjur’ – Suami orang dan janda anak 4 ditahan di dalam bilik sewa


Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuat serbuan di sebuah bilik sewa di bandar raya Kuala Terengganu, selepas menerima maklumat awam dan berjaya menahan lelaki berstatus suami orang bersama dengan janda anak empat, lapor Harian Metro

Serbuan yang dilakukan pada Rabu lalu itu dibuat selepas JHEAT menerima maklumat awam yang mengatakan terdapat pasangan belum berkahwin berada di dalam bilik sewa. 

Ketika anggota penguat kuasa tiba di lokasi, pintu utama dibuka oleh seorang perempuan yang hanya bertuala dan pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki memakai seluar jeans dan tidak berbaju. 

Siasatan awal JHEAT mendapati, lelaki berusia 40  tahun dan janda berusia 46 tahun itu pernah ditahan di atas kesalahan yang sama pada bulan Mac.

“Siasatan mendapati mereka pernah dicekup sebulan lalu kerana melakukan kesalahan sama. Malah lelaki yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa datang ke bilik sewa janda anak empat itu selepas dihubungi kekasihnya,” kata sumber Harian Metro

Difahamkan, lelaki berstatus suami orang itu mengaku kerap berjumpa dengan janda berkenaan hanya semata-mata mahu memuaskan nafsu selain mendakwa mereka sudah kerap terlanjur. 

Gambar sekadar hiasan sahaja

Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun, kedua-duanya diikat jamin oleh anak masing-masing sementara menunggu tarikh pertuduhan di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu. 

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, mengesahkan tangkapan pasangan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

‘Benda itu ada dalam bilik, mengilai-ngilai…’


Assalamualaikum min. Saya nak kongsi pengalaman saya ketika berada di asrama di sebuah sekolah di Perlis. Kejadian ni berlaku kira-kira 5 tahun lepas ketika saya berada di tingkatan satu. 

Ketika itu, blok asrama saya 2 tingkat dan berbentuk U. Pelajar tingkatan satu berada di aras bawah, cuma disebabkan bilik tidak cukup, saya ditempatkan di aras atas. Bilik saya terletak di bahagian hujung sedikit. Hujung sekali bilik warden. Selang 2 bilik tingkatan 1 ialah bilik saya, kemudian 2 bilik tingkatan 4, kemudian tangga, dan terus bilik tingkatan 4. 

Blok kami berhadapan dengan kawasan lapang, bersemak dan berhutan, tapi masih dalam kawasan sekolah. Di sebelah blok kami terdapat sebuah kawasan lapang yang ada banyak pokok-pokok besar. Kalau pada waktu malam pokok tu nampak mcam seram sikit.

Pada satu ketika pengetua arahkan pokok2 besar tu ditebang, ada dalam 12-15 pokok semuanya. Masa tu petang, saya sempat la jugak tengok pokok tu ditebang sebab sebelah asrama je. Rupa-rupanya pokok tu ada ‘penumpang’ jugak.

Malam tu malam cuti sebab esoknya sabtu. Jadi kebanyakkan budak-budak tak pergi melepak. Ada yang pergi ke kafe, yang kaki belajar ke kelas. Kebetulan malam tu ada lawan bola, so ramai la student laki ke dewan makan sebab ada tv, ramai-ramai tengok bola. 

So asrama pada malam tu agak sunyi la sikit, ada beberapa orang je. Saya ni pulak bukan jenis minat bola, jadi saya menuju ke kafe selepas solat isyal berjemaah (wajib). Selepas ke kafe saya terus ke bilik kononnya nak belajar. Bru 10 minit, saya dah mula rasa mengantuk ditambah pulak keadaan asrama yang sunyi.

Bilik saya min ada 4 orang je. Setiap orang satu penjuru. Saya dapat katil di penjuru depan kiri, betul-betul tepi pintu je. Dan semua ahli bilik saya pergi tengok bola, tinggal saya sorang. Disebabkan mengantuk sangat, saya terus padamkan lampu dan terus tido. Saya tak tahu kenapa rasa mengantuk sangat padahal seingat saya baru pukul 9.30 malam. Saya tido seorang dengan lampu ditutup.

Masa tengah sedap-sedap tido min, tiba-tiba saya kena tindih. Badan saya tak boleh gerak. Saya tak berani nak buka mata saya sebab saya terdengar bunyi ‘dia’ tengah mengilai. Dengar jelas macam dia ada dalam bilik saya. Saya cuba baca ayat-ayat kursi, tapi lidah saya jadi kaku. Saya cuba azan, tapi sama, lidah saya kaku. Yang dengar cuma suara saya macam tengah jerit, tak dengar bunyi macam azan langsung.

Dalam 5 minit tak boleh gerak, tiba-tiba suara tu hilang, dan serentak dengan tu badan saya boleh gerak semula. Tapi saya masih tak berani bukak mata lagi. Masa tu saya tengah tido mengiring ke kanan, sebelah kiri dinding. Saya cuba beranikan diri, buka mata sedikit, dan tiba-tiba saya nampak ada seperti kain putih lalu betul-betul depan mata ke arah luar bilik. Terus saya pejam balik mata. Tak berani nak bukak dan nak bergerak.

Dalam 10 minit saya macam tu, saya beranikan diri terlentangkan badan saya. Yelah takut2 ada yang menumpang katil sekali kan kat belakang. Nasib tak ada apa-apa. Masa tu baru pukul 10, saya terfikir sama ada nak lari keluar atau nak stay je dalam bilik. Tapi saya sedapkan hati saya cakap benda tu dah tak ada. Saya buat keputusan untuk sambung tido je.

Tiba-tiba terdengar buku-buku atas meja belajar diselak kuat-kuat. Terkejut saya min. Tapi saya pujuk hati saya cakap tu cuma angin saja sebab meja belajar tepi tingkap. Baru nak pujuk hati, tiba-tiba terdengar bunyi selipar depan pintu kena sepak, terus saya lari keluar ke bilik sebelah saya. Nasib baik ada seorang kawan saya yang agak alim tengah tido dengan lampu terbukak. Terus saya pergi berbaring sebelah dia dan tertidur sampai pagi esok. 

Keesokannya saya cerita dekat kawan rapat saya, rupanya dia jugak terkena, cuma dia hanya kena tindih sahaja, xde pulak dengar apa-apa. Dan ada jugak kawan saya dalam 3-4 orang yang kena tindih jugak.

Pagi tu jugak saya mesej ustaz saya. Saya dan ustaz saya agak rapat jugak. Saya ceritakan kejadian yang berlaku. Tiba-tiba dia bertanya, “Kat sana ada pokok besar tak?”. Saya agak terkejut sebab saya tak cerita pon apa-apa tentang pokok. Terus saya ceritakan tentang pokok di sebelah asrama yang dah ditebang.

Ustaz saya cakap, mungkin saya kena kacau dengan Kak Suir, sebab pokok besar memang rumah dia. Cuma bila pokok tu ditebang, dia hilang tempat tinggal, sebab tu dia cari rumah lain. Dia ajarkan saya supaya membaca bismillah 21 kali sebelum tidur dan 3 Qul. Alhamdulillah malam-malam selapas tu saya dah tak kena ganggu. Saya amalkan apa yang ustaz saya ajar sampai sekarang. Dan sampai sekarang saya masih tak lupa kejadian tu.

Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com

‘Bunyi cakarannya seperti mahu masuk ke bilik’ – Diganggu sejak hari pertama berpindah ke rumah ‘baru’


Salam dan selamat sejahtera admin. Saya harap admin tak mengalami apa-apa gangguan semasa hendak publish cite saya ini (kalau la dipublish hahaha!)

Saya seorang guru, ditugaskan jauh di kawasan pedalaman di Sabah. Saya pada mulanya menolak kerana berpendapat tidak akan dapat menyesuaikan diri. Namun saya terima juga kerana merasakan inilah peluang untuk meluaskan pengalaman dan pemandangan.

Perjalanan saya dari bandar Kota Kinabalu (KK) ke kawasan pedalaman tersebut mengambil masa 5 jam. Agak jauh juga, kematu juga bontot duduk dalam kereta berjam-jam dengan jalan raya yang kurang sempurna tetapi Alhamdulillah saya tiba dengan selamat.

Ketibaan saya disambut mesra oleh penduduk kampung. Saya merasa begitu kagum dengan panorama hijau yang begitu berlawanan sekali dengan tempat asal saya. Penduduknya begitu baik, mesra dan sangat menghormati. Mereka jugalah yang bersusah payah membantu saya mengangkat barang-barang sehingga ke tempat rumah guru.

Rumah guru ini terletak 100 meter dari sekolah. Sunyi sahaja apabila musim cuti sekolah. Ditambah lagi dengan kawasannya yang masih kaya dengan kehijauan. Belakang rumah guru ini kawasan hutan. Cuma dipisahkan dengan pagar berduri. Ada empat buah sahaja rumah guru di sini. Sewaktu saya sampai, guru-guru yang lain balik kampung agaknya.

Rumah guru yang saya duduki ini diperbuat dengan papan kecuali dapur dan bilik air. Dapurnya berhadapan dengan kawasan hutan. Kalau saya tengah memasak boleh nampak burung-burung berwarna warni, tupai dan kalau beruntung boleh nampak gajah. Tapi jarang-jaranglah beruntung.

Baiklah, cukuplah mukadimah. Nak cerita pasal gangguan pula.

Gangguan yang saya alami ini berlaku sejak hari pertama saya tinggal di rumah guru ini. Ianya berlaku ketika saya hendak turun ke bilik air. Ketika sedang ‘melepas’, lampu bilik air tiba-tiba on off. Seolah-olah ada orang bermain suis di luar siap ade bunyi klik-klik. Saya yang memang jenis cepat saja marah, entah macam mana boleh jerit “Hoi!!!”. Selepas itu, lampu okey semula. 

Saya keluar dan tengok seketika keadaan sekeliling, takut-takut ada perompak ke apa, sebab penduduk kampunng ini ada beritahu agar berhati-hati kerana ada banyak penagih di kampung ini. Namun, tiada sesiapa pun berada di luar bilik air. Yang ada hanyalah beberapa ekor cicak yang sedang bercinta. Takkanlah cicak pandai nak off suis lampu kan?

Okey, selesai hal bilik air. Kali ini tentang burung hantu pula. Saya selalu tidur lewat malam sebab seronok membaca novel. Tingkap di bilik saya biarkan terbuka sikit sebab nak membiarkan angin malam masuk ke dalam, aircond percuma. Sini sejuk sikit. 

Baru saja membaca muka surat ketujuh, tiba-tiba ada bunyi benda melanggar tingkap. Saya cepat-cepat pergi tengok dan ada seekor burung hantu yang saiznya lebih besar dari kepala saya terlanggar tingkap. Tetapi yang menghairankan, bukankah burung hantu liar menjauhi manusia? Macam mana boleh terpesong pula?

Saya kutip bangkai burung hantu itu dan letak dalam plastik dan simpan di luar pintu bilik sambil fikir keesokan hari saya akan kuburkan bangkainya. Saya sambung semula membaca novel. 

Tidak lama selepas itu, tiba-tiba saya terdengar bunyi cakaran yang agak kuat di luar pintu. Ala, yang macam bunyi kucing mencakar-cakar tu. Tetapi yang ini seram, bunyi cakarannya seperti mahu masuk ke dalam bilik. Saya baling buku ke arah pintu dengan harapan agar bunyi itu berhenti. Malangnya tidak menjadi, malah bunyi cakarannya semakin kuat.  

Saya baling botol air kali ini dan bunyi cakaran itu berhenti. Saya cepat-cepat baca ayat kursi dan selepas itu cuba melelapkan mata. Tetapi mata pula tidak mahu lelap. Bukannya lupa nak pejam mata, memang dha pejam tetapi tak dapat tidur. Entah jam berapa saya tertidur, sedar-sedar saja hari sudah pagi dan mujur tak terlepas solat Subuh. 

Saya buka pintu, nak tengok ada ke tak kesan cakaran di pintu. Tetapi tiada apa-apa kesan pun. Jadi, bunyi apa yang saya dengar malam tadi? Saya bergegas pergi ke belakang untuk menguburkan bangkai burung hantu itu. 

