Tahniah Nanny D – bergelar nenek Didie Alias timang cucu sulung



PELAKON yang terkenal dengan imej eksentrik, Didie Alias akhirnya menimang cucu sulungnya semalam.

Didie, 46 tahun, menerusi perkongsiannya di Instagram mengucapkan rasa syukur atas kelahiran cucu yang hanya diberi nama Baby SS.

“Alhamdulillah, tambah lagi keturunan Mumy,” tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) #NannyD.

Entri Didie mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya yang rata-ratanya mengagumi kecantikan rambut cucunya.

“Lebatnya rambut cucu Nanny,” tulis @ciknissak.

“Cucu baru ke anak tu? Comel sangat-sangat, rambut pula lebat,” soal @annaquyuum83.

“Tahniah Mumy! Assalamualaikum baby boy! Semoga menjadi anak soleh,” tambah salah seorang pengguna.

Sementara itu, menurut perkongsian anak sulung Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan, bayi lelaki seberat 3.60 kilogram itu telah selamat dilahirkan pada 14 April lalu (Sabtu) pada pukul 3.18 petang secara normal.

Dhaniyah telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

Didie dikurniakan lima anak hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim.

Mereka adalah Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

Jihan, Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Anak Sulung


Tahniah kepada pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse kerana selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Lapor BH online, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu secara pembedahan.

Syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan Jihan akan berehat selama dua bulan daripada aktiviti seni bagi memberi tumpuan terhadap keluarga.

“Jihan dan bayinya dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini kelahiran sulungnya, Jihan akan menumpukan perhatian sepanjang tempoh itu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat, media serta peminat,” katanya menerusi kenyataan itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan, Ungku Hariz Faizal yang juga pelakon meluahkan perasaan syukur sudah bergelar bapa.

Ungku Hariz turut mengucapkan terima kasih dan berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan keluarga kecilnya.

Jihan dan Ungku Hariz, 32, berkahwin pada Mac tahun lalu selepas sembilan tahun menjalin percintaan.

The post Jihan, Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Anak Sulung appeared first on Berita Viral.

Tahniah Hafizul Kini Bergelar Bapa, Timang Cahaya Mata Sulung


Pelakon dan pengacara, Hafizul Kamal kini sudah bergelar bapa selepas isterinya selamat bersalin cahaya mata sulung mereka.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Hafizul menerusi akaun Instagram miliknya malam semalam.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Hafizul, dia sangat bersyukur atas kelahiran zuriatnya ini dan isteri juga bayi, kedua-duanya selamat dan berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah…keduanya selamat dan sihat.. lama daddy tunggu.. setiap kali scan mesti sorok muka.. shedaaap nye bau 😋😋😋… terima kasih kepada semua yg mendoakan yg baik2 untuk kesayangan sy..,” tulis Hafizul di ruang kapsyen perkongsiannya.

Rata-rata pengikut juga peminat Hafizul telah menghujani ruang komen perkongsian berita gembira itu dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik buat bayi yang baru dilahirkan.
zyraa.azyra: Congratss …Alhamdulillah ..Abang pijot…n mieja…. nk tgok muka pijot junior pliss…. 😊😊
khasiatcendawanmekah: Tahniah bro @hafizulkamal .Jd ayah penyayang 👍👍
omarabdullah8923: Alhamdulillah.. tahniah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan hati mak ayah

zurifahhjzakariah: Syukur dh slmt melahirkan baby, isteri hafizul kamal semoga ank yg kurniakan oleh ilahi menjadi ank yg soleh dan solehah iye

bettyzurinajamli: Alhamdulillah… tahniah @hafizulkamal dan wife… selamat berpantang ibu dan anak

Kami di Kakigosip juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah buat Hafizul dan isteri yang sudah bergelar ibu dan bapa.

Semoga bayi kepada pasangan ini membesar dengan sihat dan menjadi penambah rencah kebahagiaan dalam keluarga kecil mereka.





loading…