The Rock timang anak ketiga


PELAKON yang sedang hangat dengan filem Rampage ketika ini melahirkan rasa gembira apabila dikurniakan anak ketiga.

Melalui perkongsian Dwayne Johnson di Instagram menunjukkan dia sedang memeluk erat anak perempuannya itu yang diberi nama Tiana Gia Johnson atau ringkasnya Baby Tia.

Gambar yang dirakamkan di hospital tempat kelahiran Baby Tia ini mendapat ucapan tahniah daripada para pengikutnya di laman media sosial tersebut.

Status The Rock juga panjang lebar mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang melahirkan anak-anaknya dan tidak lupa juga kepada semua ibu-ibu yang melahirkan anak-anak mereka.

“Saya dibesarkan dan dikelilingi oleh wanita yang kuat dan penyayang namun selepas melihat sendiri proses kelahiran Baby Tia, sukar untuk saya luahkan rasa kasih, respek dan kagum terhadap @laurenhashianofficial dan semua ibu di luar sana.

“Dan untuk anak ketigaku, Tiana Gia, seperti mana saat kedua kakak mu Simone Alexandra dan Jasmine Lia dilahirkan, ayah berjanji akan menyayangi, menjaga, membimbing dan buat kamu tersenyum seumur hidup,” tulisnya.

Namun yang lebih menyentuh hati adalah apabila The Rock sendiri memberitahu bahawa walaupun dia mempunyai banyak tanggungjawab dan memakai banyak ‘topi’ dalam dunia ini, namun memakai topi sebagai ayah adalah yang paling membanggakan.




loading…

Tahniah Nanny D – bergelar nenek Didie Alias timang cucu sulung



PELAKON yang terkenal dengan imej eksentrik, Didie Alias akhirnya menimang cucu sulungnya semalam.

Didie, 46 tahun, menerusi perkongsiannya di Instagram mengucapkan rasa syukur atas kelahiran cucu yang hanya diberi nama Baby SS.

“Alhamdulillah, tambah lagi keturunan Mumy,” tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) #NannyD.

Entri Didie mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya yang rata-ratanya mengagumi kecantikan rambut cucunya.

“Lebatnya rambut cucu Nanny,” tulis @ciknissak.

“Cucu baru ke anak tu? Comel sangat-sangat, rambut pula lebat,” soal @annaquyuum83.

“Tahniah Mumy! Assalamualaikum baby boy! Semoga menjadi anak soleh,” tambah salah seorang pengguna.

Sementara itu, menurut perkongsian anak sulung Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan, bayi lelaki seberat 3.60 kilogram itu telah selamat dilahirkan pada 14 April lalu (Sabtu) pada pukul 3.18 petang secara normal.

Dhaniyah telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

Didie dikurniakan lima anak hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim.

Mereka adalah Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

(TAHNIAH) Jihan Muse Dan Ungku Hariz Timang Cahaya Mata Lelaki


Tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan pengacara, Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz yang kini sudah bergelar ibu dan bapa selepas Jihan selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.85 kilogram, secara pembedahan di DEMC Specialist Hospital Shah Alam kira-kira jam 10.15 malam semalam.


Bayi dan ibu berada dalam keadaan baik dan difahamkan Jihan akan berehat selama dua bulan untuk memberikan tumpuan kepada keluarganya. Berita gembira itu dikongsikan di akaun Instagram MeleTOP.

Sekali lagi kami ucapkan kepada pasangan KuJi dan semoga kehadiran orang baharu ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang dan menambah kebahagiaan mereka sekeluarga. Jangan lupa untuk kongsikan gambar comel anak anda dengan peminat nanti.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Jihan dan Ungku Hariz timang bayi lelaki



KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak Jihan Muse kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki malam tadi.

Pengacara Gegar Vaganza itu melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu dilahirkan di DEMC Specialist Hospital, Shah Alam.

Khabar gembira itu disampaikan melalui laman sosial Instagram program Meletop.

Jihan dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa akan bercuti selama dua bulan bagi melalui tempoh berpantang.

Sementara itu, pihak pengurusan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama para peminat yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Jihan.

Suami Jihan, Ungku Hariz juga berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Aidil Zafuan Zareema timang cahaya mata lelaki



PEMAIN  bola sepak JDT, Aidil Zafuan telah selamat menimang cahaya mata lelaki pada jam 5.45 pagi, 20 Januari lalu.
 
Aidil Zafuan berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya semalam.
 
Aidil bersyukur kerana isterinya, Zareema Zainal selamat melahirkan bayi kedua mereka.
 
Bayi lelaki tersebut merupakan anak keempat Aidil selepas dia mempunyai dua lagi anak bersama perkahwinan terdahulu bersama pelakon Rita Rudaini.
 
Aidil turut mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan isterinya.
 
Rata-rata peminat dan pengikut IG peribadinya mengucapakan tahniah di atas kelahiran seorang lagi putera dalam hidupnya. –  Foto: Instagram Aidil Zafuan.Teks oleh: Syafiqah Jalal
 
 

Kim Kardashian suami timang bayi ketiga menerusi kaedah ibu tumpang



BINTANG realiti TV, Kim Kardashian dan suami Kanye West umum timang bayi ketiga menerusi kaedah ibu tumpang.

Bayi perempuan itu dilahirkan pada Selasa.

Pasangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama atau lokasi bayi itu dilahirkan.

Kim dan Kanye sebelum ini sudah mempunyai dua cahaya mata, North West dan Saint West.

“Kami gembira untuk mengumumkan kelahiran bayi ketiga kami, terima kasih kepada ibu tumpang yang membuatkan impian kami jadi nyata.

“Ini adalah hadiah terindah,” umum Kim menerusi aplikasi telefonnya.

Pasangan itu mengesahkan September lalu menanti kehadiran cahaya mata ketiga menerusi kaedah ibu tumpang.

Kisah Kim mahu mendapatkan anak turut dipaparkan dalam siri TV “Keeping Up with The Kardashians”.

Bintang itu berdepan beberapa kesukaran, kerana didiagnos dengan komplikasi plasenta yang boleh mengancam nyawa.