‘Dah kerap terlanjur’ – Suami orang dan janda anak 4 ditahan di dalam bilik sewa


Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuat serbuan di sebuah bilik sewa di bandar raya Kuala Terengganu, selepas menerima maklumat awam dan berjaya menahan lelaki berstatus suami orang bersama dengan janda anak empat, lapor Harian Metro

Serbuan yang dilakukan pada Rabu lalu itu dibuat selepas JHEAT menerima maklumat awam yang mengatakan terdapat pasangan belum berkahwin berada di dalam bilik sewa. 

Ketika anggota penguat kuasa tiba di lokasi, pintu utama dibuka oleh seorang perempuan yang hanya bertuala dan pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki memakai seluar jeans dan tidak berbaju. 

Siasatan awal JHEAT mendapati, lelaki berusia 40  tahun dan janda berusia 46 tahun itu pernah ditahan di atas kesalahan yang sama pada bulan Mac.

“Siasatan mendapati mereka pernah dicekup sebulan lalu kerana melakukan kesalahan sama. Malah lelaki yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa datang ke bilik sewa janda anak empat itu selepas dihubungi kekasihnya,” kata sumber Harian Metro

Difahamkan, lelaki berstatus suami orang itu mengaku kerap berjumpa dengan janda berkenaan hanya semata-mata mahu memuaskan nafsu selain mendakwa mereka sudah kerap terlanjur. 

Gambar sekadar hiasan sahaja

Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun, kedua-duanya diikat jamin oleh anak masing-masing sementara menunggu tarikh pertuduhan di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu. 

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, mengesahkan tangkapan pasangan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

‘Daripada sewa tapak, baik pakcik jalan-jalan cari rezeki’


Di usia 55 tahun ke atas, biasanya kita melihat golongan warga emas ini banyak menghabiskan masa berehat di rumah, melakukan kerja-kerja ringan, melayani cucu-cicit dan yang sewaktu dengannya. Tetapi tidak bagi Pakcik Isa yang masih mengerah tenaganya berjalan ke serata kawasan untuk mencari rezeki.

Nyna Rashid pernah bertanya kepada Pakcik Isa mengapa tidak menyewa tapak sahaja dan menunggu orang datang membeli. Namun jawapan Pakcik Isa, adalah lebih baik dia berjalan ‘mencari’ rezeki itu daripada duduk menunggu rezeki. (Uii! Deep jawapan beliau).

ALHAMDULILLAH, hari ini dengan izin Allah bertemu juga aku dengan pakcik si galas bakul anyaman ini. Aku sebak tengok dia galas bakul itu. Bayangkanlah pakcik ini ayah atau atuk korang sendiri. 

Nama pakcik ini, Mat Isa. Umur dia 66 tahun berasal dari Siam. Bila dia datang ke sini, dia duduk menyewa di Sungai Buloh. Kerja dia berjalan-jalan menggalas bakul-bakul beg anyamannya itu dari satu kawasan ke satu kawasan. 

Pakcik ini datang sini sebulan cop permit. Cukup 20 hari, dia akan balik ke Siam semula untuk cop permit lagi. Kecuali bulan puasa saja pakcik Isa tak datang berniaga di sini. Tak tahulah kenapa, mungkin penat agaknya nak jalan-jalan kan? 

Kraftangan pakcik Isa galas ini bukan dia yang anyam, tetapi ada orang lain yang buat. Pakcik Isa cuma mencari rezeki dengan berjalan merata-rata mencari pelanggan. Kalau korang tengok sendiri, korang pun kagum sebab pakcik Isa ini memang tidak mengenal erti berputus asa.

Aku bertanya pada dia semalam, kenapa pakcik tak sewa tapak saja? Kan lebih mudah pakcik tunggu saja orang beli, tak payah penat-penat berjalan ke sana sini. Nak tahu apa jawapan dia? 

“Rugilah sewa tapak, nak bayar mahal. Lepas itu belum tentu dapat untung banyak. Baik pakcik jalan-jalan cari rezeki,” katanya. 

Nampak saja macam ringan barang-barang itu. Tetapi dah banyak macam itu mestilah berat dok galas jalan sana sini pula. Korang kalau ternampak pakcik Isa, belilah satu dua beg. Yang paling murah pun tak apa. Sekurang-kurangnya pakcik Isa gembira. Sumpahlah, aku tak sampai hati nak tengok.


Antara produk yang pakcik Isa galas ini, ada beg macam-macam design, tikar, bakul. Semua anyaman ini dihasilkan dari anyaman tali plastik. Memang tahan lasak. Harga dijual mengikut saiz dan reka bentuk produk tersebut antara RM15-RM70. 

Kalau korang bukan jenis yang pakai beg kraftangan ini, boleh juga hadiahkan untuk mak korang. Confirm mak-mak pandai guna kegunaan beg anyaman ini lagi-lagi kalau nak pergi pasar, simpan telekung. 

Di sini korang dah dapat dua pahala. Dapat gais? Aku bagi idea saja tau. 

Alhamdulillah, sampai ke seberang nak order bakul Pakcik Isa. Thanks a lot kepada yang sebarkan kisah bakul-bakul pakcik Isa. 

Alhamdulillah, banyak gila akak ini borong gais. Aku yang nak menangis sekarang ini. Mesti pakcik Isa happy sangat. Murah rezeki pakcik. 

Mudah-mudahan dipanjangkan lagi usia pakcik, diberikan kesihatan yang baik. InshaAllah. Kita doa sama-sama ye. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

‘Paip air dibuka, kipas dicuri, tilam dikoyak dan dikencing dah macam kandang babi’ – Kesal rumah sewa dijahanamkan sekumpulan lelaki


Viral di media sosial beberapa gambar rumah sewa dua tingkat yang telah dihancur dan dijahanamkan oleh beberapa penyewa lelaki yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan pemilik rumah terpaksa menanggung kerugian. 

Gambar-gambar dimuat naik Aireen Syakirah di Twitter sejak semalam telah dikicau semula 9,346 kali mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa jijik melihat keadaan rumah itu. 

Difahamkan, penyewa berkenaan baru saja menyewa selama enam bulan, tetapi sudah enam bulan tidak menjelaskan bayaran sewa dan ini merupakan pertama kali mereka mendapat penyewa yang tidak bertanggungjawab seperti ini. 

“Rasa geram saja nak viralkan muka seorang-seorang. Tapi tak payahlah. Siapa-siapa yang nak menyewa, walaupun kau lelaki, tak reti kemas macam mana sekalipun, tolong jangan aniaya orang seperti ini. 

“Nasib dapat keluarga aku yang ‘takpelah kita kemas, asal dia bayar’. Tak reti kemas macam mana pun, jangan buang merata. Ajar diri sendiri untuk buang sampah kecil-kecil dulu. Bila banyak, rupa kandang dah. Tak salahkan orang mana-mana tetapi fikirlah sendiri,” tulisnya di Instagram. 

Berdasarkan gambar, keadaan rumah berkenaan sememangnya ‘hancur’ dan pastinya sukar untuk pemilik rumah kemas dan baiki semula kerosakan yang sengaja dibuat oleh bekas penyewa. 

“Ini gambar-gambar sebelum kejadian abah minta sewa rumah. Dua bulan dah payah nak bayar sewa. Kali ini memang tak ada bagi muka. Abah paksa diorang bayar sewa, kalau tak abah mangga rumah dan motosikal diorang. 

“Masa diorang keluar nak pergi ATM cucuk duit untuk bayar sewa, kitorang masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan dalam rumah. 

“NAUZUBILLAH! KOTOR NAK MAMPUS!”

“Bila diorang balik, abah minta lagi duit untuk ganti rugi. Okey, diorang bayar. Selepas diorang bayar, abah suruh semua keluar. Memang diorang last duduk di rumah sewa itu bulan ini. 

“Tetapi semalam, 30 Januari, diorang minta dilanjutkan sehari kononnya nak kemas rumah. Rupanya diorang jahanamkan lagi rumah! 

“Pagi tadi pergi tengok rumah. Ya Allah, lagi teruk dari semalam. Sampai hati buat tempat keluarga aku cari rezeki, korang buat seperti ini. Mana pergi hati perut? Busuk betul hati,” tulisnya.

“Selama korang menyewa, mak aku layan korang macam anak sendiri. Tak cukup makan, mak aku bagi makan. Ini yang korang balas? Kasihan mak ayah aku. Sebak hati diorang korang buat rumah yang diorang jaga sampai macam ini sekali. 

“Kami bagi sewa sebab nak tolong korang, nak mempermudahkan korang dan nak mencari rezeki. Tetapi korang buat macam kandang babi, macam tempat perlupusan sampah!

“Pagi tadi semasa pergi tengok rumah. Allahu, teruk sangat korang buat rumah itu. Paip air terbuka, lampu tak ditutup, kipas di setiap bilik dicuri, tong gas dicuri, tilam dikencing dan dikoyak, bantal dikoyak. 

“Apa yang korang dapat dengan menganiaya orang seperti ini? Selamat ke hidup korang? Selagi korang tak meminta maaf pada mak dan ayah aku, sumpah hidup korang memang laknat dunia akhirat. 

“Orang yang korang aniaya itu adalah mak ayah aku! Mak ayah aku beli rumah, beli barang rumah itu bukan menggunakan daun, tetapi menggunakan duit! Mana pergi hati perut korang? Tak kasihan ke kalau perkara yang sama terjadi pada keluarga korang sendiri?

“Sedih mak ayah aku, korang ingat aku boleh duduk diam tengok mak ayah aku macam ni? Rumah itu salah satu tempat mencari rezeki tahu tak? Apalah dosa mak ayah aku dengan korang? Sampai hati korang,” tulisnya. 

Bagaimanapun dalam satu gambar perbualan mesej WhatsApp yang dikongsikan, bapa Aireen redha dengan apa yang berlaku dan tidak mahu memanjangkan hal itu. 

“… abis hari ini saja dah. Kita bersih dan serahkan kepada tuhan saja. Takut berpanjangan dan dendam. Jadikan pengajaran sahaja sebab kita semua anak perempuan. Orang berdendam nanti, payah. 

“… ni hati kering. Kena jenis tak sembahyang, dendam, buat orang ni biasa bagi orang tak takut dosa ini,” kata bapanya. 

Sementara itu, netizen kini dilaporkan sedang giat menyerang akaun Instagram salah seorang bekas penyewa rumah berkenaan yang dikenali sebagai Amer. 

Bagaimanapun semakan terkini mendapati akaun Instagram berkenaan telahpun ditetapkan kepada mode private.

Nak Elak Ditipu Mencari Kereta Sewa Murah Gunakan Rideasy My



Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Nak cerita sikit pasal pengalaman kereta sewa ni Maha pernah hadapi pengalaman buruk Masa tu pergi bercuti ke negeri Timur semenanjung Malaysia Kis…

The post Nak Elak Ditipu Mencari Kereta Sewa Murah Gunakan Rideasy My appeared first on Berita Viral.

Tabirai Car Rental Kereta Sewa Di Jepun Dan Tip Memandu Di Jepun



Tabirai Car Rental Kereta Sewa di Jepun Dan Tip Memandu di Jepun Jepun merupakan salah satu negara yang paling aku suka Kalau di beri peluang aku nak stay di Jepun dalam sebulan dan nak explore seluruh Jepun Setakat ini aku pernah pergi Sap…

The post Tabirai Car Rental Kereta Sewa Di Jepun Dan Tip Memandu Di Jepun appeared first on Berita Viral.

Penyewa lari, pemilik rumah sewa terpaksa tanggung bil TNB tertunggak RM1,000+


Sudahlah dulu datangnya merayu-rayu diberikan rumah sewa. Bila dibantu, pemilik rumah sewa dakwa penyewanya telah melarikan diri dan tidak bayar sewa bagi tempoh yang lama sehingga mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Biarpun pasangan itu mengugut mahu melaporkan perkara itu kepada polis, namun perempuan berkenaan tidak takut dan meminta pemilik rumah meneruskan saja usahanya itu.

ASSALAMUALAIKUM semua, tolong viralkan. Tahun lepas perempuan ini bersama ‘kakaknya’ meminta saya menolongnya, sewakan rumah saya di Seksyen 25 Shah Alam, kepadannya. Masa itu saya saja yang datang untuk membawa mereka melihat keadaan rumah. 

Akhirnya dia beritahu saya dan dia menghubungi suami saya di aplikasi WhatsApp mengatakan dia ada anak kecil dan merayu agar kami tidak menyewakan rumah itu kepada orang lain. Dengan niat mahu membantu, kami benarkan dia masuk ke rumah sewa pada bulan itu juga. 

Bila dah tinggal di rumah sewa itu, bayar sewa rumah selalu ada saja alasannya untuk lambat bayar, tak cukup duit, baru separuh dan bagai. 

Apabila kami sudah tidak tahan lagi, kami menyuruhnya keluar dari rumah sewa. Dia tukar selak mangga menyebabkan kami tidak dapat berbuat apa-apa. Bila kami beritahu akan buat laporan pada polis, dia bermati-matian tidak mahu keluar dari rumah itu juga. Sekarang dia dah keluar dari rumah sewa dan hilangkan diri. 

Dia hilangkan diri dengan tidak membayar langsung bil elektrik ‘TNB’ berjumlah seribu lebih dan selama ini dia tinggal di rumah sewa selama berbulan-bulan secara percuma!

Dia block saya di WhatsApp, WeChat semua. Dia tak takut walaupun dengan polis atau sesiapa. Dia pernah kata dia tinggal di tingkat bawah, tetapi katanya tuan rumah itu jahat dan mereka pun berpindah keluar. Rumah sewa kami di tingkat dua.

Tadi Allah nak tunjuk, saya terjumpa Facebooknya terus saya menghubunginya. Bila dia dah tengok mesej yang saya hantar itu, tiba-tiba ‘contain not found’. 

  

Di sini saya nak beri peringatan kepada mana-mana pemilik rumah sewa, sila berhati-hati dengan orang ini yang berasal dari Sabah. Jika ada sesiapa yang mengenali individu ini, tolong suruh dia bayar sewa dan bil utiliti rumah sewa saya yang didiaminya tertungguk berbulan-bulan. 

Walaupun dia boleh lari di dunia ini, di dunia lain dia tak boleh nak lari. Saya takkan maafkan. Jika orang rasa tak adil dengar sebelah pihak, tolong cari dan tanya dia berapa banyak dia berhutang dengan kami sebelum melarikan diri. 

Oh ya, dulu ada tandatangan surat perjanjian selepas dia tinggal di rumah sewa kami dan tertera alamat tempatnya bekerja di Coway Seksyen 25 Shah Alam. Majikan Coway ingatkan kami mengenali dia. Rupanya budak itu dah tak bekerja dengan Coway kerana mencuri. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih