‘Dah kerap terlanjur’ – Suami orang dan janda anak 4 ditahan di dalam bilik sewa


Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuat serbuan di sebuah bilik sewa di bandar raya Kuala Terengganu, selepas menerima maklumat awam dan berjaya menahan lelaki berstatus suami orang bersama dengan janda anak empat, lapor Harian Metro

Serbuan yang dilakukan pada Rabu lalu itu dibuat selepas JHEAT menerima maklumat awam yang mengatakan terdapat pasangan belum berkahwin berada di dalam bilik sewa. 

Ketika anggota penguat kuasa tiba di lokasi, pintu utama dibuka oleh seorang perempuan yang hanya bertuala dan pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki memakai seluar jeans dan tidak berbaju. 

Siasatan awal JHEAT mendapati, lelaki berusia 40  tahun dan janda berusia 46 tahun itu pernah ditahan di atas kesalahan yang sama pada bulan Mac.

“Siasatan mendapati mereka pernah dicekup sebulan lalu kerana melakukan kesalahan sama. Malah lelaki yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa datang ke bilik sewa janda anak empat itu selepas dihubungi kekasihnya,” kata sumber Harian Metro

Difahamkan, lelaki berstatus suami orang itu mengaku kerap berjumpa dengan janda berkenaan hanya semata-mata mahu memuaskan nafsu selain mendakwa mereka sudah kerap terlanjur. 

Gambar sekadar hiasan sahaja

Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun, kedua-duanya diikat jamin oleh anak masing-masing sementara menunggu tarikh pertuduhan di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu. 

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, mengesahkan tangkapan pasangan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

(Video) ‘Berapa helmetnya? 1 juta? Nah ambik!!’ – Ditahan tak pakai helmet, makcik bawang gigit tangan polis


Berang ditahan kerana tidak memakai helmet ketika menunggang motosikal, seorang wanita hilang pertimbangan lalu memarahi anggota polis yang bertugas. 

Kejadian yang berlaku di Ipilo, Utara Sulawesi baru-baru ini turut dirakam orang awam sebelum dimuat naik ke media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Menurut Ferdinansyah, anggota polis berkenaan telah menahan wanita terbabit atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai helmet. 

Bagaimanapun, wanita itu berang dan dengan bongkaknya mengatakan dia mempunyai banyak wang untuk membeli helmet. Malah mengeluarkan wang dari beg tangannya sebelum menghentak-hentak duit itu di dada anggota berkenaan. 

Dalam video kedua pula, wanita terbabit menolak motosikalnya melanggar anggota berkenaan sebelum menggigit tangan kanannya sehingga meninggalkan bekas gigitan. 




Di media sosial, netizen memuji ketabahan dan kesabaran anggota terbabit melayani karenah wanita berusia lingkungan 40-an itu.

“Kenapa perlu sampai begitu sekali? Sebagai seorang ibu harus memberikan contoh sikap yang baik kepada anak-anak dan masyarakat kerana dia adalah seorang ibu.

“Polis tidak akan tahan jika tiada kesalahan. Cubalah pakai helmet, pastinya perkara ini tidak berlaku. Kalau berlaku kemalangan dan mengalami kecederaan akibat tidak memakai helmet, polis juga disalahkan? Patuhilah undang-undang,” kata Marreto Putri. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Pelakon Sofi Jikan Ditahan Positif Dadah Jenis Ganja


Terpalit dengan isu pendedahan Datuk Farid Kamil yang mendakwa 3 rakan selebriti menganiaya dirinya dengan sengaja memasukkan dadah dalam minumannya, pelakon Sofi Jikan semalam hadir ke  Balai Polis Mutiara Damansara untuk memberikan keterangan lanjut berhubung perkara berkenaan.


Walaubagaimanapun, Sofi ditahan pihak polis apabila didapati positif dadah jenis ganja. Difahamkan, dia  akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berita ini. Adakah ia berkaitan dengan kes Farid ataupun tidak?

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Kes bunuh empat sekeluarga selesai, lelaki OKU ditahan


Polis percaya kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat, Rabu lepas, berjaya diselesaikan dengan penahanan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata suspek berusia 38 tahun, yang merupakan OKU pekak dan bisu, ditahan di sebuah rumah kedai pada 1 pagi tadi.

Suspek direman selama seminggu bermula hari ini.

“Sepasukan  polis dari Bahagian Jenayah Berat, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menyerbu rumah kedai itu berdasarkan maklumat risikan bahawa suspek menetap di situ dan telah menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

“Soal siasat awal dijalankan dan mendapati suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah, mengaku terlibat dalam kes ini. Lelaki itu yang bekerja di sebuah kilang perabot di Kepong merupakan teman lelaki kepada anak perempuan bongsu mangsa berumur 30 tahun yang juga OKU pekak dan bisu,” katanya kepada pemberita.

Mazlan berkata demikian selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di sini hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Asri Abd Wahab dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Daerah itu menggantikan Supt Ruslan Abdullah yang bersara wajib.

Dalam kejadian 5.50 pagi itu, mangsa Chia Tee Nang, 73; isterinya  Lim Mai Shak, 68, dan dua cucu lelaki mereka, Ryan Chia, 9, serta Chia Yuan Bin, 3, dipercayai dibunuh sebelum dibakar di kediaman mereka.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Menurut Mazlan, berdasarkan siasatan awal, motif kejadian disebabkan masalah kewangan seperti hutang dan berlaku pertelingkahan di rumah mangsa sebelum kejadian.

“Kami percaya suspek bertindak bersendirian dalam kes ini, jadi kami percaya kes ini telah berjaya diselesaikan.

“Mengenai punca sebenar kematian keempat-empat mangsa, kami masih menunggu laporan rasmi bedah siasat daripada pihak hospital, tidak boleh putuskan lagi sama ada mangsa dibunuh sebelum dibakar,” katanya.

The post Kes bunuh empat sekeluarga selesai, lelaki OKU ditahan appeared first on Berita Viral.

Ditahan Polis Kerana Stokin Busuk



DELHI India Polis di Delhi mengatakan mereka menahan seorang penumpang bas yang memakai stokin busuk dan mengganggu penumpang lain Menurut laporan BBC penumpang bas lain membuat laporan polis selepas Prakash Kumar 27 menimbulkan gangguan aw…

The post Ditahan Polis Kerana Stokin Busuk appeared first on Berita Viral.

Samun: Inspektor antara tiga anggota polis ditahan


Tiga anggota polis antara empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes samun seorang lelaki di sebuah premis di Rawang, dekat sini, pada 12 November lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek lelaki berusia 30 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan sejak hari kejadian sehingga semalam.

Menurut Fadzil, dua anggota yang ditahan berpangkat Konstabel dan seorang berpangkat Inspektor manakala seorang lagi suspek adalah orang awam.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kesemua suspek yang ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fadzil berkata, kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Media tempatan melaporkan lelaki berusia 51 tahun yang merupakan ejen insurans didatangi tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis bagi memeriksa premis miliknya pada 12 November lepas. 

Suspek mengarahkan mangsa untuk menyerahkan wang tunai kira-kira RM4,000 yang disimpannya bersama kad pengenalan untuk diperiksa sebelum mereka melarikan diri bersama wang tunai itu dengan sebuah kereta

The post Samun: Inspektor antara tiga anggota polis ditahan appeared first on Berita Viral.