‘Saya kata pump fuel ten ($10), bukan pump full tank ‘ – Driver BMW enggan bayar duit petrol RM370, salahkan kecuaian pekerja Caltex


Jika seseorang individu itu mampu memiliki kereta mewah, sudah tentu dia juga mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan pada keretanya. Namun dalam kejadian baru-baru ini yang viral di media sosial, seorang pemandu kereta BMW, enggan membayar petrol yang telah dipam pada keretanya, lapor World of Buzz.
Dalam catatan Facebook yang dimuat naik oleh wanita warga Singapura, Kelly Yeo, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam dua petang di Caltex Tampines Avenue, pada 14 April lalu. 

Ketika kejadian, Kelly terdengar perbalahan di antara pemandu BMW terbabit dengan kakitangan stesen tersebut. 

Apabila juruwang meminta pemandu itu membayar S$135 (RM400) untuk minyak diisi penuh pada kereta BMW 5 Series, pemandu terbabit mendakwa dia hanya meminta kakitangan stesen itu mengisi S$10 (RM29), “Pump fuel ten”. 

Bagaimanapun, kakitangan dianggarkan berusia 60 tahun yang melayani pemandu itu memaklumkan kepada juruwang berkenaan bahawa lelaki itu berkata “Pump full tank”. 

“Dia jelaskan apa yang didengarinya pada masa itu, isi minyak penuh tetapi lelaki itu cepat-cepat menafikannya. 

“Apa yang berlaku seterusnya membuatkan saya terkejut. Kakitangan itu enggan memperbesarkan kes itu dan akhirnya mengalah dan memaklumkan kepada juruwang untuk menerima saja bayaran S$10 (RM29) dari lelaki itu dan dia akan menanggung bakinya sebanyak RM370.

“Akhirnya, lelaki itu beredar dan hanya membayar S$10 sahaja untuk isian minyak penuh pada kenderaan mewahnya itu,” kata Kelly. 

Kelly juga memuji tindakan profesional dua kakitangan berkenaan yang bersabar melayani karenah lelaki terbabit meskipun terpaksa menanggung kerugian yang banyak. 

Katanya lagi, tiada salahnya sekiranya lelaki itu membayar saja amaun yang telah dikenakan kerana kenderaannya itu juga tetap akan diisi dengan petrol pada hari-hari mendatang. 

Sementara itu, netizen terkejut dengan sikap pemandu BMW terbabit yang sanggup memperdayakan kakitangan berkenaan yang berpendapatan S$1,600 (lebih kurang RM4,700) sebulan untuk membayar petrolnya. 

Caltex Singapura dalam satu kenyataannya menjelaskan, siasatan mendapati kakitangan terbabit tidak menanggung sebarang kerugian. Laman Mothership pula melaporkan ada seseorang individu telah datang untuk membayar baki tersebut, namun tidak didedahkan identitinya. 

Walaupun begitu, tampil seorang netizen mendakwa lelaki itu kerap melakukan perbuatan itu dengan modus operandi yang sama semata-mata mahu mendapatkan petrol percuma. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Jangan salahkan saya tugas promosi drama tak ada dalam kontrak – Aqasha



BINTANG Gegar Vaganza 4 (GV4) yang juga teraju utama drama bersiri Misi Laksa dan Laksam, Aqasha menyifatkan tindakannya tidak mempromosikan drama tidak patut dijadikan isu besar.

Bagi Aqasha, drama lakonannya bersama Rita Rudaini itu merupakan siaran ulangan dan dia pernah mempromosikan produk sama sebelum ini ketika disiarkan di sebuah platform digital pada awal tahun ini.

“Saya pernah mempromosikan drama ini pada awal tahun ketika ia disiarkan di sebuah platform digital dan sekarang apabila ia ditayangkan di televisyen, sudah bukan tanggungjawab saya lagi.

“Memang benar Misi Laksa dan Laksam adalah projek yang melibatkan saya sebagai pelakon dan saya pasti menghebahkannya kepada peminat.

“Tidak adil untuk menyalahkan saya semata-mata kerana tugas untuk mempromosikan drama di media sosial tidak pernah dinyatakan dalam kontrak lakonan,” jelas Aqasha.

BACA: GV4: Tersingkir, Aqasha akui persembahan bawah par

BACA: GV4: “Enjoy tengok Daddy menari” – Aqasha dedah rutin berlatih depan anak

Terdahulu, penerbit drama, Fadzil Teh memuat naik status di Facebooknya menyatakan rasa kecewa terhadap sikap pelakon drama itu yang tidak membantu mempromosikan drama di laman sosial.

Malah, Fadzil memberitahu dia enggan lagi bekerjasama dengan pelakon itu yang disifatkan hanya mahukan bayaran yang mahal namun tidak mahu menyokong produk lakonan sendiri.

Fadzil bagaimanapun tidak menyatakan secara tepat pelakon yang dimaksudkan sementelah tindakan Aqasha memuat naik status balas di Facebook seolah-olah menjawab isu yang dibangkitkan Fadzil.

“Bukan produser je boleh ada kontrak. Pelakon pun bole buat. Kau bayar aku lambat sehari, aku charge 5 peratus interest.

“Baru dia tahu menggelupur nak cepat. Time offer, call macam esok kiamat. Time bayar, dia yang kiamat,” tulis Aqasha.

Teks oleh: Amri Hassan

‘Anak saya jatuh di waktu rehat, cikgu-cikgu tak pantau ke?’ – Guru kesal ibubapa salahkan guru kerana perkara remeh


“Apa yang cikgu-cikgu buat masa rehat? Kenapa tidak memantau budak-budak dalam kelas apa yang mereka buat?” demikian kata ibu bapa kepada seorang murid yang terjatuh ketika waktu rehat. 

Dengan sewenang-wenangnya, ibu bapa murid terbabit menyalahkan guru. Terkilan hati warga pendidik berperangai seperti ini. Lebih teruk lagi jika ramai ibu bapa memiliki perangai yang sama. 

ZAMAN telah berubah, benar. Bukan sahaja kemajuan, malah sikap turut berubah sama. Aku rasa, bukan sahaja golongan guru yang rasa begini, kau orang pun perasan, kan? 

Tambah-tambah mereka yang bekerja di barisan hadapan. Bekerja di kaunter apa-apa jabatan sekalipun, pekerjaan yang memerlukan hubungan ‘direct’ dengan pelanggan. Pasti terasa perubahan sikap masyarakat kita, kan?

Yang biadab, yang berlagak, yang poyo dan yang tidak pandai menghormati orang semakin ramai. Banyak kali sudah aku jumpa pelanggan di kaunter yang memarahi barisan ‘front line’ dengan bongkak. Padahal bukan salah pegawai itu pun. 

Sindiran, menengking, nada tinggi itu biasa. Pegawai di kaunter sepenuh daya mengawal sabar dan amarah. Terus senyum dan tabah. Yang memaki hamun dan meninggalkan kaunter dengan keadaan tidak puas pun ada juga. 

Menunjuk lagak dan amarah pada barisan ‘front line’ yang hanya menjalankan tugas mereka. Motto ‘Customers Always Right’ itu yang menjadi pujaan. Motto itu ubkan boleh digunakan pada setiap masa dan tempat. Banyak masa, pelanggan yang salah, pelanggan yang silap tetapi nak maki orang, nak marah tak tentu halal. Hanya kerana berpegang kepada motto tersebut. 

Aku yakin dan pasti mereka yang pernah bertugas di barisan ‘front line’ ini pasti mengerti dan faham sangat dengan apa yang aku tulis ini. Malah, kalau ada geng ini yang pandai menulis, aku rasa boleh buat berpuluh buku dah tentang perangai pelanggan yang menjengkelkan dan sangat meluat.
Kami di sekolah juga seperti itu tuan puan. Pelanggan kami ialah murid dan ibu bapa. Paling aku tak faham, ibu bapa ini datangnya dari generasi dulu. Generasi tahun 70-an, 80-an dan 90-an. Generasi yang begitu menghormati ilmu dan guru. Generasi kental dan tidak suka mengadu. Zaman mereka dulu, lebih teruk mereka kena denda, kena hukum dengan cikgu mereka. Namun murid dulu mana berani nak mengadu pada mak dan ayah. Kalau mengadu, memang dia yang kena pula.
Cikgu rotan sekali, kalau mengadu pada ayah atau mak, mereka tambah 10 kali. Dulu begitulah. Mak ayah dulu bukan jenis manja, bukan jenis mengada-ngada. Mereka dulu pun kental sekali. Terima hukuman dengan rela hati kerana tahu itu salah sendiri. Berbeza sungguh bila mereka besar dan menjadi ibu dan ayah pula. Terus jadi manja, mengada-ngada dan menjengkelkan. Annoying!

Lihat saja kes ini. Dia nak anak dia dilayan bagai raja. Eh kau, kalau kau hantar anak ke sekolah swasta pun tak ada cikgu yang akan mengasuh anak kau sepanjang masa. Sampai waktu rehat pun nak tunggu anak kau untuk suap. Sampai ke tandas nak ikut untuk basuh berak. Hantar sekolah swasta yang kau kena bayar lebih RM10, 000.00 setahun pun tak ada layanan sebegitu. Tiada!

Guru bukan orang gaji, bukan juga hamba. Bukan! Ingat itu.
Apakah peredaran zaman turut sama mengubah sikap kita? Entahlah, aku pun tak pasti. Yang pasti, golongan manja dan mengada-ngada seperti ini semakin membiak di negara kita. Jangan mengada-ngada sangat boleh tak? Tumbuk perut kau tu karang. Hmmm.

Sumber: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

“Jangan Salahkan Mas Idayu” – Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas Baby Shima Terhadap Mas Idayu Buat Semua Tergamam!


PENYANYI dan peserta D’Academy Asia musim ke 3, Baby Shima berharap netizen tidak menyalahkan penyanyi Mas Idayu yang juga komentator program tersebut.

“Jangan Salahkan Mas Idayu” – Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas Baby Shima Terhadap Mas Idayu Buat Semua Tergamam!
“Jangan Salahkan Mas Idayu” – Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas Baby Shima Terhadap Mas Idayu Buat Semua Tergamam!

Read more »

The post “Jangan Salahkan Mas Idayu” – Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Balas Baby Shima Terhadap Mas Idayu Buat Semua Tergamam! appeared first on Berita Viral.

Shafie Apdal tidak salahkan SPRM


Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas penahanannya berhubung siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah RM1.5 bilion.

Beliau berkata, SPRM hanya menjalankan tugas mereka.

“Saya tidak ada mengadu apa-apa. Namun, ia mesti dilakukan secara adil, jangan buat andaian awal,” katanya kepada media selepas hadir di Dewan Rakyat hari ini.

Ditanya mengenai penahanan tersebut, Shafie bagaimanapun, berkata perkara itu masih dalam siasatan.

“Saya rasa bukan hari ini. Saya harap anda faham. Saya tidak boleh cakap perkara yang masih di dalam siasatan walaupun mereka kata perkara ini berlaku dua tahun lepas, (tetapi) mengambil masa yang lama untuk disiasat,” katanya.

Shafie yang juga merupakan Presiden Warisan ini turut mendakwa wujud campur tangan politik ekoran ditahan SPRM pada 20 Oktober lalu.

“Ya, ia ada berunsurkan politik. SPRM hanya menjalankan tugas mereka, malah tidak menolak tindakan itu sebagai satu usaha melumpuhkan partinya,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Parti Warisan Sabah itu hadir di pejabat SPRM Kota Kinabalu bagi memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Ketika hadir di pejabat SPRM, Shafie turut ditemani isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib dan disambut penyokongnya.

The post Shafie Apdal tidak salahkan SPRM appeared first on Berita Viral.