‘Mad, nenek ni, nak masuk boleh?’ – Dalam keadaan mamai, Amad jemput ‘neneknya’ masuk


HAI rakan puaka sekalian. #storypuaka malam ini adalah tentang kawan aku yang bernama Amad (bukan nama sebenar). 

Aku kenal Amad sebab dia selalu ajak lepak mamak masa diploma dulu. Masa tu aku dah lama tak nampak hantu sebab aku ada belajar cara tutup hijab. Cuma adakalanya bila letih atau takut, hijab akan terbuka sendiri. 

Weekend jam 9 malam, masa itu kami berdua lepak tengok bola di mamak. Tiba-tiba dia berbisik, “Mal, nak tengok hantu?” 

Aku jeling si Amad. Aku ingat dia bergurau sebab dia jenis semua benda nak buat gurau. Time member bengang, dia boleh kentut dalam plastik dan tekup di muka member tu. Dasar bengap nak buat macam mana kan? 

Kemudian dia cakap, “Dia tengah mencangkung sebelah pakcik yang duduk di meja bawah kipas tu. Aku rasa itu saka dia,” katanya. 

“Macam mana rupa ‘dia’?” soal aku. 

“Rambut panjang, berbaju kurung lama, berkain batik compang-camping. Tengah mencangkung di atas lantai sambil mulutnya terkumat-kamit. Kulit muka tersiat-siat, berbadan lonjong tinggi,” katanya. 

Amboi, tak terhantuk kipas ke kalau dia berdiri? Itu aku tak tahu. 

Aku tengok pakcik itu, tak nampak apa-apa. Pakcik itu bukan main lagi berselera makan nasi seorang diri sambil bermain telefonnya. Aku syak dia tengah main Candy Crush sebab muka dia macam sedang mengalami tekanan. Aku abaikan Amad. 

Balik UITM, aku ajak Amad lepak bilik sebab roomate aku semua balik. Bilik aku atas bukit, buka tingkap terus terpampang bukit bukau. Nice gila! 

Kami berborak sambil makan kuaci. TIba-tiba angin bertiup kuat semacam. Sekali harung selepas itu semuanya senyap. Langsir berkibar ibarat bendera Malaysia berkibar masa ribut.

“Wah! Besar betul benda yang lalu tadi,” kata Amad. 

Ha sudah!? Apa benda pula dia merepek ni? Dalam hati aku tengah tahan daripada mencarut. Mungkin inilah perasaan member aku time tengah lepak kemudian tiba-tiba aku tegur ‘benda’ tu. Damn! Patutlah dulu aku tak ramai kawan. 

Bila dah tenang, aku mula interview dia, macam mana dia boleh nampak benda-benda seperti itu. Kemudian dia buka cerita. Masa dia berumur lima tahun, arwah nenek Amad ada membela saka. Dalam jam 10 malam, neneknya nazak. Arwah nenek Amad susah meninggal sebab seperti ada sesuatu yang block roh neneknya keluar daripada badan. 

Bila dipanggil ustaz untuk ruqyah, ustaz itu cakap yang saka nenek ini tidak mahu melepaskan rohnya sebab nanti dia akan terbiar dan tiada orang nak jaga. 

Masa itu, Amad saja budak yang berani duduk di sebelah arwah nenek. Sepupu sepapat yang sebaya semuanya duduk di luar rumah atau dalam bilik sebab ketakutan. Masa itu, arwah nenek duk mengilai, meracau sambil bercakap. 

“Aku tak akan lepaskan! Aku pegang dia sampai ada yang terima aku!” 

Ustaz cadang untuk buka atap bagi memudahkan pelepasan saka sebab malam makin lewat. Kalau dibiar semakin lama, nanti kasihan pada jenazah. 

Macam mana nak buka atap? Pernah tengok cerita jangan pandang belakang yang babak dia buka atap itu? Situasinya lebih kurang seperti itu. 

Dalam jam 12 malam, buka atap. Ada 2-3 orang saudara Amad yang standby di atas bumbung untuk tutup zink selepas selesai. Selepas atap dibuka, ustaz berbisik sesuatu pada arwah. 

Nafas yang berat, mata hitam menjadi putih, mulut arwah ternganga seperti menahan azab cabutan roh. Di luar rumah tiupan angin sangat kuat! Pokok di sekeliling bergoyang! Mak-mak saudara semua panggil anak yang berada di luar masuk! Masing-masing berpelukan ketakutan. Takut tiba-tiba pontianak yang dilepaskan tiba-tiba muncul di belakang. Masing-masing baca Surah Yassin dengan kuat! 

Selepas itu, arwah perlahan-lahan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Selepas ustaz melaungkan azan, angin kembali pulih seperti biasa. Atap ditutup kembali. Tubuh nenek kaku, diselimut sehingga ke kepala. 

“Kenapa buka bumbung? Tak syirik ke? Kalau duduk di rumah flat dan rumah kau di tingkat satu, takkan nak tebuk lubang sampai rooftop?”

Eh manalah aku tahu siak, aku bukannya duku! Macam yang aku cakap awal-awal tadi. Ini cerita Amad, bukan aku! 

Selepas kejadian itu, saka itu selalu mengganggu keluarga si mati sebab dia masih perlukan tuan. Ada yang nampak arwah nenek mundar mandir dalam rumah. Ada yang nampak arwah nenek makan di meja. Ada yang nampak arwah nenek berkemban untuk mandi. Macam-macam. 

Sehinggalah satu malam. Jarak rumah keluarga Amad dengan keluarga arwah dalam 30 minit. Amad ini anak tunggal, jadi dia akan tidur seorang diri. Amad ada habit di mana dia perlu tidur dalam cerah. Kalau lampu ditutup, dia tak boleh tidur! Alaa biasalah budak-budak. 

Malam itu diorang balik rumah lewat. Dalam jam 2 pagi baru sampai ke rumah sebab berkemas selepas majlis tahlili di rumah arwah. Sampai saja di rumah, tanpa mandi atau basuh badan, Amad terus terlentang dalam bilik. 

Dalam jam 4 pagi, Amad tersedar. Dalam keadaan mamai, dia melihat pintu bilik ditutup rapat, lampu dipadamkan. Cahaya dari lampu jalan daripada tingkap sebelah katil Amad membuatkan bilik bercahaya samar-samar. 

Guess what worse? Pintu almari baju yang berada di depan katil Amad terbuka! Child hood memories apa yang lagi seram selain kaki terlebih katil dan pintu almari terbuka dalam gelap?! 

Amad abaikan rasa takut. Dia menyelimuti dirinya dan berangan benda-benda yang indah. Namun selepas beberapa minit kemudian, Amad dah tertidur. Tetapi ada bunyi yang menyebabkan Amad terbangun, iaitu bunyi ketukan. 

KNOCK! KNOCK! KNOCK! 

Ketukan perlahan tetapi cukup untuk sedarkan Amad yang kemudian mencelikkan mata dan mencari dari mana datangnya bunyi itu. Tiada, dia penjam dan sekali lagi. 

KNOCK! KNOCK! KNOCK! 

Kali ini bunyi itu seperti bunyi orang mengetuk pintu. Cuba teka dari mana bunyi tersebut? Almari? Salah! Bunyi itu datang dari tingkap sebelah katil Amad! Amad pandang tingkap, kosong. 

KNOCK! KNOCK! KNOCK! 

Sekali lagi ketukan berbunyi, tetapi masih tiada bayang-bayang tangan orang yang mengetuk. Tetapi kemudian tiba-tiba ada bunyi suara. 

“Mad, nenek ni. Nenek nak masuk boleh? Luar sejuk Mad.” 

Amad yang baru berusia lima tahun masih bodoh dan tidak mampu berfikir matang serta tidak dapat membezakan mimpi dengan realiti terus jawab dalam keadaan mamai. 

“Masuklah nek, Amad nak tidur.” 

Masa itu, perlahan-lahan pintu almari depan katil Amad yang terbuka tadi tertutup secara perlahan-lahan. 

“KKKRRREEEEKKKK! 

“DEGUM!!!!” 

Amad kembali tidur dengan lenanya sehingga satu saaat Amad rasa seperti bermimpi. Mimpi yang dia celik mata dan melihat wajah neneknya sedang mencangkung di sebelahnya. Beruban, rambut kusut, kedutan penuh di muka, bermata hitam, bergigi kuning dan tengah memerhatikan Amad tidur. 

Perangai Amad mula berubah. Dia mula nampak apa yang orang lain tak boleh nampak. Amad semakin baran, makan banyak, menjerit setiap kali laungan azan berkumandang. 

Selepas ibu bapanya perasan dengan perubahan Amad, dia terus dibawa ke pusat ruqyah. Ustaz cakap, ada pontionak yang mengekori mereka balik pada malam tersebut. Mengekori Amad, mencangkung di dalam almari dan sedang menunggu masa diberi peluang oleh Amad untuk masuk. 

Sekarang saka itu sudah dibuang tetapi hijab Amad dah lompong. Maksudnya dah tak boleh ditutup. Dia terpaksa tengok benda yang kita tak nampak sepanjang hayat. Sampai sekarang Amad dapat melihat dan mendengarnya. Dia belajar ilmu agama, bersedia untuk melawan makhluk yang budak datang daripada liga manusia. 

Habis cerita. Amad pesan, “Kalau hijab kau boleh on off, biarkan dia off selamanya. Jangan gatal-gatal on kan sebab setiap kali kau buka hijab, lubang hijab akan membesar sampai satu tahap kau tak mampu untuk menutupnya kembali.” 

Benda ini bukan boleh dibuat main. Bukan sebarang superpower yang menarik seperti Ben 10, Ghostbuster, tetapi satu beban. Kenapa beban? Sebab ketika kau lena tidur, aku dapat nampak benday ang menatap kau sambil menjilat tubuh kau sebab tidur dalam keadaan menghairahkan. 

Sambil kau tengah seronok scroll Twitter baca cerita seram, aku dapat tengok dia mengintai kau dari tingkap sebab dia nak tahu siapa yang sibuk nak ambil tahu tentang dia. 

Mana saka itu pergi? Dah dibuang ke laut. Tetapi akan ada masa saka itu akan kembali dan terus mencari tuan. 

Masa Amad pergi perkhemahan unit beruniform sekolah di sebuah hutan simpan, pelajar disuruh mandi sebab nak prepare solat maghrib. Tetapi Amad tak nak mandi. Sebab apa? Sebab ada kepala tersangkut di paip air hujan.

Selepas itu? Cerita ini aku akan cerita di bebenang seterusnya. Sebelum aku post story ini, Amad bagi pesanan dan suruh sampaikan kepada korang. Dia cakap selepas baca, jangan keluar bilik. Jangan duduk di tempat gelap. Risau ada yang datang sebab setiap kali cerita tentang ‘dia’ dibuka, ‘dia’ akan datang. 

Masa kami duduk berdua sambil aku take note untuk buat bebenang ini di mamak, Amad biarkan satu kerusi kosong di sebelahnya. Dia kata, 

“Aku nak buka cerita dia. Nanti mesti dia akan datang duduk dan dengar. Kalau kau rasa apa-apa atau bunyi apa-apa, abaikan. Boleh?” soalnya. 

Nak tahu apa yang terjadi? Kita jumpa lagi di bebenang yang seterusnya. Hati-hati geng. Chao! 

Tahniah Nanny D – bergelar nenek Didie Alias timang cucu sulung



PELAKON yang terkenal dengan imej eksentrik, Didie Alias akhirnya menimang cucu sulungnya semalam.

Didie, 46 tahun, menerusi perkongsiannya di Instagram mengucapkan rasa syukur atas kelahiran cucu yang hanya diberi nama Baby SS.

“Alhamdulillah, tambah lagi keturunan Mumy,” tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) #NannyD.

Entri Didie mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya yang rata-ratanya mengagumi kecantikan rambut cucunya.

“Lebatnya rambut cucu Nanny,” tulis @ciknissak.

“Cucu baru ke anak tu? Comel sangat-sangat, rambut pula lebat,” soal @annaquyuum83.

“Tahniah Mumy! Assalamualaikum baby boy! Semoga menjadi anak soleh,” tambah salah seorang pengguna.

Sementara itu, menurut perkongsian anak sulung Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan, bayi lelaki seberat 3.60 kilogram itu telah selamat dilahirkan pada 14 April lalu (Sabtu) pada pukul 3.18 petang secara normal.

Dhaniyah telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

Didie dikurniakan lima anak hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim.

Mereka adalah Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

Terdengar bunyi tapak kaki di kaki lima, sedangkan nenek tengah tidur’ – Sejak susuknya dibuang, keluarga ini banyak menerima gangguan


Hai min, sorry lambat. Okey min, ini cerita yang saya janjikan. Tetapi min, serius tolong jangan mention nama saya okey. Cerita ini memang isu sensitif dalam keluarga saya. Kalau ada yang terbaca itu, hahaha! Lantaklah. Yang penting diorang tak tahu siapa. Okey min! TQ!

Aku cerita background dulu eh. Kejadian ini berlaku selepas aku habis SPM sebab masa ini rumah aku belum renovate. Arwah nenek aku masa dia meninggal, umur dia ikut IC 92 tahun dan sepanjang arwah masih hidup, memang dia tinggal dengan keluarga aku. Kalau dia pergi ke rumah anak-anaknya yang lain pun setakat satu minggu saja paling lama dan mesti balik semula ke rumah keluarga aku. 

Nenek aku ini gentle la weh, memang kuat. Badan tegap walaupun orangnya kecil saja. Serius aku tengok kawan-kawan nenek aku, ramai yang dah arwah dan lemah duduk di rumah saja. Tetapi nenek aku boleh merayap satu kampung, siap ada hobi menjathi kain-kain balance buat baju itu. Dia jahit buat selimut. 

Satu benda yang kau kena tahu tentang dia. Dia adalah seorang yang tidak pernah tinggalkan solat. Selama dia hidup, solat lima waktu dia tak pernah tinggal.

Okey, done background. Sekarang aku nak mula bercerita. Aku ini sebenarnya budak asrama sejak dari F1-F4. Tetapi F5, aku pindah sekolah dan tinggal dengan ibu bapa. Kakak aku pada masa ini sambung study. Adik beradik yang lain ada di asrama. Jadi memang aku sajalah yang ada di rumah sebab aku tak tinggal di asrama. 

Ceritanya bermula apabila aku terdengar mak dan ayah aku berbincang tentang nenek aku ini ada pakai susuk. Aku macam tak percaya sebab nenek aku jenis sembahyang tak tinggal kot? Dia dengar saja laungan azan, memang terus pergi ambil wuduk tanpa berlengah. Okey, memang pemikiran aku budak-budak masa itu. Yelah, budak F5, tahun 2002, aku rasa aku tak adalah matang sangat nak fikir tentang benda-benda susuk ini semua. 

Kemudian makcik aku datang rumah beritahu mak dia ini memang confirm ada pakai susuk. Makcik aku ini adalah adik kepada ayah aku. Sebabnya, kawan nenek aku yang sama-sama pakai susuk itu beritahu makcik aku ini. Kawan nenek aku sendiri yang beritahu diorang sama-sama pakai susuk. 

Gila kau, menggelupur makcik aku cerita semua itu pada ayah aku dan diorang merancang nak buang susuk ini tanpa pengetahuan nenek aku. Masa itu aku selalu bertanya pada mak dah buang ke belum sebab pada pemikiran aku, aku fikir orang pakai susuk ini cantik. Bila dah buang, muka akan jadi hodoh. 

Tetapi aku silap, nenek aku pakai susuk bukan untuk cantik. Nenek pakai susuk kuat, tak hairanlah dia boleh merayap satu kampung, berjalan tegap, solat tanpa bantuan kerusi. Wei, serius nenek aku kuat tak macam nenek. Dia cuma ada satu penyakit saja iaiatu darah tinggi. Itupun dia makan ubat tepat pada masanya, sangat berdisiplin. 

Okey, aku pendekkan cerita. Susuk sudah dibuang. Macam mana cara buang? Kalau tak silap aku di mana dia pakai, di situlah dia buang sebab orang yang pakai itu kan masih hidup. Gila gais! 

Okey, selepas seminggu sudah berlalu, aku tengok keadaan nenek aku masih sama, masih kuat dan dia masih tidak tahu yang susuk dia sudah dibuang. Menurut mak aku, nenek aku pakai susuk kuat untuk tujuan apa pun tak tahu. 

Masuk saja minggu kedua, you know what? Jeng! Jeng! Jeng! Nenek dah mula sakit dan lemah badan. Hoi! Meremang sial cerita pasal benda ni. Sebab aku yang menghadapnya okey! Sebab aku yang ada di rumah sepanjang masa.

Okey, perkara pertama yang berlaku dia macam tak tentu arah. Macam asyik berlegar-legar dalam rumah. Macam ada sesuatu yang tak kena. Okey, nenek aku ini adap akai cincin. Badan diam emang berselirat dengan emas. Ada gelang, rantai, cincin dan cincin saja ada dua tiga. Aku tak ingat. 

Tetapi pada hari kejadian ini, cincin yang dia pakai hanya ada satu. Masa ini aku dengan dia tengah tengok tv dalam waktu petang atau tengah hari, tak berapa ingat. Tetapi waktu itu waktu siang dan cuaca panas. 

Di sebelah tv aku ada tingkap jenis cermin satu-satu itu. Okey, serius seram. Tiba-tiba nenek aku bergelut dengan jari sendiri. Aku masa ini tak fikir apa-apa sebab aku cuma fikir dia kan macam dah tak betul sikit. Dia punya bergelut itu seolah-olah ada orang yang cuba merampas cincin dia. 

Eee! Siallah! Aku depan dia wei tetapi dia tak pedulikan aku. Aku perhati saja tanpa buat apa-apa mahupun bertanya apa-apa. Mak pula masa itu tengah memasak. Sampailah cincin dia terpelanting ‘ting ting ting’ haaa! Siap bunyi effect aku buat. Jauh cincin dia terpelanting dan dia kata ada budak ambil cincin dia. Dia keluar ikut tingkap! 

Weii! Aku terus lari lintang pukang pergi dapur dan jerit panggil mak aku. Kemudian dari dapur aku dengan mak berlari ke tv itu. Kau tahu, nenek aku dah hilang!! Dia di ruang tamu depan di tingkap depan pula. Dia cakap budak itu keluar ikut tingkap situ. 

Eyy syaitonnn! Aku tak habis fikir sampai sekarang ada hantu waktu siang ke atau sekadar imaginasi nenek je? Tetapi serius nenek aku bukan jenis nyanyuk atau pelupa. Apatah lagi nak berdrama macam tu. 

Dua minggu berlalu, nenek semakin lemah. Dari katil dalam bilik, dia dah beralih ke katil di ruang tamu. Kitorang pindahkan dia sebab takut apa-apa terjadi dalam bilik, tak dengar. Okey, masa ini dia masih boleh bangun pergi tandas. Actually mak aku pakaikan dia pampers tetapi dia menolak sekeras-kerasnya. Mak aku sabar sangat-sangat dengan perangai nenek dan tak pernah mengeluh sampailah ke akhir hayat nenek aku. 

Malam kejadian kedua ini, mak aku ikutkan sajalah nenek tak nak pakai pampers. Kau tahu, dia boleh jatuh semasa dalam perjalanan ke tandas. Dia tak sempat pergi tandas, dia terjatuh di pintu nak masuk ke tandas. Okey, bermulalah episod bed rest sampailah dia betul-betul nazak. 

Nenek dah tak duduk di katil, dia tidur di tilam. Bawa turun tilam ke lantai sebab mak aku tak nak dia jatuh katil pula. Masa ini semua adik beradik aku dah takut nak duduk di rumah. Habis aku? Kena juga hadap, takkan tiba-tiba aku nak masuk asrama balik doh?

Sepanjang nenek dah berada dalam keadaan lemah, makan pun bubur saja dan bersuap. hampir setiap masa kitorang terdengar bunyi tapak kaki dia di kaki lima. Ee, sumpah seram weh! Sebab kau nampak depan mata dia tidur, tapi kau dengar tapak kaki di di luar. TF?!! 

Untuk pengetahuan korang, nenek jenis berjalan seret selipar. Kitorang satu rumah memang tahu sangat-sangat cara jalan dia sebab nenek ini mulut dia boleh tahan juga. Kalau aku tengah mengumpat nenek dengan adik beradik aku, bila kitorang dengar dia berjalan, kitorang akan lari. Hahahaha! So, kau faham tak bunyi tapak kaki dia itu memang kitorang dah hafal dan macam biasa bunyi tapak kaki ini di waktu siang pun ada. 

Disebabkan kejadian ini, aku sampai sekarang percaya di waktu siang pun ada syaiton laknat dan aku jadi penakut. 

Kejadian ketiga, ayah aku asyik terdengar nenek panggil dia. Lama kelamaan ayah pun fed up sebab benda ini siang pun terjadi, apatah lagi pada waktu malam. Ayah dah mula rasa rimas bila kitorang adik beradik dah jadi penakut. 

Okey, satu lagi scene yang aku rasa betul-betul fed up juga. Aku dulu sebelum nenek jatuh sakit, aku dengan adik aku tidur dengan dia bersama-sama. Dia ni jenis berdisiplin orangnya. Jam 9 malam, wajib tidur. Aku biasalah, student kot. Setiap kali naik atas katil dia akan menyirap dengan aku sebab katil bergoyang-goyang bila aku naik. 

Tapi macam biasa, telinga aku dah tebal dengar bebelan dia. Tetapi sekarang ini, masalahnya bila nenek aku dah tidur di tilam di luar, aku dalam bilik. Sekarang ini katil aku pula yang bergoyang-goyang. Tak menggelupur aku dengan adik aku berambus dari bilik itu. Siap rasa doh ada orang naik atas katil dan parking sebelah kau. Eee!

Masa ini ayah dah tak boleh nak kata apa sebab ayah pun merasa benda yang sama, gangguan-gangguan lain. Jadi dia redha sajalah rumah dah jadi huru hara disebabkan hal ini. 

Aku pendekkan lagi cerita ini. Nenek aku dah meninggal, kira-kira sebulan selepas susuknya dibuang. Alhamdulillah tak ada nak Mastika sangat semasa urusan pengebumian. Alhamdulillah semuanya lancar. TIba-tiba aku rasa berdosa pula nak kongsi cerita ini. Ah! Sudah?! 

Okey, sambung. Disebabkan gangguan-gangguan seperti bunyi tapak kaki, suara nenek memanggil-manggil, katil bergoyang-goyang, ayah aku panggil seorang ustaz ini datang ke rumah. Ustaz beritahu saka nenek aku merayap, tak ada orang layan dia. Allahuakbar! Wei, aku lagi sanggup duduk di hostel doh! Hwat is this?! Saka kot? Siapa nak bela?! Ayah aku bukan jenis ambil tahu benda-benda macam ini. Memang kitorang anti gila, okey! 

Kesimpulannya, aku tak tahu sejauh mana kebenaran tentang saka itu. Tetapi aku bersyukur sangat kalau betullah nenek aku ada pakai susuk, aku berdoa sangat-sangat benda ini sudah berakhir sebelum dia meninggal dan aku percaya dia bersih suci semasa dia pergi. Muka dia memang tenang dan ustazah yang memandikan dan mengkafankan dia kata pada kitorang, badan nenek lembut sangat-sangat semasa diuruskan. 

Yang tolong angkat jenazah arwah ke tanah perkuburan pun kata arwah ringan sangat. Alhamdulillah. 

Tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada nenek aku. Aku memang tak boleh nak share nama. Jadi korang sedekahkanlah Al-Fatihah kepada sesiapa yang telah pergi. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian aku tentang susuk.

Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

3 Keping Gambar Nenek Tua 47 Tahun Bergaya Sakan Macam Emma Watson


Sekali tengok macam model remaja. Betul kata orang umur bukan halangan untuk segalanya

SIAPA sangka wanita ini sebenarnya merupakan seorang ibu dan nenek kepada dua orang cucu.

Zaklina, fashionista kelahiran Serbia ini memiliki wajah awet muda dan figura persis gadis berusia 25 tahun namun hakikatnya dia sudah berumur 47 tahun tetapi tiada satu pun kedut yang kelihatan di matanya malah citarasanya dalam berfesyen pun memang sangat ‘tajam’.

Zaklina digelar sebagai Real Fashionista di laman sesawang dan mempunyai pengikut di Instagram lebih daripada 158,000 orang yang sentiasa menantikan foto-foto fesyen terbaharunya.

Nenek 47 Tahun Mendapat Jolokan 'Real Fashionista'
Nenek 47 Tahun Mendapat Jolokan 'Real Fashionista'

Selain minat mendalam terhadap fesyen, nenek kepada dua cucu ini juga gemar melayari laman sosial dan gemar berkongsi foto-fotonya di dalam outfit mewah yang digayakan menerusi paltform tersebut.

Malah dua cucunya juga sudah kelihatan cenderung mengikut jejak langkah nenek mereka apabila turut tampil di dalam beberapa foto di laman sosialnya.

Matlamat utama saya adalah menjadi sumber inspirasi kepada wanita untuk mereka bangkitkan sisi ‘liar’ mereka,” katanya.

Memiliki bentuk badan yang solid dengan gaya yang menawan membuatkan ramai model baru ‘mencemburui’ Zaklina.

Berpengalaman tinggal di beberapa negara seperti Switzerland, Perancis dan Poland telah menjadikan wanita ini sebagai seorang bintang sensasi Internet dan eklektik iaitu seseorang yang menitikberatkan gaya dan penampilan.

Zaklina kini menetap di ibu kota fesyen terkenal di Eropah iaitu Itali.-MYNEWSHUB.CC

The post 3 Keping Gambar Nenek Tua 47 Tahun Bergaya Sakan Macam Emma Watson appeared first on Berita Viral.

Kutip dan jual tin untuk sara anak OKU dan enam cucu, netizen mohon orang ramai bantu nenek ini


Viral di media sosial, gambar seorang wanita dan cucu perempuannya menolak troli yang berisi tin-tin kosong untuk dijual bagi menyara kehidupannya, mencetuskan rasa simpati netizen. 

Gambar yang dimuat naik oleh Ariff Iman Anuwi pada Rabu, 29 November, menjelaskan dia terserempak dengan Norazian Yusof atau Tok Ummi di Medan Selera Semarak.

“Terserempak dengan makcik dan kanak-kanak perempuan ini sedang menolak troli yang berisi tin-tin kosong. Dia tinggal bersama anak perempuanya (OKU, ibu tunggal) dan enam cucunya di PPR Sri Semarak, Kuala Lumpur. 

“Suaminya sudah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu, kini dia menyara kehidupan dengan menjual tin-tin kosong,” tulis Ariff. 

Menurut Ariff, Tok Ummi yang tinggal di PPR Sg Bonus, menerima bantuan dari badan kebajikan RM400 setiap bulan. Namun jumlah itu mencukupi menyebabkan Tok Ummi perlu mengutip dan menjual tin-tin kosong bagi menambah pendapatan untuk menyara keluarganya termasuk empat cucu yang sudah bersekolah. 

“Saya tidak tahu apa lagi yang saya boleh tetapi saya perlukan bantuan orang ramai bagi mengumpulkan dana untuk membantu mereka,” tulisnya. 

Sementara itu, beberapa individu lain juga pernah terserempak dengan Tok Ummi di kawasan berkenaan. Tetapi tidak mengetahui kehidupannya susah seperti itu.

Ariff menasihatkan mana-mana individu atau pihak yang sudi membantu keluarga ini boleh menghubungi Tok Ummi di talian 017-3368137. Bagi yang mahu menyumbang, boleh salurkan terus ke akaun Maybank 164810144991 atas nama Norazian Yusof.

Semoga ramai insan yang baik hati tampil membantu keluarga ini dan hanya Tuhan yang mampu membalas jasa anda semua. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Nenek berusia 88 tahun tinggal seorang diri dalam hutan tanpa bekalan elektrik dan air


JERANTUT, PAHANG – Sayu hati melihat keadaan seorang wanita warga emas tinggal seorang diri di rumah yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. 

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Ariff Hirwant pada 1 November lalu viral di Twitter dengan begitu pantas dan kini telah diretweet lebih dari 15,000 kali. 

“Seorang nenek yang tinggal seorang di tengah hutan tanpa bekalan elektrik dan air di Kampung Che Awas, Jerantut, Pahang.  Anak dia seorang dah kahwin. Semenjak sudah berkahwin, langsung tak ada datang untuk tengok mak dia ini. Yang seorang lagi menetap di kawasan berhampiran tetapi barang bantuan nenek ini semua anak dia yang ambil. 

“Cucunya hisap dadah tu barang nenek ini semua habis kena curi (seperti yang diceritakan nenek itu kepada Ariff). Di rumah nenek ini, anak dia seorang, cucu dia seorang. Masalahnya bila dah jadi viral, tiba-tiba yang call saya semua mengaku cucu kepada nenek ini. 

“Alhamdulillah, setakat ini tenaga kerja tak perlu dirisaukan kerana kami ramai. Dari segi barang keperluan pun so far dah ramai juga yang bank in. Murah rezeki nenek ini. 

“Orang kampung pun tak tahu di mana rumah nenek ini. Aku main masuk saja tapi kena offroad la, then jalan kaki baru jumpa. Ini jalan ke rumah nenek itu. 

Soalan dari Fatin Nuraiin: “Macam mana boleh tahu yang ada orang duduk di tengah-tengah hutan dan laluan nak masuk ke situ? Ada orang lapor eh? Hm, kesian gila makcik ni. Dia makan apa?” 

“Info dari orang kampung. Makan nasi la (haha). Nenek ini selalu keluar bandar jalan kaki. Dia lari dari Indonesia, sejak dari zaman 1960 lagi dia dah duduk di situ. Dia tak nak duduk tempat lain, dia nak duduk tanah dia katanya.

“InshAllah segala sumbangan dari warga Twitter saya akan pastikan nenek ini cukup sumber dari segi makanan minuman dan rumahnya. 

Soalan Milio: “Tak ada orang kampung tolong ke?”

“Orang kampung pun tak tahu di mana rumah dia. Orang kampung cuma tunjuk jalan yang dia selalu lalu. Then kitorang gamble saja sebab nampak laluan jalan kaki itu sampailah terjumpa rumah dia. 

“Dia mandi menggunakan air tadahan. Elektrik memang tak ada. Dia guna pelita, takpun lilin. Umur dia dalam lingkungan 70/80 begitu,” katanya. 

Bagaimanapun dalam perkembangan terkini, warga emas berkenaan dikenali sebagai Tuinah Da’an dan berusia 88 tahun. 

Susulan viral gambar-gambar tersebut, ramai yang tampil untuk membantu Ariff dalam menjayakan misi membantu warga emas berkenaan. Barang-barang keperluan dapur juga diberi dan difahamkan Ariff masih memerlukan sumbangan ikhlas dari orang ramai bagi menggantikan atap zink rumah itu dianggarkan sebanyak RM4,500 (jumlah terkumpul pada waktu ini RM3,000). 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ariff Hirwant di akaun Twitternya. Semoga ramai yang tampil menghulurkan bantuan dan semoga urusan Ariff dan pasukannya dipermudahkan. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih