‘Saya kata pump fuel ten ($10), bukan pump full tank ‘ – Driver BMW enggan bayar duit petrol RM370, salahkan kecuaian pekerja Caltex


Jika seseorang individu itu mampu memiliki kereta mewah, sudah tentu dia juga mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan pada keretanya. Namun dalam kejadian baru-baru ini yang viral di media sosial, seorang pemandu kereta BMW, enggan membayar petrol yang telah dipam pada keretanya, lapor World of Buzz.
Dalam catatan Facebook yang dimuat naik oleh wanita warga Singapura, Kelly Yeo, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam dua petang di Caltex Tampines Avenue, pada 14 April lalu. 

Ketika kejadian, Kelly terdengar perbalahan di antara pemandu BMW terbabit dengan kakitangan stesen tersebut. 

Apabila juruwang meminta pemandu itu membayar S$135 (RM400) untuk minyak diisi penuh pada kereta BMW 5 Series, pemandu terbabit mendakwa dia hanya meminta kakitangan stesen itu mengisi S$10 (RM29), “Pump fuel ten”. 

Bagaimanapun, kakitangan dianggarkan berusia 60 tahun yang melayani pemandu itu memaklumkan kepada juruwang berkenaan bahawa lelaki itu berkata “Pump full tank”. 

“Dia jelaskan apa yang didengarinya pada masa itu, isi minyak penuh tetapi lelaki itu cepat-cepat menafikannya. 

“Apa yang berlaku seterusnya membuatkan saya terkejut. Kakitangan itu enggan memperbesarkan kes itu dan akhirnya mengalah dan memaklumkan kepada juruwang untuk menerima saja bayaran S$10 (RM29) dari lelaki itu dan dia akan menanggung bakinya sebanyak RM370.

“Akhirnya, lelaki itu beredar dan hanya membayar S$10 sahaja untuk isian minyak penuh pada kenderaan mewahnya itu,” kata Kelly. 

Kelly juga memuji tindakan profesional dua kakitangan berkenaan yang bersabar melayani karenah lelaki terbabit meskipun terpaksa menanggung kerugian yang banyak. 

Katanya lagi, tiada salahnya sekiranya lelaki itu membayar saja amaun yang telah dikenakan kerana kenderaannya itu juga tetap akan diisi dengan petrol pada hari-hari mendatang. 

Sementara itu, netizen terkejut dengan sikap pemandu BMW terbabit yang sanggup memperdayakan kakitangan berkenaan yang berpendapatan S$1,600 (lebih kurang RM4,700) sebulan untuk membayar petrolnya. 

Caltex Singapura dalam satu kenyataannya menjelaskan, siasatan mendapati kakitangan terbabit tidak menanggung sebarang kerugian. Laman Mothership pula melaporkan ada seseorang individu telah datang untuk membayar baki tersebut, namun tidak didedahkan identitinya. 

Walaupun begitu, tampil seorang netizen mendakwa lelaki itu kerap melakukan perbuatan itu dengan modus operandi yang sama semata-mata mahu mendapatkan petrol percuma. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

‘Mama, ada ‘benda’ lalu di belakang rumah’ – kata adik menggigil dan tiba-tiba bertukar garau


Assalamualaikum admin, maaf kalau perkongsian aku ini membosankan. Nak kata seram, tak sangat kot? Kalau tak best, maaf ye. Cuma nak berkongsi sahaja. Harap-harap boleh ambil langkah berhati-hati kalau berada di kenduri kahwin lebih-lebih lagi kalau buat kenduri di rumah. 

Kisah ini berlaku kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu. Waktu majlis persandingan adik perempuan aku. Meriah sungguhlah kiranya. Ahli keluarga sebelah mak dan ayah aku datang. Since ayah aku Cina, mak Melayu, kira besarlah juga kan? Tetapi majlis diadakan di depan rumah sahaja. 

Aku tiga beradik, aku yang sulung. Yang kahwin ini adalah adik yang kedua. Maka aku dengan adik bongsulah yang menjadi runner ke sini sana. 

Majlis nikah pada malam itu berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Keesokannya majlis bersanding. Selepas selesai saja sesi bersanding, ambil-ambil gambar, letak hantaran apa bagai, maka pengantin pun keluarlah dari rumah. Salam-salam dan kenalkan pengantin lelaki kepada tetamu dan keluarga kami serta potong kek apa bagi. Mak dan ayah pun sibuk melayan tetamu. 

Dalam kesibukan melayan tetamu, mak aku ternampak nenek aku duduk termenung di tepi tangga. Tidak, bukan kerana dia kena strok ataupun nyanyuk.

“Kenapa mak duduk termenung di sini?” tanya mak. 

“Orang tu suruh mak jaga kat sini (tepi tangga tu),” jawab nenek. 

Pelik mendengar jawapan nenek, mak aku terus teringat pada barangan hantaran. Yang ada barangan kemas (aku pun pelik, kenapa tak pakai terus pada pengantin), duit hantaran yang letak di album, tinggal album saja. 

“Orang itu kata dia nak jagakan. Dia suruh mak jaga tangga,” kata nenek. 

Sambil mencari itu, terperasan juga yang barangan kemas di rumah juga hilang. Termasuklah duit yang aku simpan di dalam almari dan dalam lipatan baju. Nenek aku describe orang itu sebagai wanita berbaju merah yang ada membawa budak kecil. 

Semasa membuat laporan polis, ini adalah kes keempat yang sama berlaku pada bulan itu. Maksudnya, suspek memang menyasarkan keluarga yang membuat kenduri kahwin. 

Selesai membuat laporan, makcik-makcik aku cadang untuk buat solat hajat terus. Panggil orang masjid selepas maghrib, mintalah agar tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku. Manalah tahu, kuasa Allah, bolehlah orang itu pulangkan semula barang-barang kemas kami. 

Selesai solat hajat, bila semua orang dah balik, adik bongsu lelaki aku ke dapur. Tiba-tiba dia nampak kelibat melintas di belakang rumah. 

“Mama, Akim nampak ada benda lalu di belakang rumah,” katanya sambil menggigil lalu suaranya bertukar kepada sedikit garau. 

“Mama, mama pergi jauh sikit. Akim rasa macam nak sepak mamak ni!” gedebuk! Dia jatuh ke lantai.

Adik aku berbadan agak besar dan gempal, jadi bila dia terjatuh memang kuatlah bunyi. 

Aku, ayah dan ipar aku cuba pegang dia sebab dia secara tiba-tiba nak menyerang mak aku. Dalam keadaan menangis, tiba-tiba dia tergelak. Dia mencaci mak aku. 

“Puih!! Aku benci kau! Puih!!” Apsal kau tak mampos!? Puii!!” katanya dengan mata terbeliak dan kemerahan. 

Aku panggil jiran-jiran dan saudara aku yang masih berada di luar rumah. Dekat lapan orang juga yang pegang adik aku itu. Macam nak terpelanting juga kami dibuatnya. Mak call dan beritahu pakcik aku, dia kata patutlah makcik aku di tepi highway suruh berhenti dan azan. 

Kitorang panggil ustaz datang untuk membantu, ada benda lain yang masuk dalam badan adik aku itu. Ustaz tanya, apa salah mak aku dengan dia. Dia kata ada tuan dia tak puas hati. Kemudian dia gelak. 

“Aku dah duduk kat lauk tadi,” katanya. 

Lauk saki baki tadi, semuanya basi Mana-mana kawan yang ada tapau tadi, aku call dan suruh mereka buang. Adik aku memaki hamun dan menjerit-jerit malam itu. Siap dia tanya lagi, “Kenapa buat solat hajat tadi? Aku sakit, bodoh!” 

Ustaz melakukan proses tawar menawar dengan jin tersebut yang kemudian berakhir selepas beberapa jam. Aku tak pasti sama ada dah keluar habis ke belum jin itu sebab adik aku perangai dia pun macam jin juga kadang-kadang sampai sekarang ni. Dua serangan berlainan dalam masa sehari. Dugaan betul.

Ada juga mak aku pergi cari orang yang boleh tolong mencari barang yang telah hilang itu (bukan polis atau detektif). Orang-orang itu kata barang kami tak dicuri tetapi ditukar. Malas nak mencari lagi, mak aku pun biarkan. 

Beberapa bulan selepas itu kami nak pindah rumah, aku nak alihkan akuarium ikan. Terselit 10,000 rupiah di bawah akuarium tersebut. Aku teringat semula pada kes kahwin akdik aku dan mungkin inilah yang orang-orang itu katakan. Pencuri itu sudah ‘tukar’. 

“Jilake, kitorang rugi beribu riban, kau tukar duit tak sampai pun RM3.00.” 

Macam mana atau bagaimana duit itu boleh berada di bawah akuarium? Sampai sekarang aku tak tahu. Padahal masa letak akuarium itu aku dengan ayah yang angkat. Ada la empat kaki panjang, dua kaki lebar dan tiga kaki tinggi. Tinggi juga akuarium itu. Wallahualam. 

Sumber: Azlan Saw

Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

Belum… Belum bersalin lagi. Jangan buat khabar angin kata pengurus Siti Nurhaliza



TERNYATA kanta perhatian para peminat seni tanah air sekarang ini tidak lepas daripada terus memikirkan tentang keadaan penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kandungan sulung beliau.

Dalam melayan rasa teruja itu, tidak dinafikan terselit pelbagai spekulasi tentang tarikh dan waktu kelahirannya, hingga macam-macam khabar angin sedang kencang ditiupkan.

Keterujaan itu bagaimanapun diredakan oleh pengurus yang juga kakak ipar penyanyi itu, Rozi Abdul Razak.

Menerusi entri terbaharu di akaun Instagram miliknya, Rozi menepis khabar angin yang mengatakan penyanyi nombor satu negara itu sudah bersalin.
Rozi meminta orang ramai tidak membuat spekulasi secara melulu tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Siti Nurhaliza sendiri.

“Belum, belum bersalin lagi, jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni.

“Masih juga sempat melapangkan waktu menyelesaikan beberapa tugasan. Saya dulu masa uruskan @ctdk, esok nak bersalin, hari ini masih bekerja keras.

“Siap masak nasi minyak dan menjamu rakan-rakan sekerja lagi sebab nanti akan lama berpantang, tak boleh makan macam-macam,” tulisnya dalam entri yang disertai foto dirinya yang tersenyum bersama Siti Nurhaliza.

Terdahulu, khabar angin itu tersebar susulan sesetengah pihak yang menjangkakan detik penyanyi itu melahirkan bayinya pada Mac ini.

VIDEO: Siti Nurhaliza akan melalui proses pembedahan

BACA: Ikut sunnah, tunggu 7 hari baru boleh umum nama bayi – Siti Nurhaliza

(Video) ‘Macam celaka punya penyewa, punyalah pengotor’ – Owner kesal dianiaya, namun bekas penyewa kata…


Viral di media sosial video keadaan sebuah rumah sewa yang disewakan kepada penyewa perempuan, ditinggalkan dalam keadaan kotor dan bersepah. 

Video dan gambar yang dimuat naik Zainal pada Ahad lalu, kini sedang viral di media sosial dan telah dikongsi 1,435 kali di laman Facebook. 

“Siapa kenal perempuan ini? Tengok apa dia buat pada apartment saya di Apartment Permata Fadason, Jalan Kepong, yang dia sewa. Semua pintu rosak, tandas dua-dua sumbat.

“Macam celaka punya perempuan. Punyalah pengotor. Pindah rumah malam pula tu. Saya akan cari dia sampai dapat,” tulis Zainal. 

Berdasarkan video yang dikongsi, keadaan rumah bersepah penuh dengan sampah sarap. Bilik juga tidak dibersihkan, apatah lagi keadaan dapur yang kotor. Peralatan elektrik seperti peti ais dan mesin basuh semi auto juga berkerak.

“Saya tidak meminta orang percaya dengan apa yang saya upload. Tetapi ini hakikatnya, saya call tak jawab, WhatsApp pun tak balas walaupun sudah dibaca. Dia memang penipu, jiran semua cakap tentang dia,” tulisnya lagi.

Zainal dimaklumkan bahawa penyewanya baru saja berkahwin tahun lepas semasa raya haji. Tetapi menurut jirannya, pasangan itu telah empat tahun mendirikan rumahtangga.

“Apa yang jiran saya beritahu, suaminya tidak bekerja,” tulisnya dalam ruangan komen.

Sementara itu di ruangan komen, tampil seorang lelaki yang dipercayai suami kepada wanita berkenaan menjelaskan perkara berikut: 

“Tujuh tahun sewa, bagi notis dua minggu (untuk) kosong (rumah). Deposit dua bulan, air dan elektrik pun ada deposit. 

“Urusan dengan ejen, last owner bagi notis keluar. Agreement tak nak update. Tuan rumah tak pernah datang jumpa untuk bincang,” tulis lelaki berkenaan. 

Walau apa pun masalah yang timbul di antara kedua-dua pihak, mohon kedua-duanya selesaikan dengan cara baik. Baik sebagai pemilik, baik sebagai penyewa, sama-sama mempermudahkan urusan masing-masing. 

Jangan menganiaya orang, kelak diri sendiri yang akan menerima kesan daripada perbuatan yang tidak diredhai itu. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

‘Dia kata aku sampah masyarakat, siap nak diludah lagi’ – Runner kesal dihina tanpa sebab


“Anggap saja dia sakit otak,” demikian nasihat netizen terhadap lelaki ini yang kesal dihina secara tiba-tiba oleh seorang wanita yang memandu kereta mewah dalam kejadian yang menimpanya baru-baru ini. 

Nafiq Zafree, yang bekerja sebagai runner makanan separuh masa bagi mengumpul wang dan membantu keluarganya itu tidak menyangka pekerjaannya dihina dan dianggap sebagai sampah masyarakat. 

Tiada angin, tiada ribut, malah dia menunggang motosikal dengan cermat tetapi secara tiba-tiba dimaki oleh wanita yang tidak didedahkan identitinya itu. 

“Aku seorang runner kedai makan. Bekerja dan mengumpul duit untuk membayar yuran sem depan selain dari membantu keluarga. 

“Setiap hari aku hantar makanan menggunakan motosikal jenis Honda Wave lama boss aku. Hari ini aku dihina oleh seorang perempuan bekerjaya (mungkin) yang naik kereta Mini Cooper merah di persimpangan lampu isyarat di taman perumahan aku. 

“Biasalah di persimpangan lampu isyarat merah, mestilah berhenti. Tiba-tiba kereta perempuan ini berhenti di sebelah aku. Dia buka tingkap dan kemudian menjerit pada aku.

‘SAMPAH MASYARAKAT PUIIII!’

“Siap dia nak meludah aku lagi. Tiba-tiba saja dia nak menghina aku dah kenapa? Sedangkan aku tak mengancau sesiapa pun dan menunggang motosikal dengan elok saja. 

“Takkan dia hina aku sebab aku menunggang motosikal? Aku tahu aku pakai baju selekeh saja gaya siap dengan sling bag, tetapi apa motif dia nak menghina aku yang naik motosikal ini? 

“Tahulah naik kereta mewah tetapi itu bukan tiket untuk kau menghina orang sesuka hati saja. Semua orang mencari rezeki yang halal weh. 

“Tapi itulah, harga mungkin menggunung, mampu memiliki kereta besar, gaji pun besar agaknya tetapi tiada keperluan nak menghina orang sesuka hati. Harta banyak tetapi kalau mentaliti kelas bawahan, boleh campak ke tong sampah,” tulisnya. 

Hormatilah pekerjaan orang lain. Jangan anggap diri itu berkuasa apabila berada di atas atau lebih kaya dari mereka yang bergaji sederhana. Ada masanya kita akan berada di bawah juga. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

‘Baru study mak bapak bagi kereta dan duit poket setiap bulan, itu kau kata struggle?’


Kebanyakan anak-anak muda zaman ini terlalu dimanjakan sehingga terlupa cara untuk berdikari. Apabila disuruh berusaha sedikit untuk mendapatkan sesuatu, mulalah mereka merungut dan memberikan pelbagai alasan.

Namun bila dipandang pada gaya hidup mereka, langsung tidak kelihatan seperti orang susah seperti mampu berbelanja di kedai atau restoran mahal, memiliki gajet mewah dan sebagainya.

Tetapi apakah maksud struggle yang sebenarnya? Ini pandangan Suhaila Adam yang patut anda hadamkan.

Kau belum habis study lagi mak bapak dah bagi sebuah kereta dan duit poket setiap bulan. Bila sudah habis study, pergi temuduga di mana-mana naik kereta, dapat kerja. 

Bila nak sewa rumah, deposit rumah sewa pun mak bapak support lagi. Nak tunggu gaji pertama, duit poket mak bapak dah hulurkan dulu. 

Weekend, kau pergi melepak sana sini, makan di kafe hipster yang menu air sirapnya pun harga RM7.00. Itu yang kau kata struggle? Kat mana yang kau struggle dengan hidup kalau purse kau tak pernah tak ada duit? 

Orang yang ke hulur ke hilir naik bas, KTM, LRT segala macam pengangkutan awam sampai mencecet-cecet peluh semata-mata nak pergi temuduga, itu baru orang panggil struggle. 

Kau pernah kira duit syiling nak bayar nasi bujang? Tak pernah kan? Tak payah nak sembang kata kau orang susah. Tolong bersyukur sikit, boleh?

Kau sedar tak, ada orang yang terpaksa berhenti study sebab tak ada duit. Ini aku ulang, berhenti study sebab tak ada duit. 

Hidup ini jangan pandang langit sangat. Tunduk sikit tengok bumi, reti? Sekian. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih