Tahniah Nanny D – bergelar nenek Didie Alias timang cucu sulung



PELAKON yang terkenal dengan imej eksentrik, Didie Alias akhirnya menimang cucu sulungnya semalam.

Didie, 46 tahun, menerusi perkongsiannya di Instagram mengucapkan rasa syukur atas kelahiran cucu yang hanya diberi nama Baby SS.

“Alhamdulillah, tambah lagi keturunan Mumy,” tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) #NannyD.

Entri Didie mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya yang rata-ratanya mengagumi kecantikan rambut cucunya.

“Lebatnya rambut cucu Nanny,” tulis @ciknissak.

“Cucu baru ke anak tu? Comel sangat-sangat, rambut pula lebat,” soal @annaquyuum83.

“Tahniah Mumy! Assalamualaikum baby boy! Semoga menjadi anak soleh,” tambah salah seorang pengguna.

Sementara itu, menurut perkongsian anak sulung Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan, bayi lelaki seberat 3.60 kilogram itu telah selamat dilahirkan pada 14 April lalu (Sabtu) pada pukul 3.18 petang secara normal.

Dhaniyah telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

Didie dikurniakan lima anak hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim.

Mereka adalah Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

(TAHNIAH) Jihan Muse Dan Ungku Hariz Timang Cahaya Mata Lelaki


Tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan pengacara, Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz yang kini sudah bergelar ibu dan bapa selepas Jihan selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.85 kilogram, secara pembedahan di DEMC Specialist Hospital Shah Alam kira-kira jam 10.15 malam semalam.


Bayi dan ibu berada dalam keadaan baik dan difahamkan Jihan akan berehat selama dua bulan untuk memberikan tumpuan kepada keluarganya. Berita gembira itu dikongsikan di akaun Instagram MeleTOP.

Sekali lagi kami ucapkan kepada pasangan KuJi dan semoga kehadiran orang baharu ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang dan menambah kebahagiaan mereka sekeluarga. Jangan lupa untuk kongsikan gambar comel anak anda dengan peminat nanti.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Tahniah Ozlyn Hamil anak kelima



Pelakon Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan, mengesahkan sedang hamil anak kelima.

Ozlynn ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu mula menyedari perubahan berlaku pada dirinya sejak menyertai pertandingan realiti Super Spontan Superstar (SSS) 2017.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T. dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.

“Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia tahu mengenai berita kehamilannya yang di keluarkan di sebuah portal gossip sebelum ini, Ozlyn memberitahu, maklum mengenai perkara tersebut.

“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi.

“Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil,” ujarnya.

Ketika dihubungi Astro Gempak, Ozlyn sedang dalam persiapan untuk bercuti bersama keluarganya di Jepun.

“Yang sebetulnya saya pergi bekerja di sana, tetapi alang-alang saya bawa anak-anak sekali.

“Nak cari hari bercuti agak sukar kerana sibuk dengan penggambaran, jadi saya ‘curi masa’ sikit,” katanya teruja.

Ucap tahniah kepada Fattzura peminat puji Neelofa dah move on



“Thank you Neelofa for being so profesional…I am so proud of u!! U rock girl!!! (By the way aku ni peminat Fazura). It’s not that easy for Neelofa to announce, aku sendiri pun belum tentu mampu buat macam tu. Congrats Neelofa, Selamat pengantin baru FattZura.”

Itu antara komen peminat selepas pengacara popular Neelofa mengucapkan tahniah kepada pengantin baru, Fattah Amin dan Fazura menerusi program MeleTop malam semalam.

Selain itu, netizen turut memuji sikap matang Neelofa dan menganggap pelakon utama Red Velvet itu sudah ‘move on’.

Perkongsian yang dimuat naik di laman YouTube MeleTop selepas program tersebut bersiaran malam tadi itu, telah ditonton lebih 63 ribu kali.

Menerusi video tersebut, Neelofa kelihatan sangat profesional walaupun pasangan pengacaranya Nabil mengusik nakal.

Dalam pada itu, pada ruangan komen peminat turut mendoakan Neelofa ditemukan jodoh dengan lelaki yang lebih baik.

 

[VIDEO] Dikatakan Tidak Move On, Lihat Cara Neelofa Ucap Tahniah Pada Fattah & Fazura


Sebelum ini, video muat naik Neelofa di Instagram yang menampakkan bangunan KLCC telah menarik perhatian perminat aktres popular itu. Video yang diiringi kapsyen ‘Just looking at you makes me happy’ membuatkan ramai beranggapan status itu ada perkaitan dengan Fattah Amin yang baru sahaja menikah dengan Fazura.

Walau bagaimanapun, seperti tanggapan segelintir netizen, video itu nampaknya tiada kena mengena pun dengan aktor kacak itu. Terbaru, Neelofa sendiri secara langsung telah mengucapkan ‘tahniah’ kepada pasangan tersebut ketika mengacara episod ‘Meletop’ yang disiarkan semalam.


Sebelum ini, pemenang dewi remaja 20102011 itu seringkali dikaitkan dengan pelakon kacak itu. Keserasian yang dikongsi dalam drama ‘Suri Hati Mr Pilot’ menyebabkan ramai peminat menyangka mereka benar-benar bercinta di dunia nyata hingga wujudnya tanda pagar #lofattah.

Mohon dengan video itu, semua peminat #lofattah dah boleh move on kot. Lofa sendiri pun dah move on. Kita doakan yang terbaik je untuk Lofa.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Perfect Peminat ucap tahniah kepada Fattzura



NETIZEN di laman media sosial hari ini tidak berhenti-henti mengucapkan tahniah kepada pasangan pelakon dan penyanyi, Fattah Amin dan Nur Fazura atas pengumuman pertunangan mereka.

Secocok, perfect dan tahniah antara ungkapan yang pantas dilontarkan buat pasangan #Fattzura itu sejurus mendengar khabar gembira itu.

Berikut adalah reaksi netizen di sosial media: Sebelum ini, desas-desus bertiup kencang menyatakan pasangan itu sudah bernikah sebelum mereka berlepas ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah pada 15 November lalu.

Pasangan ini dilaporkan mula rapat selepas digandingkan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, yang disiarkan pertengahan tahun ini.