Tahniah Nanny D – bergelar nenek Didie Alias timang cucu sulung



PELAKON yang terkenal dengan imej eksentrik, Didie Alias akhirnya menimang cucu sulungnya semalam.

Didie, 46 tahun, menerusi perkongsiannya di Instagram mengucapkan rasa syukur atas kelahiran cucu yang hanya diberi nama Baby SS.

“Alhamdulillah, tambah lagi keturunan Mumy,” tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) #NannyD.

Entri Didie mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya yang rata-ratanya mengagumi kecantikan rambut cucunya.

“Lebatnya rambut cucu Nanny,” tulis @ciknissak.

“Cucu baru ke anak tu? Comel sangat-sangat, rambut pula lebat,” soal @annaquyuum83.

“Tahniah Mumy! Assalamualaikum baby boy! Semoga menjadi anak soleh,” tambah salah seorang pengguna.

Sementara itu, menurut perkongsian anak sulung Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan, bayi lelaki seberat 3.60 kilogram itu telah selamat dilahirkan pada 14 April lalu (Sabtu) pada pukul 3.18 petang secara normal.

Dhaniyah telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

Didie dikurniakan lima anak hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim.

Mereka adalah Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

Kutip dan jual tin untuk sara anak OKU dan enam cucu, netizen mohon orang ramai bantu nenek ini


Viral di media sosial, gambar seorang wanita dan cucu perempuannya menolak troli yang berisi tin-tin kosong untuk dijual bagi menyara kehidupannya, mencetuskan rasa simpati netizen. 

Gambar yang dimuat naik oleh Ariff Iman Anuwi pada Rabu, 29 November, menjelaskan dia terserempak dengan Norazian Yusof atau Tok Ummi di Medan Selera Semarak.

“Terserempak dengan makcik dan kanak-kanak perempuan ini sedang menolak troli yang berisi tin-tin kosong. Dia tinggal bersama anak perempuanya (OKU, ibu tunggal) dan enam cucunya di PPR Sri Semarak, Kuala Lumpur. 

“Suaminya sudah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu, kini dia menyara kehidupan dengan menjual tin-tin kosong,” tulis Ariff. 

Menurut Ariff, Tok Ummi yang tinggal di PPR Sg Bonus, menerima bantuan dari badan kebajikan RM400 setiap bulan. Namun jumlah itu mencukupi menyebabkan Tok Ummi perlu mengutip dan menjual tin-tin kosong bagi menambah pendapatan untuk menyara keluarganya termasuk empat cucu yang sudah bersekolah. 

“Saya tidak tahu apa lagi yang saya boleh tetapi saya perlukan bantuan orang ramai bagi mengumpulkan dana untuk membantu mereka,” tulisnya. 

Sementara itu, beberapa individu lain juga pernah terserempak dengan Tok Ummi di kawasan berkenaan. Tetapi tidak mengetahui kehidupannya susah seperti itu.

Ariff menasihatkan mana-mana individu atau pihak yang sudi membantu keluarga ini boleh menghubungi Tok Ummi di talian 017-3368137. Bagi yang mahu menyumbang, boleh salurkan terus ke akaun Maybank 164810144991 atas nama Norazian Yusof.

Semoga ramai insan yang baik hati tampil membantu keluarga ini dan hanya Tuhan yang mampu membalas jasa anda semua. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Takut naik eskalator, datuk tampar cucu sampai hidung berdarah


CHINA – Seorang lelaki berusia 49 tahun yang menampak cucu perempuannya berusia 4 tahun sehingga hidungnya berdarah ditahan reman selama lima hari, lapor South China Morning Post

Kejadian yang sempat dirakam kakitangan pasar raya itu dikatakan berlaku pada Isnin lalu di Yongzhou, wilayah Hunan. 

Rakaman video menunjukkan muka mangsa berdarah sedang dirawat oleh seorang wanita, kakitangan pasar raya berkenaan. Juga kelihatan tompokan darah di lantai, di kaki dan baju mangsa, sementara datuk dan adik lelaki mangsa yang berusia satu tahun hanya memerhatikan mangsa. 

Namun secara tiba-tiba lelaki terbabit menolak kakitangan berkenaan lalu menampar kepala mangsa dengan kasar sebanyak beberapa kali. 

Keadaan itu memaksa dua kakitangan tampil melindungi mangsa dari terus dipukul datuknya. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Yongzhou pada tengah hari Ahad lalu berkata, suspek telah membawa dua beradik berkenaan ke pasar raya. Tetapi suspek menjadi berang apabila mangsa enggan menggunakan eskalator kerana takut. 

Suspek yang hilang kesabaran lalu menampar mangsa di bahagian muka menyebabkan hidungnya berdarah sebelum dibantu oleh dua kakitangan pasar raya berkenaan. 


Dalam keterangan suspek kepada polis pula menjelaskan dia menampar mangsa buat kali kedua kerana kanak-kanak itu enggan berhenti menangis. 

Apabila polis menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mangsa, mereka merayu agar polis menggugurkan kes itu. Malangnya rayuan mereka tidak diendahkan dan suspek ditahan reman selama lima hari untuk siasatan atas dakwaan mencederakan mangsa dengan sengaja. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Berang cucu ingkar arahan, nenek tiri rendam mukanya dalam minyak panas


BANDUNG, INDONESIA – Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun melecur teruk di bahagian muka kerana dianiaya oleh nenek tirinya dalam kejadian 29 September lalu di kediaman mereka.

Mangsa, Rachel Heriani, 11, dikejarkan ke hospital di Bandung akibat luka melecur yang serius di mukanya, sejurus selepas kejadian itu berlaku. 

Sebelum kejadian itu berlaku, nenek tirinya, Kosiah, 69, dikatakan telah meminta Rachel menggoreng keropok untuk santapan keluarganya hari itu. Namun, mangsa berkata dia mahu berehat untuk seketika kerana kepalanya pening. 

Berang dengan alasan yang diberikan, Kosiah kemudian menarik rambut dan mengheret mangsa ke dapur lalu merendam mukanya ke dalam minyak masak yang panas. 

Bapa mangsa, Kusdian, 42, berkata, anaknya tidak mampu mengingati apa-apa selepas kejadian itu dan hanya tersedar dirinya diletakkan di atas katil sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

“Anak saya tidak ingat apa yang berlaku selepas itu. Sebaik saja sedar, dia sudah berada di atas katil. Dia diberi rawatan awal selepas dibawa ke Hospital Gunung Halu, tetapi dia hanya diberi ubat sapu sahaja dan doktor kata dia akan pulih,” katanya. 

Kusdian yang tinggal berasingan dengan anaknya hanya mengetahui keadaan mangsa itu sehari selepas kejadian. Sebaik saja mengetahui kejadian itu, dia terus membawa mangsa ke hospital yang lain untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik sebelum membuat laporan polis terhadap nenek tiri anaknya, Kosiah. 

“Anak saya seorang pendiam. Jiran-jiran mereka berkata, dia selalu dipukul dan jarang pergi ke sekolah kerana nenek tirinya kerap memaksa dia membantunya.

“Bahagian mata kiri, dahi, hidung dan pipinya melecur teruk. Saya sedih melihat keadaan Rachel yang menangis setiap kali jururawat membersihkan luka di mukanya,” katanya.

Bagaimanapun, Kosiah pula menegaskan kejadian yang berlaku itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan di mana ketika dia sedang menggoreng keropok di dapur pada hari kejadian sebelum mangsa datang ke dapur. 

“Dia beritahu saya, dia mahu menggoreng keropok itu, jadi saya serahkan kepada dia dan sementara itu saya sediakan makanan yang lain. 

“Selepas menggoreng 11 ketul keropok, dia (mangsa) mengadu pening kepala dan saya suruh dia berehat. Bila saya kembali semula ke dapur, dia sudah terjatuh ke lantai,” katanya.

Kosiah berkata, dia juga menemui tumpahan minyak yang tumpah dari kuali di sekitar kepala mangsa. 

Sementara itu, polis pihak berkuasa sedang menyiasat kes tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. 

Mangsa dilaporkan akan menjalani pembedahan pada mukanya selama yang mengambil masa selama dua hari. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih