Harry dan Meghan sedih Michelle Obama tidak akan hadir majlis perkahwinan



PASANGAN diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle sedih kerana Michelle Obama tidak akan menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan Mirror UK, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) itu merupakan individu yang memperkenalkan Harry kepada Meghan.

Putera Harry, 33 tahun, dan bekas presiden AS, Barack Obama, merupakan kawan baik sejak 2015 semasa Obama masih bertugas di White House.

Laporan itu menyatakan, perkahwinan tersebut tidak akan berlangsung tanpa Michelle dan itu merupakan sebab utama untuk menjemput mereka.

Harry juga dilaporkan tidak gembira sebab itu diabaikan.

Tambah laporan itu, jika keluarga Obama dijemput, ia akan menyebabkan masalah diplomatik kepada kerajaan.

Umum mengetahui bahawa Harry dan Meghan tidak gemar pada Presiden AS, Donald Trump, dan dengan mengundang keluarga Obama tanpa mengundang Trump, boleh mencetuskan kekecohan.

Difahamkan, pasangan diraja itu kini memahami situasi berkenaan tetapi masih berasa sedih.

Minggu ini, disahkan bahawa keluarga Obama, Presiden Trump dan Perdana Menteri Britain, Theresa May tidak akan hadir kepada majlis perkahwinan diraja itu.

Mengikut protokol, Harry dan Meghan tidak wajib menjemput pemimpin politik kerana Harry bukan waris paling utama dalam senarai untuk menjadi Raja Britain berikutnya.

Harry berada di tempat kelima bagi menaiki takhta dan bakal beralih kepada tempat keenam selepas anak ketiga Putera William dilahirkan.

Hebatnya penangan Black Panther sampai Michelle Obama turut teruja



BEKAS wanita pertama Amerika Syarikat (AS) Michelle Obama memuji filem Black Panther.

Menurut Michelle, filem arahan Ryan Coogler ini bukan sekadar hiburan tetapi mampu cetus inspirasi kepada setiap insan tanpa mengenal latar belakang.

Menerusi twitternya, Michelle mengucapkan tahniah kepada seluruh produksi Marvel Movie atas kejayaan menerbitkan filem ini.

Black Panther menurut Michelle bukan sekadar kisah adiwira tetapi pemangkin kepada setiap individu untuk melihat semangat keperwiraan dan kenberanian yang ada dalam jiwa mereka.

Selain Michelle, filem ini turut mendapat pujian ikon penyiaran terkemuka Oprah Winfrey yang menyifatkan ia sebagai satu fenomena.

Ditayangkan kurang seminggu lalu, Black Panther yang disifatkan sebagai ‘wajah baharu’ filem adiwira sehingga Isnin lepas berjaya mengaut kutipan AS$387 juta di pasaran global.

Sebut Malaysia dan Langkawi peminat teruja penampilan Michelle Yeoh dalam Star Trek



USAHA mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan melintasi “angkasa” apabila satu daripada dialog dalam siri televisyen sains fiksyen terbitan Amerika Syarikat, Star Trek: Discovery menyebut nama Langkawi.

Nama Kapten Philippa Georgiou tiba-tiba menjadi sebutan di Langkawi, bukan sahaja sebagai pelaut terkenal yang baru membuat pendaratan tetapi dalam siri televisyen tersebut, beliau menyatakan beliau berasal dari pulau itu.

Georgiou sebenarnya ialah watak yang dilakonkan oleh pelakon superstar Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh dalam siri televisyen itu dan apabila dia menyebut Langkawi dalam salah satu adegan, ia membangkitkan kegembiraan di kalangan penduduk Langkawi dan klip videonya telah tular di media sosial.

Dialog yang menyebut nama Langkawi, walaupun sekejap adalah promosi yang baik dan menarik lebih minat untuk datang ke pulau itu, kata Setiausaha Pertubuhan Usahawan Bumiputera Langkawi (USAHABUMI), Ahmad Phisol Ishak.

“Ia benar-benar sangat baik untuk usaha mempromosi Langkawi dan dihargai supaya lebih ramai pelancong akan datang,” kata beliau kepada Bernama.

Bagi pemain industri pelancongan, Ilias Ismail, 54, dialog yang menyebut Langkawi dalam siri itu memberi kepuasan kepadanya memandangkan siri Star Trek sangat diminati ramai dan juga Yeoh adalah seorang superstar antarabangsa.

“Kami telah menerima kunjungan pelancongan dari Rusia, United Kingdom dan China. Penampilan Michelle Yeoh dalam siri itu akan menjadikan Langkawi lebih terkenal,” kata beliau.

Selain menjadi destinasi pilihan untuk pelancong dari seluruh dunia, Langkawi yang kaya dengan keindahan semulajadi menjadi lokasi pilihan bagi pengembaran filem oleh pembikin filem dan pengeluar siri televisyen dari dalam dan luar Malaysia.

— BERNAMA