Harry dan Meghan sedih Michelle Obama tidak akan hadir majlis perkahwinan



PASANGAN diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle sedih kerana Michelle Obama tidak akan menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan Mirror UK, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) itu merupakan individu yang memperkenalkan Harry kepada Meghan.

Putera Harry, 33 tahun, dan bekas presiden AS, Barack Obama, merupakan kawan baik sejak 2015 semasa Obama masih bertugas di White House.

Laporan itu menyatakan, perkahwinan tersebut tidak akan berlangsung tanpa Michelle dan itu merupakan sebab utama untuk menjemput mereka.

Harry juga dilaporkan tidak gembira sebab itu diabaikan.

Tambah laporan itu, jika keluarga Obama dijemput, ia akan menyebabkan masalah diplomatik kepada kerajaan.

Umum mengetahui bahawa Harry dan Meghan tidak gemar pada Presiden AS, Donald Trump, dan dengan mengundang keluarga Obama tanpa mengundang Trump, boleh mencetuskan kekecohan.

Difahamkan, pasangan diraja itu kini memahami situasi berkenaan tetapi masih berasa sedih.

Minggu ini, disahkan bahawa keluarga Obama, Presiden Trump dan Perdana Menteri Britain, Theresa May tidak akan hadir kepada majlis perkahwinan diraja itu.

Mengikut protokol, Harry dan Meghan tidak wajib menjemput pemimpin politik kerana Harry bukan waris paling utama dalam senarai untuk menjadi Raja Britain berikutnya.

Harry berada di tempat kelima bagi menaiki takhta dan bakal beralih kepada tempat keenam selepas anak ketiga Putera William dilahirkan.

Hebatnya penangan Black Panther sampai Michelle Obama turut teruja



BEKAS wanita pertama Amerika Syarikat (AS) Michelle Obama memuji filem Black Panther.

Menurut Michelle, filem arahan Ryan Coogler ini bukan sekadar hiburan tetapi mampu cetus inspirasi kepada setiap insan tanpa mengenal latar belakang.

Menerusi twitternya, Michelle mengucapkan tahniah kepada seluruh produksi Marvel Movie atas kejayaan menerbitkan filem ini.

Black Panther menurut Michelle bukan sekadar kisah adiwira tetapi pemangkin kepada setiap individu untuk melihat semangat keperwiraan dan kenberanian yang ada dalam jiwa mereka.

Selain Michelle, filem ini turut mendapat pujian ikon penyiaran terkemuka Oprah Winfrey yang menyifatkan ia sebagai satu fenomena.

Ditayangkan kurang seminggu lalu, Black Panther yang disifatkan sebagai ‘wajah baharu’ filem adiwira sehingga Isnin lepas berjaya mengaut kutipan AS$387 juta di pasaran global.