Tahniah Nanny D – bergelar nenek Didie Alias timang cucu sulung



PELAKON yang terkenal dengan imej eksentrik, Didie Alias akhirnya menimang cucu sulungnya semalam.

Didie, 46 tahun, menerusi perkongsiannya di Instagram mengucapkan rasa syukur atas kelahiran cucu yang hanya diberi nama Baby SS.

“Alhamdulillah, tambah lagi keturunan Mumy,” tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) #NannyD.

Entri Didie mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya yang rata-ratanya mengagumi kecantikan rambut cucunya.

“Lebatnya rambut cucu Nanny,” tulis @ciknissak.

“Cucu baru ke anak tu? Comel sangat-sangat, rambut pula lebat,” soal @annaquyuum83.

“Tahniah Mumy! Assalamualaikum baby boy! Semoga menjadi anak soleh,” tambah salah seorang pengguna.

Sementara itu, menurut perkongsian anak sulung Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan, bayi lelaki seberat 3.60 kilogram itu telah selamat dilahirkan pada 14 April lalu (Sabtu) pada pukul 3.18 petang secara normal.

Dhaniyah telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

Didie dikurniakan lima anak hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim.

Mereka adalah Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

Sebenarnya tawaran ada cuma saya kurang berlakon – Didie Alias



PELAKON Didie Alias mengakui masih menerima tawaran berlakon namun memilih untuk kurangkan aktiviti seninya.

Menurut Didie, dia tidak hilang daripada dunia seni sebaliknya kini sedang sibuk menguruskan festival.

“Ramai yang bertanya mana saya menghilang tetapi sebenarnya saya ada sahaja cuma sibuk dengan perkara lain.

“Saya masih menerima tawaran lakonan tapi memilih untuk menghadkan aktiviti lakonan kerana ingin memberi fokus untuk menguruskan festival.

“Saya harus memberi perhatian penuh kepada festival tersebut memandangkan program itu diadakan di seluruh Malaysia.

“Alhamdulillah, saya seronok dengan apa saya buat sekarang kerana ia memberi pengalaman baru kepada saya.,” katanya kepada Astro Gempak.

Didie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Grand Finale Lefestour 10.0 itu akan diadakan selama tiga hari pada 8 hingga 10 Disember depan bertempat di Melaka International Trade Centre (MTIC) Melaka.

Festival itu merupakan acara penutup bagi 2017 selepas menjelajah ke 10 buah negeri di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini.

Antara selebriti yang dijangka terlibat dalam Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 adalah Jue Aziz, Amyza Aznan, Zul Huzaimy, Mawi, Rashid Sibir, Angah Raja Lawak dan ramai lagi. – Teks: Rozaimi Zubaidi

“Buat Apa Nak Menyibuk” – Didie Alias


KEMUNCULAN pelakon dan pengacara Didie Alias ke acara karpet merah majlis anugerah atau program hiburan sentiasa dinanti-nantikan kerana sering tampil dengan gaya unik.

Bagaimanapun semenjak akhir-akhir ini, kelibat Didie yang mendapat jolokan Lady Gaga Malaysia itu jarang dapat dilihat menghadiri mana-mana majlis hiburan.

Menjelaskan situasi itu, Didie berkata, dia tidak menghilang sebaliknya jarang membuat kemunculan di khalayak kerana tiada jemputan daripada pihak penganjur.

“Sebenarnya memang saya sudah jarang menghadiri majlis hiburan atau anugerah kerana tiada jemputan daripada penganjur.

“Mungkin juga disebabkan saya tidak mendapat pencalonan jadi sebab itu saya tidak dijemput dan buat apa pula saya hendak menyibuk.

“Ada juga yang bertanya mana saya menghilang tetapi sebenarnya saya ada sahaja cuma sibuk dengan perkara lain,” katanya.

Dalam pada itu, Didie atau Fadzilah Mohd Ali, 43, berkata, kesibukan menguruskan Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 juga menjadi penyebab dia sudah jarang menghadiri majlis hiburan atau pun berlakon.

Kata Didie, tanggungjawab menguruskan festival itu memerlukan perhatian penuh memandangkan program itu diadakan di seluruh Malaysia.

“Memang saya sibuk dan terlalu fokus dalam bidang pengurusan acara selain ada juga membuat kerja pengacara pada majlis-majlis tertutup.

“Alahmadulillah saya seronok dengan apa saya buat sekarang kerana ia memberi pengalaman baru kepada saya,” jelasnya.

Bercakap mengenai Lefestour, Didie memberitahu ia adalah acara penutup bagi 2017 selepas menjelajah ke 10 buah negeri di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini.

Menariknya kata Didie, selain menampilkan lebih 200 usahawan dalam talian yang menawarkan pelbagai barangan, pihaknya turut menjemput seramai 30 selebriti bagi memeriahkan acara.
“Lain mengenai Lefestour yang terakhir ini, kami akan anjurkan sebuah pertunjukan fesyen dalam dewan yang terpanjang menerusi koleksi pereka fesyen Azhar Zainal.

“Kami juga akan menampilkan barisan model terkenal di pentas peragaan nanti seperti Nasha Aziz, Amber Chia, Tini dan penampilan istimewa Datuk Rosyam Nor,” katanya.

Festival beli-belah itu bakal diadakan selama tiga hari pada 8 hingga 10 Disember depan bertempat di Melaka International Trade Centre (MTIC) Melaka.

The post “Buat Apa Nak Menyibuk” – Didie Alias appeared first on Berita Viral.