Kenyataan saya akan undi Trump Shania Twain mohon maaf



IKON muzik Country, Shania Twain membuat permohonan maaf selepas secara terbuka selepas mengaku akan mengundi Donald Trump sebagai presiden, sekiranya dia seorang warganegara Amerika Syarikat.

Menerusi akaun media sosial, Twain, pemegang kewarganegaraan Kanada, mengakui kesilapannya membuat kenyataan yang tersebut yang disifatkan sebagai tidak kena tempat.

“Saya mohon maaf jika jawapan itu tidak menyenangkan. Saya hanya cuba menerangkan situasi tentang pilihan raya tersebut, dan komen saya merujuk Trump sebagai seorang yang senang didekati rakyat, bukan sebagai ahli politik.

“Tetapi saya akui komen itu tidak kena tempat, dan ia bukan bermakna saya menyokong nilai yang dibawa Trump sekarang,” tulisnya.

Portal berita, The Guardian pada Sabtu mengeluarkan satu temubual dengan Twain yang antara lainnya membicarakan tentang pendapatnya tentang situasi politik.

Dalam jawapannya, Twain, yang merupakan salah seorang bintang Country dengan jualan album tertinggi dalam sejarah, memaklumkan dia akan memilih Trump pada pilihan raya AS pada 2016, kerana “walaupun bermulut lancang, tetapi Trump seorang yang jujur.”

Ia menerima kritikan peminat, terutama di AS yang tidak sependapat dengan Twain.

“Saya hilang hormat terhadap Shania Twain. Donald Trump jujur? Dia manusia paling banyak tipu muslihat,” kata pengguna Twitter, @mrmetacrisis.

TERKINI Nurliyana Kritikal.. Mohon Doakan…


PESAKIT Para Tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, yang sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian lehernya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini berada dalam keadaan kritikal berikutan beberapa komplikasi.

TERKINI Nurliyana Kritikal.. Mohon Doakan...
TERKINI Nurliyana Kritikal..  Mohon Doakan…

Read more »

The post TERKINI Nurliyana Kritikal.. Mohon Doakan… appeared first on Berita Viral.

16 Baris Tak sangka dibanjiri ribuan peminat Joe Flizzow mohon maaf



KUALA LUMPUR : Susulan berita showcase 16 Baris yang julung-julung kali dipersembahkan secara percuma di The Bee, Publika yang dikatakan tidak dapat menampung jumlah peminat yang hadir, Joe Flizzow selaku penganjur tampil menjelaskan situasi dan memohon maaf. 

Menurut Joe, perkara yang terjadi berlaku di luar kawalan pihak pengurusan dan mereka tidak menjangkakan ribuan peminat akan hadir malam ini (Sabtu).

“Ini merupakan showcase pertama yang kami persembahkan dan kami tidak menjangka ribuan peminat yang hadir kerana kami telah mengumumkan bahawa first come, first served.

“Apa yang penting buat masa ini adalah keadaan dapat dikawal dan saya bersyukur tiada siapa yang tercedera.

“Selepas dengar apa yang berlaku di luar, perkara utama yang saya pastikan adalah tiada kaum wanita mahupun anak-anak kecil yang tercedara,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dalam pada itu, Joe turut menjelaskan mengapa The Bee menjadi platform untuk showcase pertama ini.

BACA: 16 Baris: Tempat persembahan tak mampu tampung limpahan peminat hip hop?

“Ini kerana kami tidak mempunyai dana yang mencukupi. Bajet kami adalah terhad dan persembahan ini tiada sponsorship. Jika ada dana yang banyak, kami (pihak pengurusan) akan pilih pentas yang lebih besar.

“Saya ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku malam ini. Apa yang terjadi merupakan perkara di luar kawalan,” jelasnya.

Dengan sambutan yang menggalakkan ini, Joe selaku penganjur berkata 16 Baris mungkin akan tampil dengan showcase kedua.

“Jika kami mempunyai dana yang mencukupi, kami pasti akan merancang sesuatu yang lebih besar untuk showcase kedua,” katanya.

AME2018 Saya gugup – Khai Bahar mohon maaf



PENYANYI muda Khai Bahar memohon maaf atas kecacatan persembahan lagu Luluh pada pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2018) malam tadi.

Kata Khai dia akui kesilapan itu datang daripada dirinya sendiri yang terlampau gugup hingga mengganggu konsentrasinya.

“Saya mohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang persembahan saya, sebagai penyanyi pastinya kita mahukan yang terbaik.

“Memang setiap kali saya perlu tampil di pentas berskala besar saya akan gugup. Itulah kelemahan saya.

“Tiada sebarang masalah teknikal pun sebab dari rehearsal lagi semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah,” katanya kepada Astro Gempak.

Persembahan Khai dalam segmen ketiga berkongsi pentas dengan Haqiem Rusli dan Ismail Izzani mendapat kritikan netizen yang tidak mendengar suaranya dengan jelas.

Malah, netizen menyifatkan nyanyian Khai malam tadi ‘tidak masuk’ dengan muzik.

Khai mendominasi AME2018 dengan membolot tiga anugerah iaitu Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP dan Top Top MeleTOP Lelaki.

Teks oleh: Amri Hassan

‘Saya tiada pilihan selain terpaksa mohon bantuan rumah PPR’ – Uji Rashid tampil beri penjelasan


“Saya tiada pilihan selain terpaksa memohon bantuan rumah daripada Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebagai tempat berteduh,” demikian luahan penyanyi veteran, Uji Rashid atau nama sebenar, Fuziah Haroun Al Rashid. 

Semalam, beritanya diberi ‘kelulusan khas’ untuk mendapat bantuan (menepati syarat) PPR oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, viral dan menjadi bualan hangat netizen di media sosial. 

Dalam status yang dimuat naik oleh Tan Sri Noh Omar berkata, Uji dan keluarganya diminta keluar dari rumah sewa di Ampang atas sebab yang menyedihkan. 

Bagaimanapun, Uji berasa sedih apabila mengetahui beritanya diusir dari rumah sewa itu viral di media sosial, sedangkan mereka sekeluarga belum lagi diusir seperti yang dilaporkan. 

“Saya, anak dan cucu belum lagi kena usir. Tetapi dalam keadaan sekarang, saya merasakan tidak mampu menyewa rumah dengan bayaran tinggi. Saya berpijak di bumi nyata, saya harus mencari rumah yang mampu milik. 

“Diakui sewa rumah pernah tertunggak ketika Cico jatuh sakit tahun lalu. Namun saya berusaha melunaskannya kerana tidak mahu kena halau. 

“Duit simpanan banyak dikeluarkan untuk rawatan Cico. Jadi, kadang kala saya tidak cukup duit untuk membawa sewa,” katanya yang juga menambah keadaan Cico yang agak teruk dan memerlukan perhatian. 

Keadaan itu juga menyebabkan Uji tepaksa menolak tawaran keraja bagi menumpukan perhatian kepada satu-satunya zuriatnya. 

“Kesusahan saya, hanya Tuhan saja yang tahu. Tidak sampai hati meninggalkan anak yang menderita sakit. Saya masih berulang alik ke hospital menemani Cico menjalani pelbagai terapi dan rawatan setiap hari. 

“Cico semakin sihat tetapi dia masih tidak boleh bercakap, menulis mahupun membaca. Saya terpaksa menjaganya seperti anak kecil,” katanya. 

Uji bagaimanapun bersyukur Tan Sri Noh Omar memberi kelulusan khas kepada permohonannya dengan segera dan juga menjelaskan bahawa dia telah berusaha untuk membuat permohonan bantuan rumah PPR itu sejak beberapa bulan lalu tanpa bantuan mana-mana persatuan. 

“Sebenarnya, saya sudah membuat permohonan rumah PPR sejak beberapa bulan lalu. Saya berusaha sendiri tanpa bantuan mana-mana persatuan. Saya turun naik pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beberapa kali. 

“Dengan bantuan seorang rakan yang juga kenalan baik Noh, permohonan saya diluluskan segera. Usaha saya untuk mendapatkan rumah tidak melalui mana-mana persatuan. 

“Saya mahu berpindah segera kerana tidak mampu lagi membayar sewa rumah dengan harga tinggi. Insya-Allah saya akan berpindah ke rumah PPR dalam masa terdekat. 

“Noh memberi pilihan beberapa kawasan di sekitar Puchong dan Jinjang. Beliau juga meminta saya melihat lokasinya terlebih dulu sebelum membuat keputusan,” katanya. 

BERITA BERKAITAN:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Caj lokasi penggambaran di Putrajaya naik persatuan mohon penjelasan



PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) memohon penjelasan pihak Perbadanan Putrajaya mengenai keputusan kenaikan kadar caj bagi penggunaan lokasi penggambaran di kawasan itu.

Menurut presiden PTVM, Datuk Jurey Latif Rosli, berkata peningkatan caj tersebut akan memberi kesan kepada kos penerbitan yang semakin tinggi.

“Pihak Persatuan Penerbit Televisyen mahukan penjelasan di atas keputusan Perbadanan Putrajaya menaikkan kadar caj bagi penggunaan lokasi penggambaran di Putrajaya berkuat kuasa 1 Jan 2018.

“Peningkatan caj ini terpaksa ditanggung syarikat penerbitan dan ianya sudah tentu meningkatkan kos penerbitan.

“Putrajaya adalah lokasi yang menarik bagi memaparkan imej negara sudah tentu menjadi tumpuan syarikat penerbitan. 

“Pihak persatuan berharap Perbadanan Putrajaya dapat menangguhkan serta mengadakan berbincang dengan Persatuan Penerbit Televisyen bagi mencari kaedah penetapan caj dengan mengambil kira harga pembelian program TV masih rendah dan kos semakin meningkat,” katanya.

Menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Perbadanan Putrajaya pada Khamis, kadar baharu bagi permohonan penggambaran di kawasan platinum dikenakan RM5,000 sehari.

Manakala lain-lain kawasan sebanyak RM2,000 sehari dan deposit pada kadar rata sebanyak RM5,000 bagi setiap permohonan.