Sewaktu saya sedang berusaha mengorek tanah, tiba-tiba ada seorang nenek dan cucunya datang dari kawasan hutan. Nenek itu berpakaian seperti zaman dulu kala dan begitu juga dengan cucunya 

“Buat apa dalam hutan pagi-pagi ini nek?” soal saya dengan tangan yang masih mengorek tanah. 

“Nenek nak ambil dia,” katanya sambil memandang bangkai burung hantu itu. 

Saya menjadi kebinggungan seketika, tetapi saya serahkan juga bangkai burung itu kepadanya. Kemudian nenek itu bersama cucunya berjalan pantas kembali ke kawasan hutan. Tiba-tiba pula jiran saya, Cikgu Ros, memanggil saya. 

“Kau bercakap dengan siapa tadi?” soalnya. 

“Ada nenek datang minta bangkai burung hantu,” jawab saya. 

Muka Cikgu Ros tiba-tiba berubah menjadi pucat. Dia kata dia nampak saya bercakap seorang diri, tetapi saya bersungguh-sungguh menafikannya. 

Pada sebelah malam, rumah saya berbau busuk, busuk yang teramat sangat. Saya mencari di setiap penjuru punca bau busuk itu tetapi gagal menemuinya. Habis satu rumah saya sembur dengan minyak wangi Lancome. Tetapi bau busuknya masih ada. Nak makan pun tak lalu, haih!! 

Saya bancuh kopi dan bawa masuk bilik, berdiri di tepi tingkap sambil memandang ke kawasan hutan. Tiba-tiba saya ternampak nenek dan cucunya yang datang pagi tadi sedang berdiri di tempat yang sama. Mereka seolah-olah memanggil saya tetapi tiba-tiba handphone saya berdering. 

Bila saya memandang ke arah mereka semula, kelibat mereka sudah hilang. Saya agak curious, apa yang mereka buat dalam hutan pada waktu malam-malam begini? Takkan mereka tinggal di dalam hutan? Ah! Esok sajalah saya ambil tahu. 

Saya pun baring-baring nak tidur. Baru beberapa minit lelap, saya terasa ada orang berada di sebelah saya. Saya buka mata dan… 

ASTAGHFIRULLAH!! Nenek tadi sedang baring di sebelah saya!! Matanya tajam memandang saya! 

Mulut saya terkunci, tetapi saya sempat bangun dan terjatuh dari katil. Saya terpandang bawah katil dan cucunya ada di situ sedang bermain sorok-sorok. Dengan pantas saya bangun, keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Saya cuba on semua lampu tetapi lampu tak on. Jilake!! Saya nak buka pintu untuk keluar, tetapi pintu tak boleh dibuka. Betul-betul jilake! Saya cuba menjerit tetapi suara pula tak nak keluar. 

Lalu saya bersembunyi di bawah meja makan sambil berdoa dalam hati dan baca apa sahaja ayat yang dihafal. Lawak tau, sampai doa makan pun saya baca. Saya pejam mata rapat-rapat dan kmeudian saya terdengar,

“Nenek, nenek. Jom kita main sorok-sorok. Adik sembunyi, nenek cari adik,” kata suara si cucu. 

Tiba-tiba bulu roma saya meremang, ada sesuatu di sebelah saya tetapi saya tak berani nak buka mata. Tapi saya dengar bunyi ketawa kecil mengekek-ngekek. Saya terasa pinggang saya dicucuk-cucuk tetapi saya masih berkeras tidak mahu membuka mata. Saya menangis ketakutan. 

Apabila bunyi ketawa dan cucuk-cucuk itu dah berhenti, saya cuba membuka mata dan perlahan-lahan menoleh ke sebelah, Fuh!!! Tak ada apa-apa. Tetapi tiba-tiba wajah nenek itu menjengah dari atas meja makan sambil ketawa mengilai. Saya terus pitam. Bila tersedar, saya berada di atas katil. 

Semalam itu mimpi atau realiti? Siapa yang angkat saya ke katil? Nenek itu ke? Saya masih tertanya-tanya. Saya pergi ke rumah Cikgu Ros dan memaklumkan kepadanya mengenai apa yang berlaku. Rupa-rupanya rumah guru yang saya diami ini adalah bekas kubur lama. Tak hairanlah banyak gangguan. Guru yang tinggal di rumah ini dahulu lebih teruk diganggu sampai hampir terbakar rumah ini. 

Nenek dan cucu yang mengganggu saya itu mungkin ‘penghuni’ di bawah rumah saya. Saya keluar berpindah dan tinggal menyewa rumah di pekan. Cikgu Ros pun ikut berpindah. Waktu saya mengemas barang di dapur, secara tidak sengaja terpandang ke kawasan hutan dan di situ berdiri nenek dan cucunya memandang saya dengan tajam. Cepat-cepat saya mengalihkan pandangan. 

Sumber: Dearley Azazel

Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

‘Mengejutkan !!’ 3000 tahun tak dibuka, 2 bilik FIR’AUN ternyata isinya adalah…


Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)

DUNIA DIKEJUTKAN dengan satu penemuan oleh saintis tentang isi yang terdapat dalam bilik firaun.

'Mengejutkan !!' 3000 tahun tak dibuka, 2 bilik FIR'AUN ternyata isinya adalah...
'Mengejutkan !!' 3000 tahun tak dibuka, 2 bilik FIR'AUN ternyata isinya adalah…

Read more »

The post ‘Mengejutkan !!’ 3000 tahun tak dibuka, 2 bilik FIR’AUN ternyata isinya adalah… appeared first on Berita Viral.

‘Aku tidur dalam bilik orang mati rupanya’


Assalamualaikum. Nama aku, Amer Eddiey. Aku nak cerita peristiwa yang terjadi pada diri aku sendiri. Masa itu, aku dalam perjalanan dari Terengganu ke Batu Pahat. Aku saja pusing pergi ke Port Dickson (PD) pada masa itu sebab teringin pula nak tengok pantai PD. Boleh tahan lawa juga, tetapi tempat aku lagi lawalah. 

Nak dijadikan cerita, tanpa aku sedari hari dah semakin gelap. Aku nak teruskan perjalanan pun dah rasa tak larat. Kebiasaannya kalau aku jalan jauh, mesti ada seorang lagi member aku yang reti memandu. Tetapi kali ini aku seorang diri saja. Lalu aku mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah hotel berdekatan. 

Jam tangan menunjukkan jam 8.45 malam. Aku terus menuju ke kaunter hotel. Selepas mendapat kunci bilik, aku terus pergi ke Bilik 12. Ya, aku masih ingat lagi nombor bilik itu. Selesai membersihkan diri, aku terus baring di katil. 

Punyalah lena aku tertidur sampai tak sedar jam dah 12.30 pagi. Perut aku berbunyi-bunyi, meminta diisikan makanan. Aku bersiap nak keluar makan. Bila aku buka saja pintu bilik hotel, tiba-tiba pintu tak boleh dibuka. Entah macam mana boleh jadi begitu. 

Aku ketuk dan ketuk pintu itu sampai sakit tangan aku. Lebih dari sejam aku berusaha untuk cuba membuka pintu bilik, namun usaha aku hanyalah sia-sia sahaja. Aku cuba menggunakan telefon yang ada di dalam bilik, tetapi malangnya tidak boleh digunakan pula. Dalam hati, aku terasa mahu saja menumbuk hidung pemilik hotel ini. 

Aku dah buntu, tak tahu nak buat apa. Aku baring di atas katil sambil mendengar muzik dari walkman. Aku ingat lagi lagu yang aku dengar pada waktu itu, lagu Nur Nilamsari. Seketika kemudian, mata aku terlelap. 

Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang lembut memanggil-manggil nama aku. “Amerr..”. Ah, ilusi aku saja tu, kataku dalam hati. Namun tidak beberapa lama kemudian, suara itu kembali kedengaran di telinga. “Amerr… tolong…” 

Aku cabut earphone di telinga, buka mata dan bilik aku gelap?! Serentak dengan itu aku dengar suara itu tak putus-putus memanggil nama aku. Suara itu datang dari katil sebelah aku saja. Tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku pada waktu itu. 

Aku selimut seluruh badan dan suara itu masih juga memanggil-manggil nama aku. Aku dah ketakutan tak terkata. Aku pun cuba menjawab dan bertanya, “Kau siapa???”. Dia kata, namanya Marina dan dia mati di dalam bilik ini kerana dibunuh oleh rakannya snediri. 

Ya Allah, aku tidur dalam bilik orang mati rupanya. Aku terus baca ayat Quran yang aku ingat. Entah ayat apa yang keluar dari mulut aku pada masa itu. Aku tutup kepala aku dengan bantal tetapi suara itu masih kedengaran, Aku menjerit meminta tolong, menjerit sampai habis suara. Tetapi entah kenapa tiada orang yang mendengar suara aku. Aku hanya terdengar suara tadi mengilai-ngilai. 

Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku terbaring kaku seperti patung di atas katil. Aku dengar sayu-sayu suara yang mengilai tadi bertukar kepada menangis, mengilai semula dan bermacam-macam bunyi. 

Dah sekian lama, aku pun tak sedar bila aku tertidur. Bila buka mata, hari dah siang dan waktu itu waktu dah jam 11 pagi. Aku kemas barang-barang aku, keluar dari hotel itu. Aku buka pintu bilik, eh, senang pula nak buka pintu itu. 

Bila aku pergi ke kaunter untuk buat pembayaran, aku marah pada kakitangan hotel itu sebab pintu susah nak dibuka dan telefon bilik tak boleh digunakan. Diorang juga tidak mendengar aku berkali-kali mengetuk pintu, mahapun jeritan aku malam tadi. 

Bila aku cakap bilik nombor 12, diorang kata dah hantar orang untuk kemas bilik 12 itu tetapi tiada orang pun yang tinggal di dalamnya. Aku bertekak dengan diorang dan ajak mereka ke bilik yang aku tidur malam tadi. Tetapi entah macam mana bilik yang aku tidur itu nombor 15, bilik di hujung sekali. Padahal bilik nombor 12 berada berdekatan dengan tangga. 

Sah aku tersilap bilik. Tapi kenapa kunci yang aku dapat boleh buka bilik itu? Selepas itu, salah seorang kakitangan hotel menarik aku, katanya bukan aku seorang yang pernah mengalami kejadian seperti ini. Sebelum ini ada juga pelanggan mereka yang terkena. 

Ceritanya, bilik di hujung itu sememangnya bilik berkunci sebab bilik itu keras. Aku menjadi hairan, kenapalah mata aku kabur tak nampak nombor bilik. 

Aku pun terus beredar dari hotel itu tanpa perlu membayar apa-apa kerana aku dikira bermalam dalam bilik yang tidak sepatutnya. Semuanya telah terjawab, tak sangka aku bermalam di dalam bilik orang kena bunuh. 

Nama hotel tak boleh sebut kerana nak menjaga perniagaan mereka. Berhati-hatilah bila menyewa bilik hotel. 

Lelaki rogol adik ipar ketika isteri sedang tidur lena di bilik yang sama


Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dirogol abang iparnya ketika isterinya yang juga merupakan kakak kandungnya sedang tidur lena, lapor Harian Metro

Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Seria Jaya, Setapak, lelaki berusia 30-an terbabit melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya sedang tidur lena di rumah yang sama sejak dua minggu lalu.

Menurut sumber, mangsa sering datang ke rumah kakaknya terutamanya ketika cuti sekolah kerana mahu membantu menjaga anak saudaranya yang masih kecil. 

“Namun ketika mereka tidur sebilik, suspek dikatakan sempat mengambil peluang untuk merogol mangsa. 

“Tindakan itu dianggap amat berani berikutan isteri suspek tidak menyedari perbuatan itu walaupun berada berdekatan,” katanya.

Suspek juga turut mengugut mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada orang lain kerana suspek akan membunuh semua ahli keluarga mangsa jika perbuatan terkutuknya itu diketahui orang lain. 

Bagaimanapun, mangsa yang masih bersekolah bimbang kejadian yang sama berulang lalu menceritakan perkara itu kepada kakaknya untuk tindakan lanjut. 

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan perubatan sebelum membuat laporan polis di pondok polis HKL.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih