Harry dan Meghan sedih Michelle Obama tidak akan hadir majlis perkahwinan



PASANGAN diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle sedih kerana Michelle Obama tidak akan menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan Mirror UK, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) itu merupakan individu yang memperkenalkan Harry kepada Meghan.

Putera Harry, 33 tahun, dan bekas presiden AS, Barack Obama, merupakan kawan baik sejak 2015 semasa Obama masih bertugas di White House.

Laporan itu menyatakan, perkahwinan tersebut tidak akan berlangsung tanpa Michelle dan itu merupakan sebab utama untuk menjemput mereka.

Harry juga dilaporkan tidak gembira sebab itu diabaikan.

Tambah laporan itu, jika keluarga Obama dijemput, ia akan menyebabkan masalah diplomatik kepada kerajaan.

Umum mengetahui bahawa Harry dan Meghan tidak gemar pada Presiden AS, Donald Trump, dan dengan mengundang keluarga Obama tanpa mengundang Trump, boleh mencetuskan kekecohan.

Difahamkan, pasangan diraja itu kini memahami situasi berkenaan tetapi masih berasa sedih.

Minggu ini, disahkan bahawa keluarga Obama, Presiden Trump dan Perdana Menteri Britain, Theresa May tidak akan hadir kepada majlis perkahwinan diraja itu.

Mengikut protokol, Harry dan Meghan tidak wajib menjemput pemimpin politik kerana Harry bukan waris paling utama dalam senarai untuk menjadi Raja Britain berikutnya.

Harry berada di tempat kelima bagi menaiki takhta dan bakal beralih kepada tempat keenam selepas anak ketiga Putera William dilahirkan.

Gereja St. George menjadi pilihan Putera Harry Meghan Markle


WINDSOR: Putera Harry dan tunangnya Meghan Markle, bakal melangsungkan perkahwinan di Gereja St. George, Windsor Castle, Kensington Palace.

Majlis diraja itu akan dikendalikan oleh Dean of Windsor, the Right Reverend David Conner dan bakal disatukan oleh Paderi Canterbury, Justin Welby.

Selepas disatukan, Putera Harry dan Meghan akan berarak bagi meraikan hari istemewa mereka, kata istana.

Perarakan itu akan berakhir di Windsor Castle, di mana pasangan itu akan menyertai tetamu untuk majlis resepsi di St George’s Hall.

BACA: Putera Harry dan Meghan Markle disatukan 19 Mei 2018

Majlis diraja itu akan dikendalikan oleh Dean of Windsor, the Right Reverend David Conner dan bakal disatukan oleh Paderi Canterbury, Justin Welby. - REUTERS
Istana turut memaklumkan, detik itu amak dinantikan pasangan berkenaan dan tidak sabar untuk berkongsi dengan rakyat jelata.

“Mereka sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan dan mendoakan mereka sejak pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka,” tambah istana.

Putera Harry dan Meghan bakal melangsungkan perkahwinan pada 19 Mei ini.

Putera Harry dan Meghan Markle bakal melangsungkan perkahwinan di Gereja St. George, Windsor Castle, Kensington Palace. - REUTERS

Kakak Meghan Markle bidas komen Putera Harry



SALAH sebuah komen yang dibuat Putera Harry seperti tidak disenangi kakak kepada tunangnya, Meghan Markle, hinggakan Samantha Markle terpaksa membidasnya di Twitter.

Dalam temu bual bersama BBC, Putera Harry berkongsi pengalaman menyambut perayaan Krismas bersama Meghan dan seluruh kerabat keluarga diraja.

“Dia (Meghan) memang menikmati detik-detik bersama keluarga saya dan mereka gembira dengan kehadirannya (Meghan).

“Kami mempunyai keluarga yang sangat besar. Dia (Meghan) berjaya menharungi detik bersama keluarga saya dengan baik sekali. Ini boleh diumpamakan sebagai keluarga yang dia tidak pernah miliki,” ujar Harry.

Selepas seorang wartawan dari Daily Express London, memuat naik baris terakhir Harry di laman Twitter, Samantha terus memberi respons kepadanya.

Samantha melalui Tweetnya berkata: “Sebenarnya, dia (Meghan) mempunyai keluarga yang besar yang sentiasa bersamanya. Kami mempunyai rumah yang kecil. Bila ayah dan Doria berpisah, kami sentiasa berada di sisinya supaya Meghan mempunyai dua rumah. Tiada siapa yang ditinggalkan, dia yang tiada masa. Bacalah buku saya, ia dilengkapi fakta dan gambar.”

Dalam Tweet seterusnya, Samantha berkata “Keluarga Meg (keluarga kami) lengkap dengan kakak, abang, ibu saudara, bapa saudara, sepupu dan keluarga kami sentiasa bersama kerana ayah kami yang sentiasa berkorban untuk orang lain. Dia (Meghan) sentiasa mempunyai keluarga ini. Perkahwinan ini hanya akan meluaskan apa yang sedia ada.”

Sementara itu, Samantha juga dilaporkan bakal menerbitkan buku berjudul “The Diary of Princess Pushy’s Sister” di mana beliau melalui Tweet berkata akan menceritakan kehidupan di rumah asal Meghan.

Istana Kensington siar gambar rasmi pertunangan Putera Harry Meghan Markle


LONDON: Istana Kengsinton mengeluarkan gambar-gambar rasmi bagi meraikan pertunangan Putera Harry dan Meghan Markle.

Potret hitam putih pasangan itu disiarkan bersama gambar berwarna yang menampilkan Harry dan Meghan duduk sambil memegang tangan.

Imej hitam putih pasangan ini tersenyum dirakam di sekitar kediaman di Frogmore House, Windsor.

Meghan memakai baju panas berwarna putih, memegang wajah Putera Harry dengan cincin pertunangannya jelas kelihatan.

Gambar rasmi pertunangan Putera Harry dan Meghan Markle - foto Alexi Lubomirski/AP

Satu lagi imej menampilkan pasangan itu dalam pakaian lebih formal, dengan Putera Harry memakai sut berwarna biru gelap, sementara Meghan memakai gaun labuh hitam bersulam emas oleh rumah fesyen terkenal British, Ralph and Russo.

Kedua-dua imej ini dirakamkan oleh jurugambar fesyen terkemuka Alexi Lubormirski, awal minggu ini di Frogmore House, Windsor.

Istana Kensington turut menyiarkan gambar ketiga, sebagai tanda terima kasih atas ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Gambar rasmi pertunangan Putera Harry dan Meghan Markle - foto Alexi Lubomirski/AP

Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan di gereja St George, Istana Windsor, Mei tahun depan.

Putera Harry dan Meghan mengesahkan pertunangan mereka November lalu.

Mereka diperkenalkan kenalan menerusi satu temujanji rahsia pada 2016.

Perkahwinan diraja Britain Siapa pengapit Meghan Markle



MAJLIS perkahwinan diraja yang ditunggu-tunggu bagi mengikat tali percintaan di antara Putera Harry dan pasangan pilihannya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle bakal berlangsung tahun depan.

Menurut sumber yang dipetik E! News, Harry dikatakan sudah memohon kebenaran agar abangnya Putera William, menjadi pengapitnya pada majlis yang dijadual berlangsung pada Mei tahun hadapan di Istana Windsor.

Selain William dan isterinya Kate Middleton, anak-anak mereka Putera George dan Puteri Charlotte juga dikatakan akan menjadi individu penting pada majlis itu nanti.

Persoalannya, siapa pula yang bakal menjadi pengapit pengantin perempuan?

Apa yang pasti, Middleton bukan calon yang sesuai. 

Memandangkan Duchess of Cambridge itu sudah berkahwin, ia menjadikan beliau kurang sesuai ekoran tugasan sebagai pengapit, secara tradisinya, khusus buat wanita bujang.

Selain itu, Middleton yang juga sedang hamil anak ketiga bakal melahirkan anak pada April depan, beberapa minggu sebelum upacara perkahwinan diraja itu.

Justeru, pengapit Markle masih menjadi tanda tanya.

Namun, ada spekulasi yang mengatakan kemungkinan bintang tenis dunia, Serena Williams, pelakon Bollywoood, Priyanka Chopra, atau rakan-rakan pelakon Hollywood lain, malah Puteri Charlotte sendiri boleh jadi pengapit Markle.

Putera Harry Meghan Markle bertunang



PUTERA Harry dan Meghan Markle dilaporkan sudah bertunang.

Perkara itu disahkan sumber kerabat Diraja Britain yang dipetik Sunday Express.

“Satu mesyuarat diadakan pada Jumaat lalu bagi mengesahkan mengenai pertunangan pasangan berkenaan serta mengumumkannya kepada kakitangan Istana Buckingham dan Kensington,” kata sumber itu lagi.

Menurutnya, kini terpulang kepada pasangan itu untuk memutuskan bila akan mengumumkan secara rasmi pertunangan mereka.

“Apa yang penting adalah Ratu Elizabeth telah memberikan restu Baginda kepada pertunangan berkenaan,” katanya sumber itu.

Sumber itu turut menjelaskan, pengumuman rasmi mengenai pertunangan Putera Harry bakal dibuat dalam dibuat pada bila-bil masa, seawal minggu depan atau awal tahun depan.

Pengesahan itu sekali gus menamatkan spekulasi berbulan lamanya mengenai status hubungan mereka.

Putera Harry dan Meghan telah menjalinkan hubungan sejak 16 bulan lalu.

Pasangan berkenaan, dilaporkan sebelum ini telah berbincang beberapa kali mengenai perkahwinan mereka.

Putera Harry juga telah bertemu dengan ibu Meghan, Doria Ragland, tahun lalu.