Enggan ‘bersama’, suami belasah isteri sampai mati


Seorang lelaki warga British ditahan polis selepas didakwa membelasah isterinya sehingga mati, lapor The Star.

Kevin Smitham, 51, didakwa membelasah isterinya, Kanda, 29, selepas mangsa enggan mengadakan hubungan seks dan Kevin menuduh Kanda mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. 

Menurut keterangan warga tempatan, mereka terdengar pasangan itu bertengkar kira-kira jam 10 malam, Ahad lalu. 

Bagaimanapun, pada pagi keesokan harinya, seorang sami menemui mayat mangsa di luar rumah pasangan itu di daerah Det Udom, Ubon Ratchathani, Bangkok, Thailand. 

Dalam siasatan awal, Kevin mengaku telah menyerang mangsa dan menolak isterinya sehingga terjatuh beberapa kali dan mencekik mangsa. 

Kevin berkata, dia kemudian mengheret mayat isterinya itu ke luar rumah dan ditutup dengan selimut serta dibiarkan sehingga mayat mangsa ditemui pada pagi Isnin. 

Meskipun mengaku menyerang mangsa, namun suspek menegaskan dia tidak berniat untuk membunuh isterinya itu. 

Difahamkan, pasangan berkenaan menetap di Pattaya dan mempunyai tiga orang anak. Kevin dan Kanda datang ke Ubon Ratchathani untuk menziarahi saudara Kanda dan menyambut festival Songkran. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

‘Saya kata pump fuel ten ($10), bukan pump full tank ‘ – Driver BMW enggan bayar duit petrol RM370, salahkan kecuaian pekerja Caltex


Jika seseorang individu itu mampu memiliki kereta mewah, sudah tentu dia juga mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan pada keretanya. Namun dalam kejadian baru-baru ini yang viral di media sosial, seorang pemandu kereta BMW, enggan membayar petrol yang telah dipam pada keretanya, lapor World of Buzz.
Dalam catatan Facebook yang dimuat naik oleh wanita warga Singapura, Kelly Yeo, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam dua petang di Caltex Tampines Avenue, pada 14 April lalu. 

Ketika kejadian, Kelly terdengar perbalahan di antara pemandu BMW terbabit dengan kakitangan stesen tersebut. 

Apabila juruwang meminta pemandu itu membayar S$135 (RM400) untuk minyak diisi penuh pada kereta BMW 5 Series, pemandu terbabit mendakwa dia hanya meminta kakitangan stesen itu mengisi S$10 (RM29), “Pump fuel ten”. 

Bagaimanapun, kakitangan dianggarkan berusia 60 tahun yang melayani pemandu itu memaklumkan kepada juruwang berkenaan bahawa lelaki itu berkata “Pump full tank”. 

“Dia jelaskan apa yang didengarinya pada masa itu, isi minyak penuh tetapi lelaki itu cepat-cepat menafikannya. 

“Apa yang berlaku seterusnya membuatkan saya terkejut. Kakitangan itu enggan memperbesarkan kes itu dan akhirnya mengalah dan memaklumkan kepada juruwang untuk menerima saja bayaran S$10 (RM29) dari lelaki itu dan dia akan menanggung bakinya sebanyak RM370.

“Akhirnya, lelaki itu beredar dan hanya membayar S$10 sahaja untuk isian minyak penuh pada kenderaan mewahnya itu,” kata Kelly. 

Kelly juga memuji tindakan profesional dua kakitangan berkenaan yang bersabar melayani karenah lelaki terbabit meskipun terpaksa menanggung kerugian yang banyak. 

Katanya lagi, tiada salahnya sekiranya lelaki itu membayar saja amaun yang telah dikenakan kerana kenderaannya itu juga tetap akan diisi dengan petrol pada hari-hari mendatang. 

Sementara itu, netizen terkejut dengan sikap pemandu BMW terbabit yang sanggup memperdayakan kakitangan berkenaan yang berpendapatan S$1,600 (lebih kurang RM4,700) sebulan untuk membayar petrolnya. 

Caltex Singapura dalam satu kenyataannya menjelaskan, siasatan mendapati kakitangan terbabit tidak menanggung sebarang kerugian. Laman Mothership pula melaporkan ada seseorang individu telah datang untuk membayar baki tersebut, namun tidak didedahkan identitinya. 

Walaupun begitu, tampil seorang netizen mendakwa lelaki itu kerap melakukan perbuatan itu dengan modus operandi yang sama semata-mata mahu mendapatkan petrol percuma. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Boleh bawa bincang – UNIC enggan panjangkan isu dengan Caprice



WAKIL kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul memberitahu pihaknya bersedia untuk duduk semeja dengan rapper Caprice bagi meleraikan kemelut yang berlaku.

Ujar Fakhrul, selepas isu komitmen Caprice untuk mempromosikan single terbaharu mereka, Sedar timbul pihaknya masih belum berkesempatan untuk berjumpa lagi.

“Kami teruskan apa yang kami mampu dan menghormati sesama sendiri. Mungkin dia ada alasan tertentu.

“Daripada sudut kami masalah sudah selesai dan kami sudah jelaskan perkara sebenar.

“Sehingga kini belum ada sebarang jemputan untuk membuat persembahan bersama selepas kejadian yang berlaku.

“Namun, kami dijadualkan untuk membuat persembahan bersama pada malam Anugerah MeleTOP ERA (AME2018) bulan depan. 

“Kami tiada masalah untuk berjumpa dengan Caprice dan masih menunggu jawapan daripadanya,” katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Caprice, Fathia Latiff ‘perang besar’ di Instagram

BACA: UNIC terpaksa terima kecaman selepas buang imej artis nasyid

Fakhrul yang ditemui pada sidang media Gema Gegar Vaganza musim kedua di Hotel Istana Kuala Lumpur pada Selasa memberitahu dia tidak menjangka akan tercetus isu antara UNIC dan Caprice.

“Kami tidak menjangka perkara ini akan terjadi sebab kami tidak tahu cara orang lain bekerja.

“Cuma kami nampak potensi yang besar ada padanya untuk kami berkolaborasi.

“Kami sudah pun laburkan yang terbaik, buang masa dan rugi untuk kami terlalu memikirkan masalah yang timbul,” tambahnya.

Ketegangan antara UNIC dan Caprice tercetus sejak Februari lalu apabila kumpulan nasyid itu mendakwa Caprice gagal memberikan komitmen untuk mempromosikan single baharu mereka, Sedar.

Malah, UNIC mendakwa Caprice enggan membalas kiriman teks untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Caprice kemudiannya memberitahu Berita Harian tindakan UNIC memperbesarkan cerita berkenaan sebenarnya langkah mempromosi lagu berkenaan.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @unicofficials & @capriceoffcial

Bermadu Itu indah tapi … – Siti Elizad enggan berpoligami



MEMAINKAN watak wanita yang berkongsi kasih dalam drama bersiri Syurga Yang Kedua, Siti Elizad mempunyai pendapat sendiri mengenai poligami.

Ditemui di majlis tayangan episod akhir drama bersiri tersebut yang diadakan di The Podium Penchala pada Isnin lalu, Elizad masih belum mempunyai rezeki untuk menimang anak.

“Jika bercakap mengenai poligami, secara peribadi, saya izinkan suami saya berkahwin lain. Tetapi saya rasakan saya tidak sanggup bermadu.

“Sebelum ini, menerusi perkahwinan pertama, suami dikurniakan dua orang anak. Setakat ini, saya dan suami masih belum mempunyai rezeki untuk mempunyai permata hati.

“Jika tiada rezeki anak dan suami mahukan cahaya mata lagi, saya izinkan suami berkahwin lagi. Bagi saya, bermadu itu perkara yang indah, tetapi andai kata jika saya tak dapat menyesuaikan diri dengan situasi tersebut, saya akan minta dilepaskan,” kata Elizad.

Mengakui dirinya merupakan seorang wanita yang suka dengan suasana positif, Elizad mahu menikmati kehidupan dengan penuh tenang.

“Di dunia nyata, saya tidaklah setabah watak Sabrina yang hidup berkongsi suami dengan rakan sendiri. Saya tak mahu perkara negatif mempengaruhi hidup saya.

“Andai kata saya hidup dalam suasana bermadu, tipulah jika hati wanita ini tidak terusik langsung. Pastinya itu akan mengganggu emosi dan saya tidak gemar hidup dalam suasana tidak tenteram.

“Saya rela mengalah jika perkara tersebut boleh membuatkan hidup saya tenang dan bahagia tanpa memikirkan anasir negatif,” katanya lagi.

Majlis tayangan episod akhir drama bersiri Syurga Yang Kedua itu merupakan anjuran kelab peminatnya, Elizad Team dan kelab peminat Fasha Sandha, We Love Fasha Sandha.

“Alhamdulillah, hasil kolaborasi kelab peminat saya dan Fasha maka terlaksanalah majlis ini. Saya terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh kelab peminat saya yang tidak berhenti menyokong.

“Mereka mengikuti drama bersiri Syurga Yang Kedua dan saya bersyukur mereka menggemarinya. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk memberikan hasil kerja terbaik dalam naskah akan datang,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Elizad

 

Perkahwinan sejenis Personaliti TV Rafidah Abdullah enggan ulas lanjut


KUALA LUMPUR : Personaliti televisyen Rafidah Abdullah masih membisu berhubung dakwaan yang beliau sudah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita di luar negara, baru-baru ini.

Menerusi mesej yang dihantar Astro AWANI menerusi aplikasi pesanan ringkas WhatsApp, Rafidah menegaskan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut tentang dakwaan itu.

Mesej yang dihantar kepada Astro AWANI oleh Rafidah Abdullah yang enggan mengulas lanjut tentang dakwaan tersebut.

Dakwaan itu wujud susulan tersebar foto yang memberi gambaran bahawa beliau sudah ‘menamatkan zaman bujangnya’.

 Laman Instagram Rafidah Abdullah yang menunjukkan beliau difitnah.

Bagaimanapun, portal berita Sinar Harian pada Selasa melaporkan Rafidah mengakui dia telah difitnah.

Laporan itu turut merujuk kepada kenyataan yang ditulis beliau yang berbunyi ‘sedang mengumpul pahala daripada fitnah orang’ memenerusi bio di laman media sosial Instagram peribadinya (sirafidahtu?).

Rafidah mula mencatat populariti pada awal tahun 2000 menerusi sebuah program bual bicara popular yang mengetengahkan isu-isu kewanitaan.

Beliau juga popular sebagai pelakon menerusi filem Gol & Gincu bersama Fazura dan Sharifah Amani.

‘Awak yang nak berhentikan di minum botol kan? Saya tak nak dengar apa-apa’ – Terguris hati isteri, suami enggan bantu jaga anak


Dalam rumahtangga, suami isteri perlulah bersama-sama memainkan peranan masing-masing. Bila isteri menjadi surirumah sepenuh masa, suami pula jangan menyangka isteri goyang kaki sepanjang masa. Tetapi isteri juga ada kerja-kerja yang perlu dibuat iaitu menguruskan rumah dan menjaga/mendidik anak-anak. 

Namun kebanyakan golongan suami hari ini bila mendengar isteri meminta bantuan untuk menguruskan anak, ada saja alasan yang diberikan. Malah ada yang berani berkata bahawa tugas-tugas seperti itu adalah tugas isteri. Hati isteri mana yang tak terkilan bila mendengar suami berkata seperti itu. Sedangkan masing-masing sudah mengikat janji mahu mengharungi alam rumahtangga bersama. 

Semoga perkongsian dari Puan Zulaikha ini membuka mata golongan suami berkenaan agar mengambil inisitiaf untuk berubah dan lebih bertanggungjawab. 

“Awak yang nak berhentikan dia minum botol, kan? Saya tak nak dengar apa-apa.” 

WAHAI suami, kenapa lidah itu tajam sungguh bila bersuara? Tidak terfikirkah terguris hati isteri? Hanya kerana rengekkan anak menganggu tidur malam suami. Tugas yang menyusahkan dan melecehkan diserah bulat-bulat kepada isteri. 

Kenapa? Sebab isteri suri rumah? Apa-apa yang berkaitan dengan rumah, semua awak tidak mahu ambil tahu termasuk mendidik anak-anak? Kalau anak dihantar ke pengasuh pula, perihal anak-anak pengasuh pula yang kena settlekan. 

Hello! Buat anak nak, jaga anak tak nak!

Tugas menjaga anak bukan sekadar belikan baju, belikan susu, belikan mainan, bayar pengasuh. Bukan duit, duit dan duit! Duit itu baru satu, kalau duit itu dah bertimbun sangat, hal anak semua nak serah pada orang. Give uplah jadi bapa. 

Siapa cakap ‘anak-anak ini nanti dia retilah bila dah besar, nanti sampai masa pandailah’. Tolonglah, anak kalau tidak dididik, tidak diajar, tang mana nak pandai sendiri? Kalau susu badan, dua tahun pun ibu-ibu nak berhenti kan, sama saja kalau susu botol. Takkan tiba-tiba anak awak itu pandai sendiri? 

Ini baru isu botol susu, belum lagi ajar anak ke tandas. Nak tunggu anak pandai sendiri buka pampers, tiba-tiba ke tandas buang air. Siap pandai cuci dengan sabun dan flush! Perghh! Albert Einstein yang genius pun tak cenggitu. Tinggi sangat imaginasi awak wahai bapa-bapa. 

Anak perlu diajar satu persatu. Ya memang leceh dan memang menguji kesabaran. Buang botol susu anak itu, seminggu dia merengek. Lepas itu dia dah tak akan minta lagi dan dia dah boleh minum menggunakan cawan. 

Ajar anak ke tandas, buka pampers dia. Pakai seluar tanpa pampers seminggu dua, pandailah ke toilet, tak perlu pakai pampers lagi dah. 

Dengar seperti senang saja, kan? Tetapi prosesnya, para ibulah yang merasa azabnya seorang diri kalau sudah si bapa langsung tidak mahu mengambil tahu. Ibu terpaksa bersabar dengan rengekkan anak. Anak menangis kuat-kuat dan menjerit nak susu, nak susu. Tak boleh tidur kalau tak ada botol di mulut. Belum lagi anak terbangun di tengah malam meminta susu, tak dapat nangis lagi. 

Kalau toilet training, setiap 10 minit ibu tanya nak kencing tak? Nak berak tak? Setiap 30 minit, bawa anak ke tandas dan suruh dia kencing. Kadang-kadang terlupa, habis basah rumah dikencing si anak. Kena bersihkan. 

Itu belum lagi part kita dah ‘shhh… shhh’ di tandas sampai 20 minit tak kencing-kencing. Keluar saja dari tandas, sarung seluar basah pula dikencingnya. Kena bersihkan lagi. 

Penat? Ya, penat dan letih. Sangat menguji emosi dan fizikal. Tetapi ibu-ibu ini bersabar. Tak lama, seminggu dua pandailah anak aku ini. Tetapi bapanya? Sudahlah tidak membantu, boleh pula dia downkan lagi si ibu. 

Nak bicara tentang tidur malam yang nyenyak? Dari mengandung lagi si ibu tak tidur dengan nyenyak. Sakit-sakit dalam pantang pun tak tidur nyenyak. Anak dua tiga tahun pun masih tak dapat nak tidur nyenyak. Belum lagi bilamana anak sakit, anak demam. Boleh jadi satu malam dia tak tidur dan awak bergelar bapa pula mempertikaikan tidur awak? Sungguh tidak adil! 

Kami ibu-ibu bukan merungut, tetapi soal mendidik anak biarlah sama-sama kita laksanakan tugasnya. Bertolak ansur dan bertoleransi. Siang isteri dah berhempas pulas sendirian menjaga anak dan menguruskan rumah. Bapa bapil kerja paling-paling sejam dua melayan anak. Jam 10 malam, anak-anak dah mengantuk nak tidur dah. 

Pejam sajalah mata itu dan tutup mulut itu. Tolong sajalah isteri awak. Bukan anak orang lain, anak awak juga. Awak kerja esok, isteri pun ada kerja esok. Duduk di rumah dengan anak-anak bukan tak ada kerja nak buat. 

Sekali isteri tak nak peduli dah tentang rumah dan anak-anak, jangan terkejut bila awak balik rumah anak tak mandi, pampers penuh dan anak berak tak cuci. Rumah pula macam tongkang karam. Anak menangis kelaparan. Baru awak tahu kenapa dunia awak selalu indah. 

Isteri tak minta pun awak ambil cuti, ajar anak berhenti menyusu botol. Isteri tak minta pun awak cuti untuk ajar anak membuang di tandas. Tak, mereka buat sendiri. Awak hanya perlu sokong dan bantu sikit. Jadi tutuplah mulut dan tolonglah isteri tanpa sebarang persoalan. Fikirlah tentang mereka, kasihanilah mereka dan sayangilah mereka. 

Balik itu, ambil masa peluk dan ucaplah terima kasih kepada isteri. Pelukan awak itu powerfull wahai encik suami. Ia boleh menghilangkan rasa penat lelah isteri seharian. Ia boleh memadamkan api kemarahan isteri. Ia boleh hilangkan rajuk dan kecil hati isteri. 

Iya, peluk saja. Tak payah bagi bunga, bagi coklat bagai. Tak payah sampai nak bawa naik helikopter pusing satu Malaysia. Peluk saja dan ucapkanlah terima kasih. Tak susah pun, isteri gembira, anak gembira awak pun turut gembira.