Harry dan Meghan sedih Michelle Obama tidak akan hadir majlis perkahwinan



PASANGAN diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle sedih kerana Michelle Obama tidak akan menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan Mirror UK, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) itu merupakan individu yang memperkenalkan Harry kepada Meghan.

Putera Harry, 33 tahun, dan bekas presiden AS, Barack Obama, merupakan kawan baik sejak 2015 semasa Obama masih bertugas di White House.

Laporan itu menyatakan, perkahwinan tersebut tidak akan berlangsung tanpa Michelle dan itu merupakan sebab utama untuk menjemput mereka.

Harry juga dilaporkan tidak gembira sebab itu diabaikan.

Tambah laporan itu, jika keluarga Obama dijemput, ia akan menyebabkan masalah diplomatik kepada kerajaan.

Umum mengetahui bahawa Harry dan Meghan tidak gemar pada Presiden AS, Donald Trump, dan dengan mengundang keluarga Obama tanpa mengundang Trump, boleh mencetuskan kekecohan.

Difahamkan, pasangan diraja itu kini memahami situasi berkenaan tetapi masih berasa sedih.

Minggu ini, disahkan bahawa keluarga Obama, Presiden Trump dan Perdana Menteri Britain, Theresa May tidak akan hadir kepada majlis perkahwinan diraja itu.

Mengikut protokol, Harry dan Meghan tidak wajib menjemput pemimpin politik kerana Harry bukan waris paling utama dalam senarai untuk menjadi Raja Britain berikutnya.

Harry berada di tempat kelima bagi menaiki takhta dan bakal beralih kepada tempat keenam selepas anak ketiga Putera William dilahirkan.

Dukun dipertikai Umie Aida luah rasa sedih



KUALA LUMPUR: AKTRES berbakat besar, Datin Paduka Umie Aida mengakui sangat sedih apabila ada individu di dalam industri telah membuat penilaian tanpa menonton filem lakonannya terlebih dahulu.

Ini berikutan kenyataan sesetengah pihak yang mempertikaikan klasifikasi yang diberikan kepada Dukun kerana ia dikatakan boleh memberi kesan negatif kepada penonton di bawah 18 tahun.

“Adakah filem ini menyuntik semangat atau melahirkan semangat anda untuk menjadi dukun? Jawapannya tidak.

“Bila orang menonton nanti mereka akan faham.

“Tapi bila kata-kata keluar dari orang industri sendiri tentang filem ini mungkin larikan akidah, mungkin lahirkan lebih ramai lagi dukun, saya sangat sedih kerana mereka bercakap tanpa menonton filem ini.

“Saya lebih sedih kalau yang bercakap itu adalah kawan saya,” ujarnya kepada Sinar Harian.

BACA: Dukun: Umie Aida singkap detik menggigil di Penjara Pudu, tidur dengan ular

Umie Aida ditemui selepas tayangan filem Dukun di TGV Suria KLCC petang tadi.

Tambah aktres yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik ini, filem Dukun sebenarnya memaparkan kisah yang boleh menjadi teladan buat semua.

BACA: Filem ‘Dukun’ akhirnya ditayang selepas 12 tahun, ini komen pengarahnya Dain Said

“Filem ini ada pengajarannya. Ia memperlihatkan bagaimana bila seorang manusia inginkan sesuatu tetapi tidak meminta kepada ALLAH SWT.

“Sebaliknya dia minta sesuatu dari dukun dan bila minta pada tempat yang salah, itulah balasan yang diterima dan itulah jalan cerita filem ini,” jelasnya.

‘Allahu, sedih tengok budak kecil camni dah terjebak’ – Budak perempuan tonton video 18SX di sisi ibunya


Viral di laman Twitter video seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 6-7 tahun dengan selambanya menonton video lucah melalui telefon bimbitnya mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Video yang dimuat naik tanpa maklumat lengkap mengenai kejadian itu menunjukkan, kanak-kanak berkenaan menonton video tersebut di tempat terbuka tanpa ditegur mahupun dihalang oleh wanita di sisinya yang dipercayai ibu kandungnya. 

Berdasarkan video tersebut, sesekali kanak-kanak itu menghadapkan telefon itu lebih dekat dan beberapa kali dia kelihatan seperti mencium skrin telefonnya itu yang menunjukkan seorang lelaki sedang memuaskan nafsu pasangannya. 

Netizen tidak menolak kemungkinan bahawa video-video tersebut sememangnya video sedia ada yang dimuat turun. Netizen bimbang kanak-kanak terbabit ketagih menonton video-video seperti itu. 

Juga menimbulkan persoalan netizen, mengapa perakam video berkenaan tidak bertindak menegur dan memaklumkan video yang ditonton kanak-kanak berkenaan berbanding memilih untuk merakam dan viralkan di media sosial. 

“Aku rasa video itu memang dah ada dalam handphone itu. Macam mana budak kecil macam tu boleh cari melainkan ada history video yang ditonton di YouTube,” kata Faizatul Hasyim.

“Kalau aku, aku takkan rakam, takkan tegur. Sebab isu anak ini sensitif. Nanti kita cakap baik-baik dekat ibu bapa dia, silap-silap kita kena maki. Mati hidup balik diorang tetap nak menangkan anak diorang. Jadi better jangan ambil port pasal anak orang, biarkan diorang nak jadi apa. Lagipun ibu bapa diorang kan pandai jaga anak,” kata netizen.


Justeru, netizen dinasihatkan tidak terlalu kerap memberikan telefon bimbit kepada anak-anak kerana bimbang perkara seumpama ini berlaku. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Ola Bola Saat sedih tidak dapat ke Olimpik kembali terimbau – Soh Chin Aun


KUALA LUMPUR: Melihat semula detik suka-duka zaman kegemilangan pasukan Harimau Malaya 1980 dalam bentuk teater muzikal membuat lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh sangat tersentuh perasaan. 

Kedua-dua mereka menjadi tetamu khas ketika teater ‘Ola Bola The Musical’ yang kini sedang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Soh berkata walaupun perasaan itu jauh berbeza ketika sedang beraksi di perlawanan sebenar pada tahun 1980, beliau memuji semangat perjuangan yang dipamerkan di pementasan itu.

“Sangat menyentuh hati, terutama sekali pada bahagian yang menunjukkan pasukan sudah tahu bahawa Malaysia memilih untuk keluar dari temasya Olimpik (1980).

BACA: Tiara Jacquelina terkejut ‘Ola Bola The Musical’ terima ‘standing ovation’ 

“Kesemua mereka memutuskan bahawa mereka berjuang untuk negara dan bukan untuk Olimpik,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Ahad.

Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh bersama Puan Sri Tiara Jacquelina selaku pengarah 'Ola Bola The Musical'. Astro AWANI

Santokh Singh turut menyuarakan pandangan yang sama. 

“Pementasan yang hebat. Babak yang menyentuh perasaan adalah apabila mereka semua bersatu walaupun dari kaum yang berbeza.

“Ia juga menunjukkan mereka dari latar belakang yang berbeza,” katanya ringkas selepas pementasan.

Sementara itu, kehadiran mereka berdua turut menggamatkan suasana di Istana Budaya.

Mereka juga diberi penghormatan istimewa dan ‘standing ovation’ di pentas utama.

Pelakon yang membintangi ‘Ola Bola The Musical’ termasuk Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra, Altimet, Douglas Lim dan ramai lagi.

‘Ola Bola The Musical’ yang dipersembahkan oleh CIMB itu dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 11 Mac, 2018.

Astro merupakan rakan media rasmi untuk ‘Ola Bola The Musical’.

Berniaga kecil-kecilan tapi bank susah nak luluskan loan rumah, jangan sedih dulu dan amalkan 14 tips ini


Projek perumahan baru tumbuh melata bagaikan cendawan, namun penghuninya belum tentu dapat menghuni perumahan terbabit. Ini kerana terdapat rata-rata orang awam tidak mendapat kelulusan pinjaman bank. Faktor ekonomi kurang baik dikatakan antara faktor pihak bank menaikkan taraf polisi untuk kelulusan pinjaman perumahan.

Bagi penjawat awam dan swasta, mungkin mudah untuk membuat pinjaman, namun sukar bagi peniaga kecil-kecilan. 

Walau bagaimanapun, setiap kesulitan ada jalan penyelesaiannya. Melalui bebenang di Twitter, Azrul Izzaham berkongsi langkah-langkah yang perlu dibuat untuk membolehkan pinjaman bank diluluskan.

KAWAN aku muda lagi,  buat bisnes kecil-kecilan. Nak beli rumah. Pergi bank, bank kata perlu isytiharkan cukai pendapatan. Dia tak pernah isytiharkan. Pihak bank kata susah pinjaman rumah nak lulus. Aku beritahu dia beberapa perkara ini untuk dia ikut. Jangan sedih dulu.

1. Aku suruh dia daftar SSM dulu, itu utama. Tak boleh buat rumble beniaga macam jual DVD cetak rompak depan 7 Eleven. Alah geng, daftar SSM baru RM60 setahun.

2. Mula-mula berniaga kau tak perlu  fikir sangat pasal buka bank syarikat. Kau berniaga pakai akaun personal pun dah okay.

Tapi duit berniaga kenalah masuk bank. Walaupun kau terima cash. Bank ini lagi banyak kau masuk duit dalam bank, lagilah mereka suka. Nampak company kau aktif. Pihak bank  akan yakin yang kau tidak akan gagal bayar hutang esok hari.

4. Tambah sedikit perisa kerajinan. Dari segi dokumen yang melibatkan perniagaan. Kau rajinlah simpan dokumen niaga dalam satu fail. Kalau kau dapat resit, bil, invois yang libatkan niaga. Simpan je satu tempat. Serius penting!

5. Dari dokumen tadi, kau ambilah peduli sikit pasal asas akaun perniagaan. Kurang-kurang kau tahu berapa jualan kau buat, apa kos terlibat, berapa belanja perniagaan. Selepas tu, kau boleh monitor untung niaga.

Formulanya: Jualan – Kos – Belanja = Untung

6. Untung dah tahu baru boleh buat kira-kira kena cukai ke tidak. Ini kau kena tenang. Kau buang tanggapan semua orang mesti kena bayar cukai. Tak tak! Sebenarnya ada banyak pelepasan cukai gais. Kau  cuma kena rajin ambil tahu sahaja.

7. Ini senarai pelepasan cukai yang aku bagitahu tadi. Kalau kau makan gaji pun kau boleh cek pelepasan cukai ni. Valid untuk kau juga. Serius talk man, woman, boy and girl.

8. Selepas itu, kau isilah borang B. Borang cukai individu yang ada bisnes. Borang ini kau ada masa untuk submit sebelum 30 Jun setiap tahun. Contoh pendapatan bisnes 2017 kau kena declare sebelum 30 Jun 2018. Simple je.

9. Kalau ada cukai bayarlah gais. Kalau tiada cukai kena bayar, kau sujud syukur ok. Sujud syukur macam Altimet buat masa memang persembahan terbaik AJL. Amboi, amboi, amboi.

10. Sebenarnya, kau  boleh buat anggaran cukai sebelum hujung tahun setiap tahun. Sebab apa? Sebab kau orang boleh pilih untuk nak bayar cukai atau zakat.

11. Zakat kau orang kena bayar sebelum hujung tahun. Contoh pendapatan 2017 kau jangka cukai kena dalam RM5,000. Sebelum hujung tahun kau bayar Zakat RM4,000. Bila kira cukai betul-betul sekali kena cukai RM3,500 saja. Jadi tidak ada cukai kena bayar gais. Best kan?

12. Andai kata anggaran cukai tadi RM5,000. Kau bayar zakat RM4,000 gais. Cukai sebenar kena bayar RM4,500. Kau orang perlu bayar baki RM500 saja gais dekat LHDN. RM4,000 zakat sudah cover gais. Bestkan gais?

13. Pung, pang, pung, pang settle semua submission. Kau bawa borang B tadi pergi bank dan mohon beli rumah gais. Bawa sekali resit bayaran cukai kalau ada cukai kena bayar. Selepas tu, belilah rumah sesuka hati gais. Insha Allah bank layan kau gais macam king!

14. Ini aku saja tambahlah dokumen lain kena standby untuk apply loan bank:

  • Bank satement 6 bulan
  • SSM – Pendaftaran Niaga
  • Statement Saving akaun lain-lain yang kau ada untuk support income.

Kalau loan kau orang lulus, house warming jangan lupa ajak aku ok? Cun! #KonsultanCukai

Sedih Andai Kena Lepaskan Seseorang – Luahan Hati Sufian Suhaimi Ditujukan Pada Siapa?


Sejak kebelakangan ini sering kali kita mendengar khabar angin mengatakan hubungan Sufian Suhaimi bersama tunangnya sedang bermasalah. Perkara itu turut diakui oleh Sufian yang mengakui ianya agak “complicated”.


Pasangan ini dijangka bakal berkahwin pada Mac ini, namun tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai perkahwinan mereka.
Terbaru, Sufian menerusi Insta Stories ada meluahkan isi hati tentang betapa sedih dan susah bagi dirinya andai harus melepaskan orang tersayang.

Pastinya luahan hati Sufian itu mencetuskan pelbagai persoalan dan pada siapa agaknya luahan itu ditujukan.  Dugaan ketika tempoh bertunang itu memang ada dan kami harap Sufian dan Elfira tabah dan sabar mengharungi segala ujian.  Doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih