‘Pelik! Bank tak terima duit syiling?’ – Pengguna kesal ‘disepak’ seperti bola, alih-alih bank dan ASNB tak terima duit syilling


Beberapa hari lepas saya pergi ke C**B Bank untuk buka akaun ASB anak perempuan saya yang berumur 4 tahun. Cadangnya nak deposit sekali wang syiling yang dah penuh dalam tabung miliknya. 

Saya tak ingat berapa lama dah dia simpan sikit demi sedikit duit syiling dalam tabung kesayangannya tu. Tapi boleh dikatakan, ada saja baki duit syiling lebihan saya atau isteri saya beli barang, sudah pasti dia akan mintak untuk diisi dalam tabung tersebut. Jadi bila saya bagi tahu yang saya akan simpan duit tabung dia yang dah penuh tu dalam bank, bukan main happy dan teruja nampaknya dia.

Jadi setelah nombor dipanggil, saya pun pergilah ke kaunter urusan di bank tersebut. Saya pun menyerahkan borang untuk buka akaun ASB dan borang deposit wang beserta tabung wang syiling milik anak saya tadi kepada kerani yang bertugas di kaunter.

“Mintak maaf encik. Kami tak terima duit syiling. Kalau encik nak masuk duit syiling, encik kena pergi ke pejabat ASNB sendiri” kata kerani tersebut sebaik sahaja nampak saya menghulurkan tabung wang syiling tersebut.

“Laa.. ye ke? Tak tahu pulak saya tak boleh. Sebab dulu-dulu saya masuk duit syiling tak ada masalah pulak,” jawab saya sedikit hairan dengan polisi bank tersebut.

Memang saya hairan, kenapa pulak bank tak boleh terima wang syiling? Sedangkan wang syiling tu Bank Negara jugak yang keluarkan. Adakah wang syiling ni tak de nilai di sisi pihak bank sehingga mereka boleh tolak mentah-mentah begitu sahaja untuk deposit wang syiling. Memang saya betul-betul tak faham.

Agak sedikit kecewa juga ketika itu. Kalau ikutkan mahu saja saya bersoal jawab dengan kerani tersebut lebih panjang lagi. Tetapi disebabkan ketika itu saya ada hal lain yang agak urgent yang perlu diuruskan, saya pun keluarkan sahaja wang kertas daripada wallet saya dan berikan kepada kerani tersebut sebagai ganti kepada wang syiling yang tak berjaya didepositkan tadi. Terpaksalah saya “mengusung” balik tabung wang syiling anak saya tu. Rasanya ada dalam 3-4 kilo kot.

Sampai di rumah saya bagi tahu anak perempuan saya.

“Haifa, duit Haifa tak laku. Bank tak nak terima” niat saya saja nak menyakat dia.

Saya tengok air muka dia berubah. Mungkin sedih agaknya. Maklumlah dia punyalah teruja nak simpan duit dalam bank setelah sekian lama penat bersusah payah memenuhkan tabung kesayangannya itu, tiba-tiba hajatnya tak kesampaian sebab alasan bank tak boleh terima wang syiling.

Saya pun cepat-cepat pujuk dia dan kata “Tak, ayah dah simpan dah tapi ayah tukar guna duit ayah dulu,” barulah dia nampak sedikit happy semula.

Saya ber “husnuzzan” mungkin bank tak boleh terima wang syiling tersebut sebab wang tersebut tak diasingkan. Jadi saya pun keluarkan wang syiling tersebut daripada tabung dan asing-asingkannya mengikut nilai masing masing di dalam plastik yang berlainan. Selepas tu saya kira dan catat jumlah setiap nilai wang syiling tersebut pada plastik.

Petang semalam saya cuba pula pergi ke pejabat ASNB sebagaimana yang diberitahu untuk masukkan wang syiling yang telah diasing-asingkan tersebut. Tetapi malangnya apabila sahaja sampai di kaunter urusan di pejabat ASNB, saya sekali lagi diberitahu oleh pegawai di kaunter tersebut yang mereka juga tak terima wang syiling. Ahh, sudah. Biar betul?

“Maaf encik. Kami tak boleh terima wang syiling. Kalau encik nak masuk wang syiling encik kena pergi ke bank” jelas pegawai yang jaga kaunter di pejabat ASNB tersebut.

“Encik, saya dah pergi ke C**B Bank, mereka suruh datang sini sebab mereka kata tak boleh terima wang syiling. Sekarang encik nak suruh saya pergi ke bank pula. Macam mana ni?” tanya saya tak puas hati.

Yelah, mesti semua orang akan rasa bengang bila kena ‘sepak’ seperti bola macam tu kan. Kita pergi sana dia suruh datang sini. Bila kita datang sini dia suruh pergai sana pula.

“Kenapa tak boleh terima duit syiling ye? Duit syiling ini dah tak laku ke? Kalau tak boleh simpan duit syiling, habis tu duit syiling ni nak letak mana?” tanya saya dan kali ini memang saya ingat nak bersoal jawab panjang sikit, maklumlah dah kena reject dua kali.

“Sebenarnya bukan kita tak terima duit syiling, tapi kita tak boleh process on the spot. Jadi, kalau customer nak, kita ambil masa 3 hari proses. Memang polisi kita macam tu” jawab pegawai tersebut memberi penjelasan.

“Kenapa lama sangat prosesnya sampai 3 hari tu? Bukan nak kira pakai tangan kot? Letak sajalah dalam mesin kira duit syiling tu. Lagipun saya dah asing-asingkan duit syiling ni,” jawab saya masih tak puas hati dengan jawapan yang tak masuk dek akal yang diberikan oleh pegawai tersebut.

“Minta maaf encik. Memang polisi kita macam tu. Saya hanya menjalankan tugas sahaja” jawab pegawai tersebut ringkas. Mungkin sebab dia dah malas nak layan saya bercakap kot.

“Susahnya polisi sekarang bila melibatkan orang miskin dan golongan bawahan macam saya ni ye? Nak simpan duit sendiri pun susah. Yelah, duit sikit kot, syiling pulak tu.

“Cuba kalau orang kaya dan yang ada kuasa tu, juta-juta pun senang-senang je lesap. Senang pula nak bawa keluar dari bank. Tapi kalau melibatkan rakyat miskin, orang kampung dan golongan bawahan macam saya ni, macam macam polisi. Ini tak boleh, itu tak boleh..” bebel saya dengan sedikit perasaan geram. Macam jadi ceramah kempen pilihanraya pulak saya depan kaunter tersebut. Hehe.. saya tengok orang sebelah duk perhati saja.

“Cuba encik bayangkan, kalau orang yang datang jauh dari kampung, bawa tabung buluh penuh dengan duit syiling. Punyalah excited nak menyimpan di ASB sebab nak menyahut seruan kerajaan supaya menabung.

“Tiba-tiba sampai sini diberitahu tak dapat simpan sebab tak terima wang syiling, macam mana perasaan mereka? Atau anak kecil yang baru nak belajar menabung kan, penat-penat mereka simpan dalam tabung, tiba-tiba tak boleh simpan di bank sebab tak terima wang syiling. Macam mana perasaan mereka?” tanya saya masih tak puas hati dengan polisi yang pelik sebegitu.

“Macam inilah encik. Jika encik nak, kami boleh uruskan, tapi ambil masa 3 hari lah. Dan sebelum tu encik kena isi borang ni. Kemudian kena pergi mati setem hasil RM10. Kemudian datang balik sini.” jelas pegawai tersebut.

“Pulak? Saya nak simpan duit saya sendiri, tapi saya pulak yang kena keluar duit extra untuk pergi mati setem. Lepas tu nak bawak lagi duit syiling ni usung sana sini. Kenapa nak disusahkan benda yang mudah macam ni?” tanya saya masih sedikit panas.

“Tak apalah. Saya ingat saya tak jadi lah nak simpan dan saya ingat nak buat aduan tentang polisi yang menyusahkan ni”

“Ok. Tak pe. Encik boleh buat aduan. Sila isi borang aduan ni. Nanti saya akan majukan kepada ibu pejabat untuk tindakan selanjutnya. Maaflah encik, saya hanya menjalankan tugas sahaja” kata pegawai tersebut dengan penuh sopan santun walaupun saya tahu telinga dia agak panas juga dengar “ceramah” daripada saya.

Selepas isi borang aduan tersebut dan diberikan kepada pegawai tadi, saya pun bawak balik semula  duit syiling anak saya tadi. Dalam hati kata, mungkin tak ada rezeki nak simpan duit ni kot.

Jadi melalui perkongsian saya ini, saya mintalah pihak ASNB atau pihak BANK NEGARA ambil perhatian serius tentang perkara ni.

Permudahkanlah polisi untuk simpanan wang syiling ni. Jika rasa susah untuk terima wang syiling sebab terpaksa ambil masa yang lama untuk kira, atau terpaksa guna mesin pengira dan sebagainya hapuskanlah sahaja wang syiling ni atau gantikan sahaja dengan wang kertas. Misalnya wang 20, 50 sen kertas dan sebagainya.

Dan jangan ingat semua orang mampu simpan wang kertas sahaja. Orang yang berpendapatan rendah atau kanak-kanak mungkin hanya mampu simpan wang syiling sahaja. Jangan di matikan semangat mereka untuk menabung dengan polisi yang remeh-temeh ni. Sedangkan kita sekarang sudah berada di zaman teknologi maklumat yang sangat canggih. Takkan nak handle isu duit syiling ni pun jadi masalah.

Dan permudahkanlah urusan rakyat terutamanya bagi golongan bawahan. Jangan bila melibatkan golongan marhean makin ketat protokol dan polisinya. Tetapi bila melibatkan golongan atasan mudah sahaja urusannya. 

Saya bukan mahu bercakap soal politik, tetapi perkara kecil sebegini lah yang menyebabkan rakyat kadang-kadang semakin muak dengan polisi-polisi pihak pentadbiran yang tidak “mesra alam” ni.

Akhir kata, saya telah buat aduan rasmi. Harap pihak berwajib dapat ambil tindakan segera untuk perbaiki mana-mana polisi yang tidak kena. Maaf juga sekiranya coretan ini tidak disenangi. Moga ianya menjadi iktibar bagi kita bersama. Wallahuaklam.

Peguam Marhean

Kuantan, Pahang

18.4.2018

**Minta tolong kawan-kawan saya bos-bos besar di ASNB dan Bank Negara dapat bantu dan tengok-tengokkan perkara ni. Terima kasih.

‘Saya kata pump fuel ten ($10), bukan pump full tank ‘ – Driver BMW enggan bayar duit petrol RM370, salahkan kecuaian pekerja Caltex


Jika seseorang individu itu mampu memiliki kereta mewah, sudah tentu dia juga mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan pada keretanya. Namun dalam kejadian baru-baru ini yang viral di media sosial, seorang pemandu kereta BMW, enggan membayar petrol yang telah dipam pada keretanya, lapor World of Buzz.
Dalam catatan Facebook yang dimuat naik oleh wanita warga Singapura, Kelly Yeo, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam dua petang di Caltex Tampines Avenue, pada 14 April lalu. 

Ketika kejadian, Kelly terdengar perbalahan di antara pemandu BMW terbabit dengan kakitangan stesen tersebut. 

Apabila juruwang meminta pemandu itu membayar S$135 (RM400) untuk minyak diisi penuh pada kereta BMW 5 Series, pemandu terbabit mendakwa dia hanya meminta kakitangan stesen itu mengisi S$10 (RM29), “Pump fuel ten”. 

Bagaimanapun, kakitangan dianggarkan berusia 60 tahun yang melayani pemandu itu memaklumkan kepada juruwang berkenaan bahawa lelaki itu berkata “Pump full tank”. 

“Dia jelaskan apa yang didengarinya pada masa itu, isi minyak penuh tetapi lelaki itu cepat-cepat menafikannya. 

“Apa yang berlaku seterusnya membuatkan saya terkejut. Kakitangan itu enggan memperbesarkan kes itu dan akhirnya mengalah dan memaklumkan kepada juruwang untuk menerima saja bayaran S$10 (RM29) dari lelaki itu dan dia akan menanggung bakinya sebanyak RM370.

“Akhirnya, lelaki itu beredar dan hanya membayar S$10 sahaja untuk isian minyak penuh pada kenderaan mewahnya itu,” kata Kelly. 

Kelly juga memuji tindakan profesional dua kakitangan berkenaan yang bersabar melayani karenah lelaki terbabit meskipun terpaksa menanggung kerugian yang banyak. 

Katanya lagi, tiada salahnya sekiranya lelaki itu membayar saja amaun yang telah dikenakan kerana kenderaannya itu juga tetap akan diisi dengan petrol pada hari-hari mendatang. 

Sementara itu, netizen terkejut dengan sikap pemandu BMW terbabit yang sanggup memperdayakan kakitangan berkenaan yang berpendapatan S$1,600 (lebih kurang RM4,700) sebulan untuk membayar petrolnya. 

Caltex Singapura dalam satu kenyataannya menjelaskan, siasatan mendapati kakitangan terbabit tidak menanggung sebarang kerugian. Laman Mothership pula melaporkan ada seseorang individu telah datang untuk membayar baki tersebut, namun tidak didedahkan identitinya. 

Walaupun begitu, tampil seorang netizen mendakwa lelaki itu kerap melakukan perbuatan itu dengan modus operandi yang sama semata-mata mahu mendapatkan petrol percuma. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Penyanyi Aishah mengamuk Banyak duit agaknya Mamat ni…



PENYANYI terkenal, Aishah berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan kenyataan palsu membabitkan namanya.

Lebih memburukkan lagi, katanya, kenyataan itu membabitkan hal-hal politik.

“Berita palsu begini sangat merbahaya dan boleh merosakkan reputasi I.

“So, selagi nama tertera di atas tidak membuat apa-apa kenyataan sebaliknya I anggap ini penyebaran berita palsu,” tulisnya di Instagram (IG).

Malah, pelantun lagu Janji Manismu ini juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia masih berterusan.

“Banyak duit agaknya mamat ni suka suki ja buat statement palsu. Awal tahun lagi dah ada syarikat cari pasal buat testimoni palsu kena bayar ganti rugi.

“Mungkinkah mamat ini akan jadi pihak kedua yang kena keruk dalam-dalam poketnya untuk bayar pampasan.

“… dan tindakan susulan akan diambil. I tak support penyamun-penyamun duit rakyat OK … hahaha sendiri mahu faham,” kongsinya lagi.

Awal tahun ini, juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ini bengang apabila mengetahui ada syarikat makanan tambahan menggunakan nama dan wajahnya tanpa keizinan dalam mempromosikan produk mereka.

‘Dalam masa sehari dia habiskan RM3,500 untuk bersuka ria!’ – Suami bengang, isteri habiskan duit gajinya


Ramai netizen bersimpati dengan nasib seorang lelaki yang baru menjadi suami ini. Mana tidaknya, belum sampai suku tahun berumah tangga, namun sudah ternyala api kemarahan dek perbuatan isterinya menghabiskan duit gaji RM3,500. Sedangkan si suami menaruh kepercayaan terhadapnya untuk menguruskan hal kewangan rumah tangga mereka. 

Berlaku pertengkaran di antara mereka, si suami hilang kesabaran maka secara tidak sengaja termaki isterinya bodoh. Apa lagi si isteri yang juga masih belum faham selok belok berumahtangga, terus menuntut si suami menceraikan dia. 

SALAM dan selamat malam admin dan warga KRT. 22 Mac aku terima gaji, gaji aku RM5,000 saja dan ini adalah bulan pertama aku ada isteri. Dengan gaji RM5,000 itu, aku beri mak RM500. Mak tak nak sebenarnya sebab mak orang berada. Tetapi aku kira sebagai nafkah dan sedekah untuk orang yang melahirkan aku. 

Tinggallah gaji aku RM4,500. Aku ambil RM500 untuk beli rokok dan isi minyak. Jadi, RM4,000 aku serahkan kepada isteri. Aku nak dia menjadi pengurus kewangan aku, bayar segala rumah, kereta dan bakinya untuk belanja-belanja lain. 

Tetapi tak sangka, RM4,000 itu dia guna untuk pergi bershopping dan belanja kawan-kawan serta keluarga dia. Bila aku tanya berapa baki duit, semua benda yang perlu dibayar dah diselesaikan ke? Dia kata baki tinggal lagi RM500. 

Ya Allah! Dalam masa sehari dia habiskan RM3,500 untuk bersuka ria! 

Sebelum itu aku okey saja, ingatkan dia dah bayar semua benda yang wajib dibayar. Rupa-rupanya ini yang dia buat. Aku marah dia, aku cakap:

“Takkan tak boleh fikir?! Wang saya bagi awak adalah untuk rumah tangga kita, bukan untuk orang lain! Bodoh!” aku termaki pula dia bodoh. 

Ye, salah aku sebab maki dia. Sekarang aku tak tahu nak cari duit di mana. RM500 itu campur dengan RM500 yang saya ada. Itu sajalah yang kami gunakan untuk bulan ini. Hanya untuk makan sahaja.

Bayaran untuk rumah, kereta, bil, minyak apa semua, macam mana nak bayar? Aku baru je cakap dia bodoh, dia dah minta cerai. Astaghfirullah… 

Walau bagaimanapun, netizen menasihatkan kedua-duanya berdamai dan berbincang dengan baik. Usah diruntuhkan rumah tangga yang baru saja dibina. Anggap saja tiada rezeki dan sama-sama jadikan kejadian itu sebagai pengajaran agar tidak berulang lagi di masa akan datang. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

‘Cakap takde duit, tapi boleh pula pergi bercuti di Langkawi, Phuket’ – 2 tahun tak bayar hutang RM2.5K dan bila dituntut lelaki ini balas mesej dengan biadab


Adab berhutang, bayarlah bila sudah berkemampuan walaupun sedikit demi sedikit. Namun apa yang berlaku pada wanita ini, tidak seperti yang diharapkan apabila si lelaki mengambil keputusan untuk menangguhkan bayaran hutangnya dengan pelbagai alasan. 

“Lelaki ini berhutang dengan saya RM2,500. Tetapi bila saya minta dia bayar RM2,000 sahaja, sehingga sekarang dia tak buat bayaran balik. Dia pinjam duit itu untuk modal perniagaan Roti John dan sewa kedai. Tetapi sudah dua tahun berlalu, dia gagal membayar kembali wang itu kepada saya,” demikian kata Haira di Twitternya. 

Pada awalnya, Haira cuba meminta Raffiudin membayarnya sebanyak RM500 pada Khamis ini kerana Haira memerlukan wang untuk menyertai program universitinya di Batam, minggu depan.

“I’m going to Batam for university’s visit next week. I nak pakai RM500. Bank in before Khamis. Thank you,” mesej Haira kepada Raffiudin di aplikasi WhatsApp. 

Malangnya, lelaki itu tidak mengendahkan dan memberi alasan dia tidak mempunyai duit. Meskipun Haira meminta sebanyak RM200, dia tetap memberi alasan yang sama. 

Berang dengan sikap tidak bertanggungjawab lelaki itu, Haira mempersoalkan bagaimana Raffiudin yang tiada duit tetapi boleh berjalan ke sana sini seperti orang berduit tetapi tiada duit nak membayar hutangnya. 

“Orang payung, apa ada hal?” kata Raffiudin. 

“Kau boleh je kan minta dari mak kau? Cakap kau nak bayar sewa kedai,” balas Haira. 

“Apa hal nak minta duit dari mak I? I ada duit, I bagilah. You siapa nak suruh I minta duit dari mak I?” Raffiudin mempersoalkan tindakan Haira. 

“I yang bagi hutang pada you. You hari itu boleh saja kan sebenarnya nak minta dari mak you pada mulanya. I yang bagi hutang, I ada hak nak menuntut hutang I. You tu yang sepatutnya malu dengan I dan cari I untuk bayar hutang,” balas Haira lagi. 

“Minta la you selagi you mampu. Haha,” tulis Raffiudin memerli Haira. 

Haira kemudian menegaskan dia akan datang ke rumah lelaki itu di Melaka untuk menuntut hutangnya. Namun lelaki itu tidak sedikit pun gentar dan menyindir tindakan Haira itu kebudak-budakkan. 

“Jadi saya pergi ke rumah dia di Melaka dan berjumpa dengan ibu bapa dia. My god, mak dia memang sejenis back up anak. Bapak dia jenis garang macam nak tolong tapi senyap sampai sekarang. 

“Dia bijak, masa nak pinjam duit saya, dia call datang suruh jumpa. Dah jumpa baru cakap. Selepas tu terus minta cash, tak nak transfer. Saya mengaku saya kurang cerdik pada masa itu. Perempuan kalau sayang, memang buta dan bodoh. 

“Yang saya bengang, dia cakap tak ada duit tetapi boleh pergi Langkawi, Phuket semua bercuti dan sambut tahun baru,” tulisnya. 

Ada beberapa netizen cuba menghubungi nombor telefon lelaki itu, namun mendakwa mereka tersalah nombor. Tetapi Haira mengesahkan suara yang menjawab panggilan itu sememangnya Raffiudin. 

Susulan viral itu juga, Raffiudin telah menyahaktifkan akaun Instagramnya. 

Difahamkan Haira telah berjaya mendapatkan segala maklumat tempat kerja dan nombor telefon pejabat lelaki berkenaan dan akan mengambil tindakan selanjutnya. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

‘Duit dia dan produk dia, hak dialah nak buat di mana’ – Ramai netizen setuju dengan pandangan sinis lelaki ini


PERINGATAN: GOLONGAN ‘PEMBARIS’ DILARANG BACA.

Ramai pihak yang menegur termasuk beberapa ilmuan agama, namun respon yang diterima pula amat mengecewakan apabila isu yang timbul tidak dijawab dengan jawapan yang sepatutnya. Jadi, harus bagaimana ingin menerangkan kepada tuan empunya badan agar beliau faham dengan masalah yang dibangkitkan itu?

Bak kata Imam Muda semalam, cara halus tak jalan, mungkin cara sinis boleh diterima. Justeru, lelaki ini tampil memberikan pandangannya berhubung isu pemilihan kelab malam Zouk sebagai tempat untuk pelancaran koleksi tudung artis berkenaan sehingga dikecam hebat netizen. 

NEELOFA launching tudung di Zouk. Come on guys, apa masalah dia? Hak dialah nak buat di mana. Duit dia, produk dia, yang korang duk sibuk kecam sana sini dah kenapa? Neelofa kot, successful entrepreneur, Air Asia Non Executive Director, takkanlah tak fikir? Takkanlah dia buat salah? Apa yang dia buat, betul okey. 

First, tempat yang dia pilih sah-sah tepat sebab zaman sekarang perempuan berhijab bebas. Ada orang cakap perempuan berhijab sekarang harus keluar tak malu-malu. So Neelofa di situ nak tunjuklah korang yang berhijab pun masih boleh ke club hokayy. 

Hello guys, bukalah pemikiran itu sikit. Pakai tudung itu bukan untuk mengikut ajaran Islam saja, kenalah ikut trend dan untuk pengetahuan korang, Zouk itu hall dia murah okey. Awal-awalnya Neelofa dan team dia nak buat di Dewan Serbaguna Haji Talib Semenyih, tetapi full sebab ADUN guna untuk program pilihan raya dan beberapa dewan harga sama seperti itu pun dah penuh. 

Neelofa dah kata kan, bajet dia ciput sebab sale tudung tak okey sangat tahun lepas. Korang fahamlah situasi dia. 

Second. Program menari untuk menang baucar fashion valet RM600. Korang tak fikir lagi sekali ke? Takkan korang nak buat program dikir barat dalam club? Atau program lain yang bersesuaian dengan wanita berhijab? Come on, very the old school guys. Yang datang nak join program itu hijabista kot? Femes-femes kot? Pakai tudung kot? Mesti nak menari tunjuk aset yang ada, terkinja macam Iqram baru kena dengan launching tudung Neelofa. 

Pemikiran korang bukan level Neelofa. Ini baru tepat dengan gelaran yang diberi, beauty with brain and dia hajjah kan. Dia lagi faham dari koranglah. Korang hajjah pun tak ada, setakat ulang alik solat di surau taman je, so diamlah. 

Akhir kata, mana-mana kawan-kawan saya yang berniaga itu, ini marketing paling berkesan okey. Biar orang bercakap, biar orang kritik, biar orang viral untuk tujuan promo produk korang. Cara menghalalkan niat, barulah berbaloi bayar kelas berpuluh ribu itu, baru berkesan. Bijak! Barulah betul Islam mengikut zaman, bukan zaman mengikut Islam! Nauzubillah. Barulah style bila jadi penunggang agama! Allahuakbar. 

Ya Allah, Kau jahilah kawan-kawan aku yang berniaga dari hatinya hitam dan gelap kerana mengejar kejayaan tanpa mengikut ajaranmu Ya Allah. Jadikanlah kawan-kawanku yang berniaga berjaya dengan mengikut syariatMu Ya Allah. Mengangkat sunnah kekasihMu Muhammad ke jalan yang diredhai. Amin. 

BERITA BERKAITAN:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih