Kejutan Shila Amzah buat suami pada majlis resepsi


PENYANYI Shila Amzah dan pasangannya Haris Idraki Elias mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Putrajaya, malam tadi.

Bertemakan perhiasan China ketika era 60-an atau ‘Chinoiserie’, majlis resepsi tersebut dihadiri kira-kira 800 tetamu yang  terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan daripada kedua-dua keluarga mempelai.

Bak puteri raja, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah memukau hadirin dengan gaun hitam yang direka khas oleh pereka kegemarannya manakala puteranya Haris segak dengan sut hitam yang sedondon.

Shila dan suaminya Haris Idraki pada majlis resepsi di sebuah hotel di Putrajaya pada malam Ahad.

Majlis resepsi ini turut dimeriahkan dengan persembahan lagu Mandarin terbaharu Shila, ‘If We Are Getting Old’ buat pilihan hatinya sebagai tanda penyatuan cinta mereka.

Bukan itu sahaja, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kejutan oleh kumpulan Ruffedge yang menyanyikan lagu Bila Rindu buat Shila dan pasangannya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Rakan-rakan artis yang hadir  termasuk pengacara Fara Fauzana, Jihan Muse dan pelakon, Zarazya.

Anggap dakwaan kahwin di Thailand kelakar Bienda dedah lokasi sebenar majlis pernikahan



Selepas lapan tahun, Bienda akhirnya mendedahkan punca dia berkahwin dalam diam sehingga kini mempunyai dua cahaya mata.

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Penantian ini memberitahu dia bersama suami berusaha kumpul duit sendiri untuk bernikah pada tahun 2009 sebelum mengadakan resepsi setahun selepas itu.

“Masa itu apabila orang tanya kenapa nikah gantung, takkan saya nak cakap tiada duit. Walaupun saya anak perempuan tapi saya tidak mahu menyusahkan mak, ayah atau suami,” katanya kepada Astro Gempak.

Jelasnya, pada masa itu dia tidak menafikan mahupun menidakkan berita dia sudah berkahwin.

“Tujuan saya dengan suami tak nak susahkan keluarga. Jadi, kami sama-sama ‘struggle’ masa nikah awal-awal.

“Saya berniaga di Downtown Cheras jual tudung kemudian kami simpan duit pada setiap tahun untuk akad nikah pada tahun pertama dan tahun kedua untuk majlis persandingan,” katanya.

Sebagai persediaan masa depan, penyanyi berusia 33 tahun ini mengambil keputusan membeli rumah selepas berkahwin.

“Ada cerita kelakar saya berkahwin di Thailand tapi sebenarnya di Gombak dekat rumah mak. Untuk kehidupan Bienda, suami adalah orang yang sangat penting yang banyak menyokong saya.

“Pada semua yang ada perancangan nak berkahwin tak payah membazir, dahulukan yang wajib, simpan duit beli rumah,” katanya.

Harry dan Meghan sedih Michelle Obama tidak akan hadir majlis perkahwinan



PASANGAN diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle sedih kerana Michelle Obama tidak akan menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan Mirror UK, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) itu merupakan individu yang memperkenalkan Harry kepada Meghan.

Putera Harry, 33 tahun, dan bekas presiden AS, Barack Obama, merupakan kawan baik sejak 2015 semasa Obama masih bertugas di White House.

Laporan itu menyatakan, perkahwinan tersebut tidak akan berlangsung tanpa Michelle dan itu merupakan sebab utama untuk menjemput mereka.

Harry juga dilaporkan tidak gembira sebab itu diabaikan.

Tambah laporan itu, jika keluarga Obama dijemput, ia akan menyebabkan masalah diplomatik kepada kerajaan.

Umum mengetahui bahawa Harry dan Meghan tidak gemar pada Presiden AS, Donald Trump, dan dengan mengundang keluarga Obama tanpa mengundang Trump, boleh mencetuskan kekecohan.

Difahamkan, pasangan diraja itu kini memahami situasi berkenaan tetapi masih berasa sedih.

Minggu ini, disahkan bahawa keluarga Obama, Presiden Trump dan Perdana Menteri Britain, Theresa May tidak akan hadir kepada majlis perkahwinan diraja itu.

Mengikut protokol, Harry dan Meghan tidak wajib menjemput pemimpin politik kerana Harry bukan waris paling utama dalam senarai untuk menjadi Raja Britain berikutnya.

Harry berada di tempat kelima bagi menaiki takhta dan bakal beralih kepada tempat keenam selepas anak ketiga Putera William dilahirkan.

Siti Aafiyah tak lekang senyum Lihat foto menarik sekitar majlis


SABAR itu indah! Penantian 11 tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza terjawab apabila beliau dikurniakan cahaya mata sulung pada 19 Mac lalu.

Siti menamakan sementara anaknya sebagai Fatimah Az Zahra sebelum mengumumkan nama sebenar puteri sulungnya Siti Aafiyah Khalid malam tadi.

Sempena majlis Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik yang berlangsung di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, Siti turut mendedahkan wajah suri hatinya secara rasmi kepada tetamu dan wakil media.

Yang penting, momen manis itu seperti dirasai sendiri oleh Siti Aafiyah yang tidak langsung merengek, membenarkan diri dibelai dan wajahnya sentiasa menguntum senyum!

“Kadang-kadang apabila saya panggil Fatimah Az Zahra dia senyum, panggil Aafiyah pun dia senyum juga.

“Alhamdulillah, dia sentiasa senyum. Saya harap bayi saya ini akan sentiasa senyum. Happy baby!” kata Siti.

Apa kata kita saksikan momen-momen indah yang dikongsikan Siti bersama keluarga dan peminatnya malam tadi.












Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @kakifoto_, @ctdk

Penampilan isteri tidak seperti didamba peserta realiti TV mencarut di majlis perkahwinan



SEORANG lelaki yang merupakan peserta rancangan realiti televisyen di Australia, tidak dapat menahan rasa kecewa apabila melihat wanita yang dipilih produksi penerbitan untuk menjadi isterinya.

Lelaki bernama Sean D itu merupakan peserta rancangan realiti Married At First Sight, sebuah program di mana peserta akan dikahwinkan dengan lelaki atau wanita yang tidak dikenali, yang dipilih berdasarkan ciri-ciri yang telah diberikan.

Dalam deskripsi yang diberikan kepada produksi, Sean, 38 tahun, memberitahu dia mahukan seorang wanita yang “kelakar, setia, fun, tidak takut mencuba sesuatu yang baru dan boleh dipercayai”.

Biarpun wanita yang dipilih, Jo, seorang ibu tunggal berusia 39 tahun, menepati kriteria yang diberikan, namun Sean tetap tidak berpuas hati.

Dalam majlis perkahwinan yang disiarkan di saluran Nine Network itu, Sean dilihat menuturkan perkataan “s***” ketika pengantin perempuan berjalan ke arahnya.

Lebih teruk, Sean langsung tidak mampu menahan dirinya daripada mempamerkan reaksi kecewa sepanjang majlis berlangsung.

Portal berita The Sun melaporkan, Sean memberitahu produksi, dia tidak gembira dengan pemilihan Jo.

“Dia (Jo) bukan seperti yang saya bayangkan. Saya tidak merasai perasaan yang sepatutnya saya rasa,” kata Sean.

Jo bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.

“Sean nampak jujur. Saya sukakannya.

“Saya dapat lelaki yang mempunyai ciri yang saya inginkan. Saya rasa macam menang loteri!” kata Jo gembira.

Memasuki musim kelima, rancangan itu sudah ‘menyatukan’ 24 pasangan, namun hanya dua yang masih kekal sebagai suami isteri.

Kesemua pasangan tidak saling mengenali, sebaliknya hanya bertemu pada hari perkahwinan mereka.

Majlis akikah anak Jovian dan Nina Ismail Sabri meriah macam kenduri kahwin



MAJLIS akikah anak pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie iaitu Jeannelle Nika Mandagie diadakan dengan meriah semalam.

Berlangsung di dewan Menara FELDA Platinum KL, majlis akikah yang lengkap dengan pelamin gah itu diadakan seperti kenduri kahwin.

Jovian dan isteri, Nina Ismail Sabri serta anaknya sedondon manis memakai baju bertema ungu.

Menerusi foto dan video yang dikongsikan dengan hashtag #JNMAqiqah, majlis itu dihadiri oleh ramai tetamu.

Majlis itu bermula sebaik sahaja Jovian dan isteri membawa anaknya masuk ke dewan terus naik ke pelamin yang tersergam indah.

Ramai rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut seperti Yusry Abdul Halim, Umie Aida, Daphne Iking, Tya Ariffin dan ramai lagi.

Jom kita layan foto dan video kemeriahan sepanjang majlis itu berlangsung: