‘Dah kerap terlanjur’ – Suami orang dan janda anak 4 ditahan di dalam bilik sewa


Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuat serbuan di sebuah bilik sewa di bandar raya Kuala Terengganu, selepas menerima maklumat awam dan berjaya menahan lelaki berstatus suami orang bersama dengan janda anak empat, lapor Harian Metro

Serbuan yang dilakukan pada Rabu lalu itu dibuat selepas JHEAT menerima maklumat awam yang mengatakan terdapat pasangan belum berkahwin berada di dalam bilik sewa. 

Ketika anggota penguat kuasa tiba di lokasi, pintu utama dibuka oleh seorang perempuan yang hanya bertuala dan pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki memakai seluar jeans dan tidak berbaju. 

Siasatan awal JHEAT mendapati, lelaki berusia 40  tahun dan janda berusia 46 tahun itu pernah ditahan di atas kesalahan yang sama pada bulan Mac.

“Siasatan mendapati mereka pernah dicekup sebulan lalu kerana melakukan kesalahan sama. Malah lelaki yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa datang ke bilik sewa janda anak empat itu selepas dihubungi kekasihnya,” kata sumber Harian Metro

Difahamkan, lelaki berstatus suami orang itu mengaku kerap berjumpa dengan janda berkenaan hanya semata-mata mahu memuaskan nafsu selain mendakwa mereka sudah kerap terlanjur. 

Gambar sekadar hiasan sahaja

Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun, kedua-duanya diikat jamin oleh anak masing-masing sementara menunggu tarikh pertuduhan di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu. 

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, mengesahkan tangkapan pasangan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

‘Saya nak minta cerai, saya dah ada orang lain’ – Hancur luluh hati suami baca mesej dari isterinya…


Alangkah terkejutnya suami apabila isterinya secara tiba-tiba menghantar mesej kepadanya menuntut diceraikan hanya kerana hatinya sudah terpaut pada lelaki lain. 

Lebih teruk lagi apabila si isteri enggan menyerahkan hak penjagaan anak mereka kepada suami, malah mendakwa anaknya itu berkemungkinan bukan anak kandung suaminya. 

Hati suami mana yang tidak tersentak mendapat mesej seperti itu. Puas pertahankan, puas juga memujuk, namun si isteri nekad mahu bercerai semata-mata mahu bersama lelaki lain. 

Pada awalnya si isteri menghantar mesej secara baik dan memberitahu hasratnya itu, Namun suaminya enggan melepaskan kerana menganggap wanita itu merupakan isteri pertama dan terakhirnya. 

Keengganan si suami menyebabkan wanita itu berang lalu mengungkit beberapa perkara lampau seperti suami tidak memberi nafkah selama ini dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. 

Bagaimanapun lelaki itu mempunyai alasannya sendiri dan menjelaskan dia juga berusaha membahagiakan rumahtangga mereka. 

“Saya nak minta cerai, saya dah ada orang lain”

“Saya nak kahwin dengan lelaki itu. Dia boleh jaga saya dan anak”

“Selama ni hang tak bagi nafkah kat aku”

“Saya dah nekad, tunggu keputusan abang, lafaz cerai”

“BABI la wehh hang ni”

“Aleesya aku tak bagi. Dia bukan anak hang!”

“Sebelum kahwin ngan hang pun aku pi tidoq ngan jantan berlambak dah”

“Selama ini abang tak jaga sayang baik-baik”

“Jangan cari sayang dan anak lagi. Kami tak perlukan abang”

‘Aiman dah selamat dikebumikan’ – Mulutnya terkunci, terus pandang makhluk yang berada di depannya


Hi admin The Reporter. Aku ada cerita yang mungkin tak berapa nak seram. Tetapi sebelum admin edit, pandai-pandailah edit ye sebab aku tak reti susun ayat. BM aku dapat kredit je waktu SPM. Seperkara lagi, belalah seekor kucing di rumah untuk mengelak gangguan. Tak perlu kucing yangm ahal, kucing terbiar pun boleh. Kucing mahal ni tahi dia sendiri pun dia takut. 

Aku ni min, bukan jenis penakut. Hantu-hantu apa semua memang aku tak percaya langsung. Hanya benda yang nyata dan jelas dilihat aku percaya. Soal agama juga aku tak berapa ‘kudus’. 

Aku kerja kilang di selatan tanah air. Syif tidak menentu, kadang pagi, petang dan malam. Aku paling suka wakut malam sebab orang tak ramai sangat di kilang. Nak pergi kerja, aku jalan kaki saja sebab rumah sewa dekat dengan kilang. Lebih kurang tiga minit saja perjalanan. Tetapi jalannya agak sunyi. Aku suka, entah kenapa. Orang lain seram kot jalan sunyi ni. 

Aku ada seorang buddy yang sama kerja dengan aku tetapi syif kami selalu tak sama. Namanya Aiman. Bila aku syif pagi, dia pula syif petang dan begitulah sebaliknya. Dia agak alim orangnya, tak seperti aku.

Nak dijadikan cerita, satu hari dia nak balik ke kampungnya di Kelantan sebab nak berkahwin. Dia jemput aku tetapi aku tak dapat datang sebab syif aku padat. Lagipun peruntukan cuti aku dah guna semua, memang tak dapat nak mohon cuti lagi. Alahai, memang merajuk juga buddy aku seorang ni. 

Aku beli hadiah siap-siap untuk dia dan diberikan kepada dia sebelum dia pulang ke kampung. Dia menangis, mungkin terharu menerima hadiah dari aku. Bukannya mahal pun, cuma set cadar dan itu pun beli di kedai Pakistan. 

Aku pesan pada dia, “Semoga selamat sampai ke kampung, selamat pengantin baru dan jangan lupa balik semula ke sini nanti. Maafkan aku kalau selama ini aku ada sakitkan hati kau, pinjam duit belum bayar lagi, skodeng makanan kau, sabun kau apa semua itu.” 

Dia kata dia halalkan semua dan memaafkan semua kecuali satu saja yang dia tak maafkan lagi iaitu dia masih merajuk aku pergi makan nasi kerabu dia tanpa kebenaran. Tetapi dia bergurau saja kot sebab selepas itu dia gelak sakan. 

Seminggu kemudian, dia kembali bekerja seperti biasa. Dia bersalaman dan memeluk aku. 

“Sejuknya tubuh kau ni, makan aircond ke apa?” usik aku dan dia hanya gelak-gelak saja. 

Wajahnya jelas bahagia, boleh tahulah aura pengantin baru. Tetapi pelik juga aku, tak ada pun calling-calling dengan bini dia. Mesej pun tak ada aku nampak dia main telefon. Tak tahulah kalau waktu aku tak ada baru dia calling-calling isteri dia. Pernah juga aku minta dia bagi aku tengok gambar-gambar waktu dia kahwin. Tetapi dia kata telefon dia telefon biasa sahaja yang guna keypad tekan-tekan tu. 

Semenjak dia balik, selera makan dia bukan main besar lagi. Hari-hari dia ajak aku keluar makan di luar kalau kebetulan syif kami sama. Aku kalau soal kena belanja makan ini memang on saja. Rezeki bro. Orang pandang pelik je, peliklah sebab orang kurus tetapi makan besar macam kenduri. 

Balik bilik, makan lagi. Kalau tak maggi, burger. Hairan juga aku sebab buddy aku ni bukan jenis kuat makan tetapi aku biar saja, dia asyik tanya aku bila nak ganti nasi kerabu dia. Aku ingatkan dia dah halalkan dah. Hahaha! 

Aku kata, nanti makcik tukang cuci itu ada jual, aku akan ganti. Dia cakap cepat-cepat sebab takut tak sempat. Tak sempat apa pula, aku tanya. Dia tak jawab. 

Satu lagi aku pelik dengan buddy aku ni sejak dia bali kdari kampung. Dia tidur tak berdengkur dah. Sebelum ini dia tidur berdengkur punyalah power sampai bilik indon di bawah kitorang pun dia boleh dengar. Sumpah kuat dengkuran dia. Hahaha! 

Aku selalu baling bantal pada dia kalau dia berdengkur terlalu kuat. Kadang-kadang aku percik-percik air di muka dia. Tetapi dia tidur mati, payah betul nak kejutkan. Tetapi sekarang sunyi senyap saja. Rasa macam ada yang kurang, tidur pun semacam pakai selimut sampai tutup kepala dah macam pocong pun ada aku nampak.

Selalunya dialah yang paling bising komplen cuaca panas nak buat apa berselimut katanya. Satu hari ini selepas aku balik dari kerja syif petang, aku terjumpa seekor anak kucing bulu putih dekat pondok guard, Aku pun ambillah anak kucing itu dengan niat nak bela sebab nampak kasihan sangat. 

Aku sampai bilik, buddy aku tak ada. Dia keluar kot sebab semalam dia kerja syif malam. Hari ini syif malam juga. Seorang diri la aku dengan si putih anak kucing itu. Aku letak si putih di bawah, biar dia sesuaikan diri dengan bilik bujang kitorang. Anak kucing saja di lantai, terus bulu dia mengembang semacam. Macam kucing yang tengah marah. Tetapi dia bukan marah kat aku. Dia tengok arah tempat buddy aku tidur.

“Apalah yang kau marahkan ni meow?” lalu aku angkat dia dan letak di tempat tidur buddy aku itu.

Belum sempat aku aku letak, dia dah cakar aku kaw-kaw sebelum lari keluar dari bilik. Dia duduk di luar bilik saja. Hairan aku. Bilik kitorang bau kot, mungkin sebab itu dia benci. 

Bila dah senja baru buddy aku balik. Aku duduk di pintu bermain-main dengan si putih. Kucing ini bila nampak saja buddy, bulunya terus mengembang. Buddy aku tak jadi melangkah. 

“Kenapa ada kucing?” soalnya.

“Aku ambil dari pondok guard,” jawab aku. 

Buddy aku macam tak suka dengan kucing itu. Aku kata tak apalah, si putih ini tak nak masuk bilik pun, dia duduk di luar saja. Tetapi buddy aku tak nak masuk bilik selagi si putih ini ada berdekatan. Jadi aku bawalah si putih pergi jauh sikit. Si putih masih kembangkan bulunya sambil merengus seperti kucing yang mahu bergaduh dengan anak matanya membesar sewaktu memandang buddy aku itu. Aku anggap itu perkara biasa sahaja. Agaknya si putih ini tahu kalau orang tak suka dengan dia. 

Bila dah malam sikit, aku pun masuk ke bilik dan si putih aku terpaksa tinggalkan dalam kotak di luar pintu sebab dia memang tak nak masuk. Buddy aku dah terbaring tidur waktu aku masuk. Tak jadi nak ajak bersembang. Tak apalah, agaknya dia kepenatan. Tetapi malam ini kan dia kerja, aku cuba-cubalah tanya dia.

“Kau tak kerja ke malam ni? Kejap lagi syif kau ni,” aku kata. 

“Aku tak sihat,” jawabnya. 

“Jomlah aku bawa pergi klinik kalau kau tak sihat,” aku pelawa. 

Aku sihat kalau nasi kerabu aku dah ada,” katanya. 

Amboi?! Asyik mengungkit pasal nasi kerabu pula. Aku serba salah, jadi aku diam saja. Harap-harap makcik jual nasi itu ada jual esok. 

Keesokkan harinya, aku kerja syif pagi, makcik itu ada dan banyak nasi kerabu yang dia jual. Aku beli sampai lima bungkus. Dia tanya boleh ke habis makan seorang?

“Ini untuk kawan saya makcik, si Aiman,” kata aku. 

Wajahnya berubah. Aku malas nak berborak lama dan aku terus blah. 

Habis syif aku, aku balik ke bilik dan tengok si putih dah tak ada. Merayau agaknya. Masuk bilik, buddy pun tak ada. Kata tak sihat tetapi tak ada dalam bilik? Aku rasa penat, aku mandi, makan sebungkus nasi kerabu kemudian tidur. Dekat jam empat pagi aku terjaga bila aku rasa tubuh aku dilangkah. Aku nampak buddy aku tengah lahap memakan nasi kerabu. Aku biarkan saja dan tak tegur. Nanti bila dia dah siap makan baru aku tegur. 

Telefon aku berbunyi, aku tengok siapa yang call. Nombor buddy aku tetapi buddy aku ini ada di depan dan membelakangi aku. Dia sedang khusyuk makan. Aku jawab panggilan itu. 

“Hello, ini ****** (ibu buddy aku). Nak beritahu Aiman dah selamat dikebumikan pada sekian-sekian. Maaf lambat beritahu, kami baru dapat phone dia dan dia terlibat dalam kemalangan sewaktu nak pulang ke kampung tempoh hari,” katanya. 

Aku telan air liur sambil memandang buddy aku atau sesiapa pun dia. Tak ada air liur nak ditelan. Aku cuba buat-buat biasa. Aku panggil buddy aku, dia tak menoleh tetapi dia cakap,

“Terima kasih sebab belikan aku nasi kerabu. Sekarang aku boleh balik,” katanya. 

Mulut aku terkunci. Aku pandang saja dia keluar dari bilik. Suasana pada waktu itu sejuk semacam. Angin tiba-tiba bertiup kencang, hujan gerimis dalam seminit dua selepas itu berhenti. Aku terkebil-kebil, apa sebenarnya yang berlaku? Buddy aku dah tak ada? Jadi yang keluar dengan aku, makan-makan, lepak-lepak, tidur sebilik dengan aku itu siapa? 

Patutlah makcik nasi kerabu itu berubah wajah sewaktu aku kata nama buddy aku tu. Dia dah tahu sebab dia sekampung dengan buddy aku. Kenapa dia tak beritahu aku awal-awal? Patutlah si putih mengembang semacam saja kerana dia tahu buddy aku bukan manusia. Kenapalah aku tak perasan. 

Aku demam hampir seminggu selepas itu. Aku berhenti kerja dan masih berubat sehingga kini kerana masih dihantui oleh bayangan buddy aku itu. Aku tahu kalau ada sesuatu di sekitar aku sebab si putih. Kalau dia kembangkan bulu dia itu petanda memang ada ‘sesuatu’. 

Kejadian ini berlaku pada dua tahun lepas tetapi aku masih tak dapat move on. Waktu aku taip kisah ini pun si putih asyik menderam saja memandang ke satu sudut. 

“Kau ke tu buddy? Maafkan aku tak dapat datang semasa kau dikebumikan. Aku tak tahu pun kau dah pergi seminggu sebelum aku dimaklumkan. 

Pengajarannya di sini, kalau pinjam barang orang, hutang dengan orang, tolong pulangkan dan bayar semula wang mereka agar jangan jadi seperti aku hanya kerana nasi kerabu buddy aku menghantui aku sehingga aku memberinya nasi kerabu, baru dia beredar. Al-Fatihah buat sahabatku, Aiman.

Sumber: Patricia

Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

Suami Suka Berak Dalam Seluar Kite Tengah Makan Die Tengah Menonggeng Sambil Meneran Bila Dah Puas Baru Masuk Blik Air



Salam mintak hide profil sy Sy nak mintak pandangan pendapat kata2 positif agak tidak masuk akal tapi inilah realitinya Anak sulung sy berumur 3 tahun Sepanjang tempoh 3 tahun ni suami sy langsung xpernah tolong bangun malam2 Contoh buatkan…

The post Suami Suka Berak Dalam Seluar Kite Tengah Makan Die Tengah Menonggeng Sambil Meneran Bila Dah Puas Baru Masuk Blik Air appeared first on Berita Viral.

‘Isteri menjerit, aku bergegas turun dan tengok anak dah kebiruan’ – Mulut bayi disumbat dengan tauhu goreng meninggal dunia


Sudah terlambat untuk menyuarakan kekesalan, bayi yang tidak berdosa sudah tiada, isteri pula menjadi tidak menentu hanya kerana sikap si suami yang mementingkan dirinya. Ditambah pula dengan kakak kandungnya yang langsung tidak membantu dan menganggap adik iparnya itu sebagai kuli untuk menguruskan segala hal. 

Pernah sebelum ini si isteri menyuarakan hasratnya untuk berpantang di rumah ibu bapanya di Singapura, namun si suami buat tak endah. Sedangkan isterinya mempunyai alasan yang kukuh. Akibat sikap mementingkan dirinya itu, mereka kehilangan anak sulung. 

Sebagai suami, dengarlah permintaan atau pandangan isteri. Berbincang dengan baik dan cari jalan penyelesaiannya. Bukannya selepas berkahwin, si suami saja yang berhak membuat keputusan dan tidak boleh diberi teguran. Semoga menjadi pengajaran kepada yang bakal mendirikan rumah tangga mahupun yang sudah lama berkahwin. 

Assalamualakum KRT. Di sini aku nak meluahkan penyesalan yang sudah tidak berguna bila kejadian pun dah berlaku. Baru aku sedar isteri aku selalu meluah dalam page ini. Okey, aku cerita. 

Aku berkahwin dengan isteri dah setahun dan mesti korang ingat kisah dia dijadikan sebagai orang gaji dalam rumah aku kalau tak silap. Sebelum kami berkahwin, dia bekerja. Tetapi bila dah berkahwin, aku suruh dia berhenti dan duduk di rumah dengan mak dan kakak aku.

Mak aku menghidap strok dan isteri aku yang menjaganya sedangkan kakak aku goyang kaki. Aku sedar aku berdosa pada isteri, aku tidak berlaku adil, aku lebihkan keluarga aku. Nafkah pun kadang-kadang aku bagi RM300 atau RM200. Itu pun kalau ada baki untuk keluarga aku. 

Kejamnya aku. 

Dia selalu cakap nak balik kampung. Tetapi entah apa yang menghasut kepala aku, aku langsung tak menghiraukan permintaan dia. Nak bawa dia jalan-jalan? Jauh sekali. Tetapi isteri aku tak merungut. 

Sepanjang dia bergelar isteri, aku tak pernah belikan apa-apa untuk dia. Terbaru dia menyuarakan hasrat nak berpantang di rumah ibu bapanya di Singapura. Tetapi aku buat tak layan. 

Isteri kata dia tak tahan dengan anak-anak kakak aku yang terlalu degil dan bising. Bagi aku pulang, normallah budak-budak. Tapi aku silap, selepas isteri bersalin, dia berpantang di rumah aku. 

Masa itu mak aku duduk di luar, kakak aku pula tengok tv di atas. Anak aku sedang tidur, isteri pergi mandi. Tiba-tiba selepas isteri aku naik mandi, dia punya menjerit sampai satu kampung boleh dengar. Rupanya anak bongsu kakak aku berusia enam tahun sumbat tauhu goreng dalam mulut anak aku. Aku bergegas turun tengok anak aku dah kebiruan dan akhirnya anak meninggal dunia. 

Sejak anak kami meninggal dunia, isteri aku asyik menangis. Sekarang dia meroyan. Dah pelbagai cara dan tempat kami bawa dia berubat tetapi keadaannya tetap sama.

Aku menyesal, aku sia-siakan isteri aku. Apa lagi yang aku perlu buat? Isteri aku meracau dan kadang-kadang nak bunuh diri. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

‘Dah takde otak ke promote minyak pengasih di IG?’ – Netizen selar Instafamous jual Minyak Pengasih Assyifa


Viral di Twitter, netizen menyelar tindakan seorang Instafamous yang dengan selambanya mempromosikan minyak pengasih yang kononnya boleh menaikan seri wajah, pelaris perniagaan, disukai orang sekeliling dan banyak lagi. 

“Minyak pengasih Assyifa ini adalah satu ikhtiar bagi yang mempunyai masalah dengan pasangan, sukar mendapat jodoh, menaikkan seri wajah, pelaris perniagaan, disukai orang sekeliling, temuduga pekerjaan serta pelbagai kegunaan lain. 

“Dengan izin Allah swt, ramai yang berjaya menyelesaikan….” tulisnya di kapsyen gambar tersebut. 

Bagaimanapun gambar tersebut telah dipadamkan sebaik saja ia mula mendapat perhatian dari netizen yang menyelar tindakannya mempromosi produk berkenaan. 

“Bodoh gila stoop so low sampai macam tu semata-mata duit,” kata Nazri Ishak (@techsupremo).

Apabila netizen meminta orang ramai membuat aduan terhadap akaun Instagram Instafamous berkenaan, tampil seorang peniaga yang mempertahankannya. 

“Jangan sampai macam tu sis. Saya cari rezeki dekat dia gak buat Instastory. Hehe. Follower manyak naik sale manyak naik.

“Tak semua IG ada kelebihan macam IG dia. Dia punya tu tengah panas. Lagipun pasal yang minyak tu dia dah refund dah duit orang itu. Dia tersilap, boleh tengok di Insta dia dan video dia setakat ini dah ada perubahan la. Dia pun ada hati perasaan untuk berubah,” kata peniaga berkenaan. 

Malangnya, netizen membidas semula kenyataan peniaga terbabit yang cuba menegakkan benang yang basah. 

“Ye faham, awak harapkan dia untuk sales awak. Tetapi awak carilah orang yang elok sikit untuk buat IG review produk awak. Bukan dia seorang saja ada dan awak kena sentiasa ingat, rezeki itu datang dari Allah, bukan dia ni. 

“Kalau ikut logik, sebelum dia post tu buatlah research. Google kan ada? Kalau tak tahu minyak tu apa en. Tapi dia sendiri tutup comment sebab dah tahu salah. Benda tu syirik! Jangan tegakkan benang yang basah okay.” kata Nani (@_trxznl). 

Perkara itu turut mendapat perhatian pihak Mastika yang tampil memberi pencerahan mengenai minyak pengasih dan menegaskan bahawa benda itu adalah syirik. 

“Minyak dagu, minyak pengasih sama haluannya. Ada makhluk ghaib yang diperhambakan pada minyak tersebut. Hukumnya syirik! 

Justeru, netizen meminta orang ramai melaporkan akaun Instafamous berkenaan sebelum ia menjadi lebih teruk  dan menjejaskan imej agama Islam. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih