Saya bukan diva jauh sekali primadona – Lisa Surihani



PELAKON Lisa Surihani tidak pernah menggangap dirinya sebagai seorang primadona walaupun pernah mencapai pelbagai kejayaan dalam industri seni.

Menurut Lisa, dirinya masih sama seperti dahulu walaupun sudah berada dalam industri sejak mula menceburi dunia komersil pada usia 11 tahun.

“Sejujurnya saya tidak pernah menggangap diri ini sebagai diva mahupun primadona.

“Saya masih sama seperti dulu dan perkara itu juga tidak pernah saya fikirkan apabila mula serius berlakon pada 2008.

“Saya bukan diva, jauh sekali primadona. Apa yang saya lakukan sebelum ini adalah menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

“Niat saya masuk industri adalah untuk mencari rezeki yang halal dan belajar mengenai selok belok dalam industri hiburan kerana itu merupakan minat saya sejak kecil,” katanya kepada Astro Gempak.

Lisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media tergempar ‘Gergasi’ KRU, yang diadakan di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Konsert Gergasi KRU 25 akan diadakan pada 4 hingga 6 Mei ini di Istana Budaya.

Orang ramai yang ingin menyaksikan konsert  Gergasi KRU 25 boleh mendapatkan tiket di www.kruarena.com.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

‘Saya kata pump fuel ten ($10), bukan pump full tank ‘ – Driver BMW enggan bayar duit petrol RM370, salahkan kecuaian pekerja Caltex


Jika seseorang individu itu mampu memiliki kereta mewah, sudah tentu dia juga mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan pada keretanya. Namun dalam kejadian baru-baru ini yang viral di media sosial, seorang pemandu kereta BMW, enggan membayar petrol yang telah dipam pada keretanya, lapor World of Buzz.
Dalam catatan Facebook yang dimuat naik oleh wanita warga Singapura, Kelly Yeo, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam dua petang di Caltex Tampines Avenue, pada 14 April lalu. 

Ketika kejadian, Kelly terdengar perbalahan di antara pemandu BMW terbabit dengan kakitangan stesen tersebut. 

Apabila juruwang meminta pemandu itu membayar S$135 (RM400) untuk minyak diisi penuh pada kereta BMW 5 Series, pemandu terbabit mendakwa dia hanya meminta kakitangan stesen itu mengisi S$10 (RM29), “Pump fuel ten”. 

Bagaimanapun, kakitangan dianggarkan berusia 60 tahun yang melayani pemandu itu memaklumkan kepada juruwang berkenaan bahawa lelaki itu berkata “Pump full tank”. 

“Dia jelaskan apa yang didengarinya pada masa itu, isi minyak penuh tetapi lelaki itu cepat-cepat menafikannya. 

“Apa yang berlaku seterusnya membuatkan saya terkejut. Kakitangan itu enggan memperbesarkan kes itu dan akhirnya mengalah dan memaklumkan kepada juruwang untuk menerima saja bayaran S$10 (RM29) dari lelaki itu dan dia akan menanggung bakinya sebanyak RM370.

“Akhirnya, lelaki itu beredar dan hanya membayar S$10 sahaja untuk isian minyak penuh pada kenderaan mewahnya itu,” kata Kelly. 

Kelly juga memuji tindakan profesional dua kakitangan berkenaan yang bersabar melayani karenah lelaki terbabit meskipun terpaksa menanggung kerugian yang banyak. 

Katanya lagi, tiada salahnya sekiranya lelaki itu membayar saja amaun yang telah dikenakan kerana kenderaannya itu juga tetap akan diisi dengan petrol pada hari-hari mendatang. 

Sementara itu, netizen terkejut dengan sikap pemandu BMW terbabit yang sanggup memperdayakan kakitangan berkenaan yang berpendapatan S$1,600 (lebih kurang RM4,700) sebulan untuk membayar petrolnya. 

Caltex Singapura dalam satu kenyataannya menjelaskan, siasatan mendapati kakitangan terbabit tidak menanggung sebarang kerugian. Laman Mothership pula melaporkan ada seseorang individu telah datang untuk membayar baki tersebut, namun tidak didedahkan identitinya. 

Walaupun begitu, tampil seorang netizen mendakwa lelaki itu kerap melakukan perbuatan itu dengan modus operandi yang sama semata-mata mahu mendapatkan petrol percuma. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Saya bukan bodoh sangat nak selfie berdekatan jenazah ibunya – Zahirah Macwilson bidas Zul Ariffin



Pelakon jelita, Zahirah Macwilson, 23, menafikan tuduhan bekas kekasihnya, Zul Ariffin yang mendakwa dirinya seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu Zul ketika di dalam masjid.

Menerusi sebuah temu bual, Zul, 31, mengesahkan cinta mereka telah menemui titik noktah dan mendakwa Zahirah ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif.

BACA: Putus cinta, Zul Ariffin menyampah lihat Zahirah ‘selfie’ berdekatan jenazah arwah Ibu

“Saya terkejut membaca kenyataan Zul. Fitnah semata-mata. Jika benar, kalau ada bukti, sila tunjukkan. Apa motif dia burukkan nama saya selepas membuat pengesahan yang kami sudah putus?

“Takkan saya tak ada perasaan? Takkan saya tak sensitif langsung? Saya pun ada mencium arwah ibunya. Agak-agaklah, saya bukannya bodoh sangat sehingga sanggup bertindak sebegitu.

“Memang saya ada di masjid ketika itu dan saya hadir bersama teman saya. Dia juga mengenali teman saya. Nak berkata tentang selfie, saya ada berswafoto dengan sepupu Zul, itu pun ketika di selesai malam tahlil. Bukan ketika berada di dalam masjid sewaktu jenazah ibunya masih ada.

“Selepas selesai kenduri, sepupunya ada meminta untuk mengambil selfie bersama saya, jadi saya turutkan sahaja,” kata Zahirah ketika dihubungi oleh Astro Gempak.

Tambah bintang drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu ini, dia tidak faham dengan tindakan Zul yang seakan mahu memburukkannya.

“Kami sudah tiada hubungan, benar, sudah lebih sebulan, dia juga mengatakan sudah memaafkan saya, tetapi kenapa perlu memburukkan saya? Kenapa nak tabur fitnah?

“Kami putus pun bukan atas sebab tersebut. Saya tak mahu membuka mulut kerana itu akan membuka aib sahaja. Saya tak mahu burukkan sesiapa. Biarkanlah dia, saya hanya akan berdiam sahaja dan tak mahu berbicara lagi mengenai perkara ini.

“Apa yang berlalu, biar berlalu kerana saya mahu terus maju memandang apa yang ada di hadapan serta memberikan fokus kepada karier selepas ini,” katanya optimis mengakhiri perbualan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zahirah & Zul

 

Kelab peminat bukan sekadar kumpulan sorak


KUALA LUMPUR: Jika dahulu, kelab peminat atau fanclub lebih kerap digambarkan sebagai kumpulan sorak untuk selebriti.

Namun dewasa ini, kelab peminat dilihat mampu memainkan peranan dalam pembentukan imej dan sahsiah, khususnya dalam kalangan anak muda.

Ditubuhkan dua tahun lalu, kelab peminat pelakon Luqman Hafidz yang dikenali dengan nama Luqman Hafidz Ally ini tekad menggunakan platform itu untuk menjalankan tanggungjawab sosial, yang diharap mampu menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan anggotanya.

Satu aktiviti ramah mesra diatur kelab peminat itu bersama penghuni Pusat Jagaan Sri Mesra Home, Ampang pada Sabtu sempena hari kelahiran Luqman yang ke 27, membuktikan kesungguhan mereka.

“Sempena dengan hari lahir Luqman Hafidz yang ke 27 hari ini, kami mengadakan satu acara ramah mesra dengan penghuni Mesra Home.

“Objektifnya bukan sekadar mengeratkan silaturahim antara peminat tetapi lebih penting, mendekatkan golongan belia dengan aktiviti berbentuk kebajikan.

Luqman bersama sebahagian peminat dan penghuni Pusat Jagaan Sri Mesra.

“Majoriti ahli kelab peminat ini terdiri daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 28 tahun. Masa inilah kita perlu memberi pendedahan kepada mereka tentang giving back to society,” kata pengasasnya, Nor Hazwanie Che Mat.

Bagi pemilik bersama Mesra Home, Faezah Ali, mereka cukup berbangga dengan usaha kelab peminat itu yang sedar akan kepentingan berbakti kepada mereka yang memerlukan.

“Ini kali pertama ada kelab peminat mengadakan acara di sini. Satu penghargaan juga kepada kami kerana kedatangan mereka ini memberi kegembiraan buat semua penghuni di sini,” katanya.

Sementara itu, Luqman yang popular menerusi watak Ali dalam filem Ola Bola, mengakui terharu dengan penganjuran acara sedemikian, apatah lagi ia adalah hasil idea peminat sepenuhnya.

Tidak dapat meluangkan masa yang lama kerana tuntutan tugas, namun Luqman sempat meluahkan penghargaan terhadap inisiatif yang diambil peminat.

“Apabila mereka cadangkan mahu mengadakan sambutan hari jadi di sini, saya bangga kerana dalam pada ingin bergembira, mereka tidak lupa untuk melakukan sesuatu untuk masyarakat,” kata Luqman.

Selebriti, tambah Luqman, perlu menggunakan pengaruh mereka dengan memberi sokongan kepada aktiviti seumpama ini, yang dilihat mampu melahirkan golongan generasi muda yang prihatin dan bertanggungjawab.

“Masyarakat secara umumnya sudah ada kesedaran tentang hal-hal kebajikan. Tetapi kita perlu teruskan usaha memberi pendedahan kepada golongan muda kerana impaknya di masa depan sangat besar,” ujarnya.

‘Tadi bukan ikut jalan ini ke?’


Ini based on pengalaman saya sendiri ya, berlaku pada September 2017. Ini memang pertama kali pergi ke Pulau Perhentian. Nama-nama orang dalam cerita ini bukan nama sebenar. Hope enjoy. 

HARI PERTAMA

So first, bila dah sampai ke Pulau Perhentian, kitorang seramai 10 orang check in masuk bilik masing-masing. Sebelum itu guide ada kata kalau nak pergi hiking, pergilah berkumpul di tempat sekian-sekian. Selepas itu kitorang berbincang sama ada nak pergi atau tidak, diorang kata nak pergi. Jadi biarlah, tetapi saya tak pergi dan saya kata kalau nak hiking, diorang kena tinggalkan Adra dengan saya dan adik saya dalam bilik. 

Jadi, mereka pergi bernema sahaja. Saya tak pergi sebab rasa tak sedap hati. Lagipun diorang hiking bermula petang sampai maghrib, jadi tak elok bawa budak-budak dan Perhentian ada ‘benda’ dan banyak okey, bukan sikit. Biasalah pulau, kan? Hehehe! 

Dalam jam 4 petang itu, diorang pun pergi hiking. Bila dah selesai hiking, jam 7.15 petang diorang pun sampai bilik dan Kak Sue ada cerita. 

“Tadi nasib baik tak bawa Anna dengan kitorang pergi hiking, sebab ada benda terjadi,” katanya. 

“Apa benda pulak ni?” getus saya dalam hati. 

Kak Fit kata, masa diorang hiking, adalah juga ranting-ranting, batu-batu di jalan, tetapi bila diorang nak turun daripada hiking, diorang kata jalan dah lain. Ranting-ranting dah tak ada dan tiba-tiba ada tali purple yang panjanglah juga dan diorang ternampak ada sekumpulan perempuan ikut tali itu. Jadi diorang pun ikutlah sekali.

Tetapi bila diorang dah separuh jalan, group perempuan itu hilang. Sedangkan jarak diroang dengan group perempuan itu dekat saja. Jadi, dari situ diorang dah mula rasa tak sedap hati dan berpatah balik. Bila patah balik, diorang ikut jalan yang ada tali merah dan Alhamdulillah diorang sampai. Tak sangka. 

‘Benda’ itu ajak main pula petang camtu. Haha! Dan ya, diorang akhirnya sampai ke bilik. 

Okey. Yang ini part dekat on the way nak pergi Long Beach. First, guide kata jalan nak pergi ke Long Beach ini dekat dengan kedai makan. Jadi, kitorang decide nak pergi makan dulu. Lapar beb. Dari sampai pulau, tak makan. Haha!

Okey, selesai makan, kali ini kami berlima saja pergi Long Beach sebab yang lagi empat orang tak dah larat nak naik bukit, penat berhiking masih tak hilang. Dah kenyang semua malas, jadi kami berlima pun mulalah mendakit bukit nak pergi ke Long Beach itu. 

Jalan nak pergi ke Long Beach itu memang gelap. Ye, gelap yang teramat macam korang tutu psemua lampu dalam rumah. Begitulah gelapnya dengan suasana tepi pokok-pokok getahnya, mana tak seram? 

Jalannya yang tak rata, kitorang berjalan dengan semua flashligth handphone dibuka. Bila dah separuh jalan, ada lampu sikit. Sikit sajalah, tak banyak. Kemudian kitorang pun sampailah di satu gerbang nak masuk ke Long Beach ini. Di gerbang itu dah mula tak ada lampu semula dan jalannya sangat kecil. 

Semasa berjalan, Kak Fit terpijak seekor ular sawa kecil. Selepas saja tempat ular sawa kecil itu, kitorang dah nampak cahaya dan saya pandang pangkin buruk itu dan nampak sesuatu tetapi saya abaikan. Alhamdulillah kami sampai akhirnya. 

Bila dah beberapa minit di Long Beach tu, tengok fire show semua, kitorang pun rancang nak balik bilik. Sepanjang perjalanan nak balik itu, saya ada terpandang satu pangkin buruk itu sekali lagi dan pangkin itu tak ada beb. By the way, kami pulang dengan jalan yang sama. 

Selepas pangkin buruk itu hilang, saya dengan Kak Fit sambung perjalanan semula. Dah separuh jalan tempat terpijak seekor ular sawa itu, ada dua lorong. Satu lorong ada lampu meriah sangat suana dengan papan tanda bertulis “Kawasan Perumahan” dan saya dengan Kak Fit hampir masuk lorong itu. Tetapi masa pergi ke Long Beach, tak ada pun lorong itu. Bila nak balik, ada pula? Ya, ‘dia’ ajak main lagi di waktu malam. 

Lorong kedua, lorong yang betul nak pergi balik ke bilik. My brother (1) dengan anak buah saya, Anna, yang pergi ikut jalan itu. Tiba-tiba my brother (1) kata, “Eh? Eh? Korang nak pergi ke mana tu? Jalan nak balik ikut sini,”. 

“Tadi bukan ikut jalan ini ke?” soal Kak Fit. 

Bila dah malas nak argue semua, kitorang (saya dengan Kak Fit) ikut jalan yang adik saya kata dan ya Allah nasib baik jalan itu betul. Saya lega sangat jalan itu betul. Bila dah sampai di pokok itu, okey, benda ini saya dengar sendiri. Saya tak tipu dan ye, ada benda mengilai. 

“Hee… Hee… Hee… Hee….” 

Saya cepat-cepat jalan tanpa memandang ke belakang. Okey, masa ini Anna jalan dengan saya dan tiba-tiba Annaa berkata, “Tatak Anna nak dokong.” Jadi saya pun dukunglah dia. Tak tahulah dia nampak apa sampai nak suruh saya dukung dia. Mungkin dia nampak ‘benda’ yang mengilai itu.

Bila dah hampir sampai ke restoran itu, Anna pun suruh turunkan dia. Kak Fit, my brother dan adik saya relaks saja, macam tak dengar apa-apa pula. Pelik? Hahaha! Alhamdulillah selamat sampai dan kitorang balik ke bilik masing-masing. 

HARI KEDUA

Keesokan harinya selepas makan malam, saya pergi lagi ke Long Beach untuk kali kedua. Tetapi kali ini dengan ibu, ayah, adik, brother dan Kak Rin. Kak Fit dengan my brother serta anak buah tak pergi sebab diorang dah serik. Seperti mana yang korang tahu, ktiorang lalu jalan gelap itu lagi. Tetapi kali ini mungkin lagi seram kot. 

Kali ini kitorang susun kedudukan. Ibu dan brother (2) lead jalan, abah dengan adik tengah, saya dengan Kak Rin di belakang. Kitorang pun jalan, tetapi masa tengah jalan, ibu kata dia penat dan terasa macam ada ‘benda’ bertenggek di bahu dia. 

Heh! Saya dah meremang bulu roma masa itu. Dan ya, ibu pun bacalah macam-macam bagi ‘benda; itu berambus dan ye ‘benda’ itu berambus.

Kitorang dah fikir nak balik bilik disebabkan ‘benda’ itu tetapi ibu kata tak apa dan teruskan perjalanan. Kitorang berhenti sekejap di tengah jalan (dah setengah jalan). Tiba-tiba ada tiga orang stranger berkepala botak dengan kurang ajarnya berkata, 

“Apehal pula ada trafic lights di depan?!” 

Saya cakap dekat Kak Rin, “Kurang ajar gila, tak nampak ke orang penat. Boleh saja lalu di tepi.”. 

Kitorang memang dah berputus asa tau, penat punya pasal, kitorang turun balik dan tiba-tiba ada seorang pakcik pakai seluar pendek, baju t-shirt lusuh dan berselipar bawa torchlight. You know what? Dia langgar saya dan saya tak rasa apa-apa langsung. Bulu roma semakin meremang dan terus meremang. 

Saya tak tahu dari mana dia datang tetapi dia (pakcik misteri) baik sangat. Dia kata, “Tak apa, teruskan jalan. Saya tunjuk jalan.” dan ye dia tunjuk jalan tetapi dia bawa pergi ke ceruk lain. Ceruk yang lagi cepat sampai. Sampai satu jalan itu, macam biasa ada dua lorong. Saya kata la satu lorong itu ada lampu terbuka dan bercahaya, tetapi pakcik misteri itu kata, 

“Jalan itu tutup dan gelap, tak apa, ikut saja saya.”

Yang saya pelik, pakcik itu suluh jalan belakang tau, tak suluh jalan depan dan saya tak nampak muka dia langsung. My brother (2) bisik, “Dia baik, dia nak tunjuk jalan saja. Dia tak ada muka,” katanya. 

My brother (2) hijab dia tebuka, so faham-faham sajalah.

Bila kitorang dah nak sampai itu, mata saya tiba-tiba kabur dan yang lain juga mengalami perkara yang sama. Serta merta pakcik misteri itu hilang. But ya, saya berterima kasih sangat kepada pakcik misteri itu sebab tunjuk jalan dan tak sesatkan kitorang. 

Selepas itu, bila saya rasa tak selesa sebab ada orang pandang lain maca, saya ajak diorang balik. Dalam perjalanan balik, saya pelik, jalan yang saya kata ada lampu dan signboard itu tak ada langsung. Saya lalu jalan sama lagi dan saya tak sedap hati terus jalan laju-laju. Nasib baik sampai ke bilik dengan selamat. 

HARI KETIGA

Keesokan harinya, kami semua balik ke jeti Besut, Terengganu dan pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah tiada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kitorang dan mujur tiada ‘benda’ yang ikut balik. 

Tetapi korang kena berhati-hati bila pergi ke Pulau Perhentian sebab banyak kes rompak, sebab gelap. Tetapi Pulau Perhentian sangat menarik sebab airnya cantik, cuma jangan pergi ke Long Beach. Min, tolong rahsiakan sumber ye. 

Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

Chris Evans bukan lagi Captain America selepas Avengers 4



BOLEHKAH anda terima pelakon lain sebagai Captain America selain Chris Evans? Suka atau tidak itu hampir pasti berlaku.

Pelakon kacak itu sudah beri bayangan akan melepaskan watak itu selepas Avengers 4 dalam temubualnya bersama The New York Times.

“Kamu perlu keluar sebelum anda dipaksa keluar” kata Evans.

Kenyataan Evans ini menguatkan lagi spekulasi beberapa watak utama akan dimatikan.

Pelakon berusia 36 tahun ini amat sinonim dengan watak adiwira Marvel itu sejak Captain America: The First Avenger pada 2011.

Dia akan kembali ke set penggambaran bagi penggambaran semula beberapa adegan Avengers 4 dan itu dijangkakan kali terakhir Evans akan bersama pasukan Marvel Cinematic Universe (MCU).

Sekuel filem Avengers: Infinity War itu dijadual ditayangkan pada May 2019.

Selain rantaian Avengers, Evans telah membintangi trilogi filem Captain America, yang terakhir Captain America: Civil War ditayangkan pada 2016.

Selain Captain America, Evans juga pernah membintangi filem Fantastic Four pada 2005 dengan memegang watak sebagai Human Torch.