‘Kami pelajar tak mampu beli tiket flight Air Asia mahal’ – Pelajar tulis surat terbuka untuk Tan Sri Tony Fernandes


Syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia, hari ini menjadi bualan hangat di media sosial susulan luahan seorang mahasiswi yang kesal tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah, didakwa agak mahal. 

Izzah Mardhiya Mohd Isa juga mempersoalkan mengapa harga tiket penerbangan KL – Tawau yang merupakan penerbangan dosmetik jauh lebih mahal dari penerbangan antarabangsa. 

KEHADAPAN Tan Sri Tony Fernandes, founder penerbangan Air Asia. 

Harga tiket penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Tawab, Sabah, Malaysia pada 14 Jun 2018 ialah RM1,097. Penerbangan Kuala Lumpur ke Brunei pula RM182- RM250+, Malah Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia lebih murah berbandingan penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau yang harganya lebih mahal mencecah ribuan ringgit berbanding yang lain. Sedangkan penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau hanyalah penerbangan domestik, bukannya penerbangan antarabangsa. 

Kami adalah pelajar, kami tidak mampu membeli tiket penerbangan dengan harga yang agak luar biasa. Serius, sebahagian daripada kami hanyalah pemegang PTPTN, berlatarbelakangkan keluarga yang susah, tinggal di luar bandar dan pedalaman. 

Jika ada biasiswa pun, ia digunakan sepenuhnya untuk menampung kos sara hidup belajar di perantauan. 

Kenapa tidak beli tiket awal? Sebab sedang menunggu draf jadual peperiksaan untuk memastikan tarikh yang tepat untuk balik. 

Tambahan, sebagai pelajar saya berharap pihak Air Asia dapat meminimumkan harga tiket penerbangan kerana Air Asia adalah syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik di dunia. 

Kami adalah pelanggan tetap Air Asia, namun melihat harga tiket RM1,097 untuk penerbangan sehala membuatkan kami berasa sedih. Beraya di perantauan tanpa keluarga hanya kerana tiket penerbangan yang mahal juga menyakiti kami dan keluarga juga. 

Terima kasih dan ikhlas, 

Pelanggan tetap Air Asia hampir 6 tahun. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

26 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Percutian Singkat Yang Luarbiasa



Janda Baik sememangnya sebuah destinasi yang luar biasa baik untuk mendapatkan udara yang nyaman suasana yang tenang dengan deruan air sungai mengalir yang menyegarkan segenap deria Pemandangannya juga persis sebuah lukisan yang indah Bukan…

The post 26 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Percutian Singkat Yang Luarbiasa appeared first on Berita Viral.

Ptptn Peraduan Go Cashless Win Untuk Pemegang Akaun



Tabung pendidikan Malaysia sentiasa berusaha dalam membuat pelbagai peraduan demi masa depan rakyat terutama bagi peminjam Kerajaan membantu individu yang ingin melanjutkan pelajaran dengan bantuan pinjaman bayar balik dengan kadar faedah 1…

The post Ptptn Peraduan Go Cashless Win Untuk Pemegang Akaun appeared first on Berita Viral.

Tips Untuk Yang Baru Bermula Buat Perniagaan Online



Ramai orang sekarang ni sudah mencari pendapatan sampingan untuk menyara hidup Sejak media sosial menjadi begitu mudah di ikuti buat perniagaan online menjadi pilihan ramai orang yang nak berjinak jinak ke dunia perniagaan Lebih lebih lagi …

The post Tips Untuk Yang Baru Bermula Buat Perniagaan Online appeared first on Berita Viral.

Lelaki sanggup rompak bank untuk lamar Taylor Swift



SEORANG lelaki di Amerika Syarikat dilapor sanggup merompak bank demi memikat hati penyanyi terkenal Taylor Swift.

Bruce Rowley, 26 tahun, dituduh merompak bank berkenaan di Ansonia pada 4 April lalu.

Menurut polis, selepas merompak bank, Rowley kemudian dilapor memandu sejauh 97 kilometer ke kediaman penyanyi berkenaan dan melempar wang rompakan berjumlah AS$1,600 (kira-kira RM6,200) melepasi pagar rumah bintang itu.

Polis Rhode Island kemudian bertindak mengejar suspek yang dalam perjalanan balik ke Connecticut sebelum memberkasnya.

Semasa ditahan, Rowley didakwa menceritakan rancangannya itu kepada anggota polis.

9 Mei diisytiharkan Hari Kelepasan Am untuk mengundi PRU14


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Menurut Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU-14 itu merupakan hari bekerja.

“Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan,” menurut kenyataan itu.

Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih