Harry dan Meghan sedih Michelle Obama tidak akan hadir majlis perkahwinan



PASANGAN diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle sedih kerana Michelle Obama tidak akan menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan Mirror UK, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) itu merupakan individu yang memperkenalkan Harry kepada Meghan.

Putera Harry, 33 tahun, dan bekas presiden AS, Barack Obama, merupakan kawan baik sejak 2015 semasa Obama masih bertugas di White House.

Laporan itu menyatakan, perkahwinan tersebut tidak akan berlangsung tanpa Michelle dan itu merupakan sebab utama untuk menjemput mereka.

Harry juga dilaporkan tidak gembira sebab itu diabaikan.

Tambah laporan itu, jika keluarga Obama dijemput, ia akan menyebabkan masalah diplomatik kepada kerajaan.

Umum mengetahui bahawa Harry dan Meghan tidak gemar pada Presiden AS, Donald Trump, dan dengan mengundang keluarga Obama tanpa mengundang Trump, boleh mencetuskan kekecohan.

Difahamkan, pasangan diraja itu kini memahami situasi berkenaan tetapi masih berasa sedih.

Minggu ini, disahkan bahawa keluarga Obama, Presiden Trump dan Perdana Menteri Britain, Theresa May tidak akan hadir kepada majlis perkahwinan diraja itu.

Mengikut protokol, Harry dan Meghan tidak wajib menjemput pemimpin politik kerana Harry bukan waris paling utama dalam senarai untuk menjadi Raja Britain berikutnya.

Harry berada di tempat kelima bagi menaiki takhta dan bakal beralih kepada tempat keenam selepas anak ketiga Putera William dilahirkan.

Penampilan isteri tidak seperti didamba peserta realiti TV mencarut di majlis perkahwinan



SEORANG lelaki yang merupakan peserta rancangan realiti televisyen di Australia, tidak dapat menahan rasa kecewa apabila melihat wanita yang dipilih produksi penerbitan untuk menjadi isterinya.

Lelaki bernama Sean D itu merupakan peserta rancangan realiti Married At First Sight, sebuah program di mana peserta akan dikahwinkan dengan lelaki atau wanita yang tidak dikenali, yang dipilih berdasarkan ciri-ciri yang telah diberikan.

Dalam deskripsi yang diberikan kepada produksi, Sean, 38 tahun, memberitahu dia mahukan seorang wanita yang “kelakar, setia, fun, tidak takut mencuba sesuatu yang baru dan boleh dipercayai”.

Biarpun wanita yang dipilih, Jo, seorang ibu tunggal berusia 39 tahun, menepati kriteria yang diberikan, namun Sean tetap tidak berpuas hati.

Dalam majlis perkahwinan yang disiarkan di saluran Nine Network itu, Sean dilihat menuturkan perkataan “s***” ketika pengantin perempuan berjalan ke arahnya.

Lebih teruk, Sean langsung tidak mampu menahan dirinya daripada mempamerkan reaksi kecewa sepanjang majlis berlangsung.

Portal berita The Sun melaporkan, Sean memberitahu produksi, dia tidak gembira dengan pemilihan Jo.

“Dia (Jo) bukan seperti yang saya bayangkan. Saya tidak merasai perasaan yang sepatutnya saya rasa,” kata Sean.

Jo bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.

“Sean nampak jujur. Saya sukakannya.

“Saya dapat lelaki yang mempunyai ciri yang saya inginkan. Saya rasa macam menang loteri!” kata Jo gembira.

Memasuki musim kelima, rancangan itu sudah ‘menyatukan’ 24 pasangan, namun hanya dua yang masih kekal sebagai suami isteri.

Kesemua pasangan tidak saling mengenali, sebaliknya hanya bertemu pada hari perkahwinan mereka.

Kos perkahwinan mahal punca Salman Khan masih bujang



AKTOR popular Bollywood, Salman Khan mengakui punca sebenar dirinya masih belum berumah tangga disebabkan oleh kos untuk mengadakan majlis perkahwinan terlalu mahal sekarang.

Menurut laporan Bollywoodlife.com, Salman Khan menjelaskan bahawa majlis perkahwinan sudah menjadi satu perkara besar sehingga ramai orang sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk berkahwin.

“Saya tidak mampu menampung perbelanjaan itu dan disebabkan itu saya kini masih bujang,” katanya.

Sebelum ini, Salman Khan dikatakan pernah menganjurkan majlis perkahwinan untuk kakaknya, Arpita pada 2014 dan kos jamuannya merupakan antara yang termahal di India.

Salman Khan kini dikatakan sedang bercinta dengan model berasal dari Romania, Iulia Vantur dan pada masa sama timbul pula khabar angin yang aktor itu kembali berbaik dengan kekasih lamanya, Katrina Kaif.

Disebabkan hal itu, Iulia dan Katrina dikatakan tidak bertegur sapa. 

Sejak kebelakangan ini, Iulia Vantur juga sering kelihatan bersama di pelbagai acara hiburan di Bollywood, malah Iulia turut mengadiri majlis sambutan hari jadi adik Salman iaitu Arpita Khan.

Sumber: Bollywoodlife.com

Selamat ulangtahun perkahwinan ke-19 Kajol-Ajay Devgan



NEW DELHI: Pasangan selebriti Bollywood, Kajol an Ajay Devgan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-19 pada Sabtu (24 Feb 2018).

Pasangan itu dilaporkan merancang untuk bercuti bersama anak-anak mereka, Nysa dan Yug di Singapura, di mana mereka khabarnya turut akan menyambut  ulangtahun perkahwinan mereka.

Menurut sumber kepada Times of India, pasangan itu memilih untuk menyambut bersama keluarga daripada melakukan pembaziran.

Sama ada Kajol mahupun Ajay Devgan, mereka sering kongsikan saat-saat bahagia di laman sosial. Jadi sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-19, ini antara 10 keping gambar Kajol dan Ajay Devgan bersama keluarga yang dikongsi pada laman Instagram mereka.

Perkahwinan sejenis Personaliti TV Rafidah Abdullah enggan ulas lanjut


KUALA LUMPUR : Personaliti televisyen Rafidah Abdullah masih membisu berhubung dakwaan yang beliau sudah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita di luar negara, baru-baru ini.

Menerusi mesej yang dihantar Astro AWANI menerusi aplikasi pesanan ringkas WhatsApp, Rafidah menegaskan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut tentang dakwaan itu.

Mesej yang dihantar kepada Astro AWANI oleh Rafidah Abdullah yang enggan mengulas lanjut tentang dakwaan tersebut.

Dakwaan itu wujud susulan tersebar foto yang memberi gambaran bahawa beliau sudah ‘menamatkan zaman bujangnya’.

 Laman Instagram Rafidah Abdullah yang menunjukkan beliau difitnah.

Bagaimanapun, portal berita Sinar Harian pada Selasa melaporkan Rafidah mengakui dia telah difitnah.

Laporan itu turut merujuk kepada kenyataan yang ditulis beliau yang berbunyi ‘sedang mengumpul pahala daripada fitnah orang’ memenerusi bio di laman media sosial Instagram peribadinya (sirafidahtu?).

Rafidah mula mencatat populariti pada awal tahun 2000 menerusi sebuah program bual bicara popular yang mengetengahkan isu-isu kewanitaan.

Beliau juga popular sebagai pelakon menerusi filem Gol & Gincu bersama Fazura dan Sharifah Amani.

[FOTO&VIDEO] Perkahwinan Paling ‘Mahal’ Faliq Nasimuddin & Chryseis Tan Dihiasi Ribuan Ros


Ura-ura pernikahan dua anak jutawan terkemuka Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan bermula semalam apabila Chryseis memuat naik gambar seolah-seolah memberi klu akan penyatuan mereka pada hari ini (Jumaat).
Berita itu disahkan apabila Nadia Nasimuddin dan Faisal Nasimuddin selain rakan taulan masing-masing memuat naik momen bersejarah adik mereka itu di Instagram.

Menurut Mstar, pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada pagi Jumaat. Majlis itu berlangsung secara tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.
Chryseis menerima mas kahwin sebanyak RM1000 daripada pasangannya itu.

Faliq adalah pengarah urusan kumpulan Naza TTDI, melamar Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square itu pada Jun 2017 semasa mereka bercuti di Marrakesh, Maghribi, .